Bab 2

12.2K 1.1K 139
                                    

Bab 2

Gara-gara kejutan yang dibuat oleh Abang Ahmad, aku jadi orang yang buka pintu pagar sekolah hari ni. Tak, tipu je. Mak Guard yang buka pintu pagar. Kawasan sekolah masih lengang, hanya ada beberapa kereta yang sudah tiba termasuk pengetua. Kebanyakannya cikgu rumah jauh. Ada yang rumah terlalu jauh sehingga perlu berhenti untuk solat subuh di stesen minyak.

Dulu, punyalah berazam taknak jejak kaki ke sekolah, sekarang hari-hari kena pergi ke sekolah. Aku di sekolah ini hanyalah sebagai Guru Sandaran Terlatih. Masih lagi belum dapat jawatan sebagai Guru Tetap. Apapun, itu semua sekadar jawatan. Tugas hakiki aku adalah untuk mendidik anak bangsa.

Aku terus naik ke pejabat. Kad perakam masa aku masih lagi dalam rekod cemerlang. Tidak pernah merah sepanjang perkhidmatan. Hari ini sudah masuk Isnin minggu kedua bulan April.

Hari ini aku ada 7 waktu mengajar daripada keseluruhan 31 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan dengan 40 minit. 5 minit pertama, sesi set induksi. Kira macam pembuka kelas la. Kena tarik perhatian pelajar untuk bersedia dan ada idea tentang pembelajaran hari itu. 5 minit terakhir itu untuk peralihan kelas. Contohnya, aku mengajar subjek Reka Bentuk Teknologi dan Sains Rumah Tangga di bengkel, jadi pelajar perlu turun ke bengkel dalam masa lima minit terakhir waktu pelajaran sebelum kelas aku dan aku perlu lepaskan mereka 5 minit awal untuk kembali ke kelas. Dalam waktu lima minit itu juga guru perlu pergi ke kelas seterusnya jika kelasnya berturut.

Aku pegang 2 kelas Sains Rumah Tangga bersamaan 8 waktu seminggu, 5 kelas Reka Bentuk Teknologi bersamaan 15 waktu seminggu dan 4 kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bersamaan 8 waktu seminggu. Setakat ni tak pengsan lagilah.

Bahuku dicuit seseorang.

"Izz, dengar cerita tak?" Aduhai Cikgu Murni cikgu matematik ni, pagi-pagi lagi sudah mahu ajak bergosip.

"Tak dengar kak, cerita apa?" Aku layankan sahaja Cikgu Murni. Kalau tak dilayan karang, kena cap biadap dekat dahi. Masalah besar nanti.

"Kita dapat cikgu baru harini, ustaz katanya ganti Ustazah Hidayah. Dengarnya lelaki bujang." Tersipu-sipu pula cikgu anak enam itu. Geli aku!

"Oh, saya tahu cikgu baru nak datang je. Tu yang Puan Khairiah suruh saya alih segala fail daripada meja depan saya tu, letak dekat belakang. Tapi tak tahu pula lelaki bujang." Dah sudah... cikgu lelaki pula. Harap-haraplah bukan sejenis miang keladi.

"Cubalah cucuk jarum. Mana tahu terjahit dua hati." Eh eh cikgu ni... mentang-mentang aku memang

"Tak ada maknanya nak main cucuk-cucuk jarum kak, karang salah cucuk tak fasal berdarah hati ni kak."

Aku terus meminta diri dan menuju ke bilik guru satu, pintu paling hujung. Nasiblah cikgu muda, dapat yang hujung-hujung. Ruangan hadapan untuk cikgu yang lebih senior. Kalau sudah maju sedikit jadi ketua panitia, pindah pula ke bilik guru dua, bilik yang baru.

Meja aku agak meriah jika dibandingkan dengan meja guru yang lain. Walaupun tema biru menjadi pilihan, tetapi tetap teserlah ciri-ciri kewanitaan dengan kerusi yang dialas lapik berkait tangan, skirting meja yang kemas, fail-fail dan folder yang tersusun rapi siap bertanda. Amalan 5S katakau! Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

Meja hadapan masih lagi kosong tanda guru baru yang menjadi buah mulut sejak seminggu lalu masih lagi belum tiba atau mungkin sedang melapor diri di biik pengetua. Teringat memorinya dahulu. Bukan main berdebar bila kali pertama berhadapan dengan Puan Noraziemah yang lebih mesra dipanggil Puan Nora.

Beg tangan dibawa bersama dengan buku teks Sains Rumah Tangga tingkatan 4 memandangkan kelas pertamanya bermula sebaik sahaja tamat perhimpunan.

Elok sahaja pintu dibuka, dia hampir berlanggar dengan satu susuk tubuh lelaki yang sedikit tinggi daripadanya. Pantas kedua-dua mereka mengambil jarak satu langkah ke belakang.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now