Bab 33

10.7K 1K 126
                                    

Aku ingat keluar pergi duduk tempat ruang tamu, rupanya aku dibawa ke bilik Amirul Mukminin yang agak hampir dengan ruang tamu. Okay... Kiranya aku tak dapat nak tengok akad nikah aku sendiri la ni.

Bilik Amirul sangat kemas. Memanglah, aku nak masuk takkan nak bersepah pula. Aku perasan ada meja solek baharu kerana masih kosong. Takkan la beli semata-mata untuk aku?

Majlis akad nikah ini berlangsung selepas asar jadi tidaklah terlalu berkejar dengan waktu solat.

"Tak boleh duduk depan ke Cik Ayu?" Aku bertanya.

"Cuba panggil umi. Aduhai budak ni." Makcik Rohayu membetulkan panggilan aku kepadanya.

"Am yang suruh. Taknak tayang isteri katanya." Aku agak berkecil hati dengan jawapan yang aku terima.

Dia malu ke nak memperisterikan aku? Aku tahu ada kawan dia yang datang. Tak cukup Islamik agaknya aku ni. Mungkin sebenarnya dia juga tak rela tapi nak gunakan aku untuk rawat luka dia.

Aku tak boleh berhenti daripada memikirkan tentang Haura. Walaupun dia sudah bernikah tapi tetap dia pernah singgah di hati Amirul.

Tok Kadi mengetuk pintu yang terbuka.

Weh, serius kalau jantung aku diletak atas trek, dia lari laju mengalahkan Usian Bolt.

"Pengantin perempuan, Izz Hanina Binti Khalid?" Aku terdengar namaku dipanggil.

"Saya!" Aku angkat tangan tinggi macam waktu cikgu nak ambil kedatangan. Duh, kenapa aku angkat tangan macam budak sekolah?

Makcik Rohayu tersenyum dengan cara aku menyahut.

"Muka ketat je, kena paksa ke rela ni?" Soal Tok Kadi.

"Rela tok." Merelakan diri. Karang aku cakap tak rela, haru!

Tok Kadi berlalu pergi.

Kemudian aku mendengar salam daripada pembesar suara mudah alih. Suara Tok Kadi. Dia mulakan dengan khutbah nikah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.
Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

(Surah al-Rum : 20-21)

Dipetik daripada Tafsir Ibnu Katsir yang disusun oleh Dr. 'Abdullah Bin Muhammad Alu Syaikh, Allah Ta' ala berfirman "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya," yang menunjukkan keagunganNya dan kesempurnaan kekuasaanNya ialah Allah menciptakan bapa kita Nabi Adam AS daripada tanah, asal usul pertama kejadian manusia ialah daripada tanah, kita keturunannya tercipta daripada air mani yang kotor bersenyawa dengan telur kemudian menjadi segumpal darah, lalu membentuk segumpal daging, menjadi tulang-tulang yang membentuk manusia kemudian Allah balutkan tulang-tulang itu dengan daging dan Allah meniupkan roh ke dalam tubuhnya. Lalu dia dapat melihat dan mendengar.

Kemudian dia keluar daripada perut ibunya sebagai anak kecil yang lemah kekuatan dan daya geraknya. Apabila semakin panjang umurnya, maka semakin sempurna pula kekuatan dan daya geraknya sehingga menjadi seperti keadaan sekarang yang mampu membangunkan kota-kota dan benteng-benteng pertahanan, melakukan perjalanan ke kerata pelusuk dunia, mengharungi samudera, mengelilingi benua dan menghimpun harta benda. Dia memiliki pemikiran, pemahaman, pendapat, ilmu dan wawasan tentang perkara dunia dan akhirat sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Maha suci Allah telah memberikan kekuasaan kepada mereka, memperjalankan, mengatur dan mengagih mereka dalam pelbagau jenis kehidupan dan usaha serta terjadinya pelbagai tingkatan dalam kalangan mereja dalam bidang ilmu, pemikiran, kebaikan dan keburukan, kekayaan dan kemiskinan serta kebahagiaan dan kedukaan.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now