Bab 38

11.2K 980 32
                                    

Pemegang kunci berbentuk bintang bergoyang-goyang daripada tadi. Cis, masa ni jugalah kunci ni taknak masuk. Tolonglah jangan buat malu. Rumah sendiripun tak boleh nak buka ke? Wahai tangan, tolonglah berhenti menggeletar. Mana tak menggeletar. Sudahlah pertama kali bercinta, terus bawa lelaki masuk rumah. Nasib baik lelaki itu, suami aku.

Sudah beberapa kali Abang Ahmad mengajaknya ke sini jadi ini bukanlah kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah ini.

"Am rasa kalau sistem saraf Izz boleh bercakap, dia akan cakap macam ni. Sorry sis, nervous." Am bersandar pada dinding di sebelah kanan aku.

"The pun is intended eh?" Sistem saraf dalam Bahasa Inggeris ialah nervous system. Menyampah la orang yang buat lawak bijak ni sebab lawak dia kena guna otak baru faham.

Aku berhenti berusaha kemudian menyerahkan kunci kepadanya. Mudah sahaja dia membuka grill dan pintu.

"Assalamualaina wa 'ala ibadillahissolihin." Lafaznya sebelum masuk ke rumah.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam sebelum masuk dengan kaki kanan.

Salamku dijawab olehnya. Barang-barang dia dibawa masuk. Kejap-kejap, aku baru terfikir. Mana nak letak barang dia?

"Nak unload barang ke?" Aku bertanya.

"Tak payah kut, bawa je terus ke Sarawak." Jawapannya menyebabkan aku menggaru kepala.

Aduhai suami aku... Nampak sangatlah dia tiada pengalaman di kawasan pedalaman. Bawa beg bagasi sebesar ini seperti menempah bala kepada diri sendiri. Mungkin juga dia tiada banyak pengalaman berkhemah dalam hutan seperti aku. Iyalah duduk Mesir, takkan nak berkhemah tengah padang pasir.

"Izz pernah berkelana ke rumah panjang dekat pedalaman. Baik pakai bag pack besar yang siap dengan lapisan kalis air tu. Sekejap, Izz ada satu lagi beg tu tapi kecil sikit daripada yang Izz guna. Izz punya 60 liter satu lagi tu 40 liter je." Aku terus masuk ke dalam bilik untuk mengambil beg galas.

Aku keluar kembali bersama sebuah beg galas perkhemahan.

"Solehah sungguh, dalam rumah sendiripun siap bertudung, handsock dan stokin." Tegurnya.

Aduhai, seronoklah tu nak kenakan aku. Stokin dan sarung lengan aku tanggalkan. Walaupun aku pernah tidak bertudung di hadapannya tetapi tetap rasa kekok.

"Izz kerap ke pergi camping?" Soalnya sambil menggulung pakaian supaya dapat menggunakan ruang dalam beg dengan lebih efisyen.

"Nak kata kerap tu taklah. Ada la dalam empat kali sepanjang dekat universiti tu. Projek mega final pergi rumah panjang seminggu, kami buat pioneering meja dan kerusi dekat luar rumah." Aku terkenang pebgalaman emas bertahun dahulu. Walaupun bukan kawasan itu aku ditempatkan, tetapi sekurang-kurangnya aku sudah mendapat gambaran awal tentang keadaan yang bakal aku lalui.

Baju-baju kurung dan tudung yang aku pilih untuk dibawa semuanya sejenis tidak berkedut. Walaupun di tengah belantara, formaliti seorang guru tetap perlu dijaga. Baju pakaian harian tidak dilupakan.

Lima helai baju kemeja Am aku gosok terlebih dahulu sebelum aku lipat. Ini namanya usaha untuk hilangkan kedut, nanti kita ikhtiarkan untuk hilangkan kedut lipatannya. Kalau digulung, lagi teruk dia berkedut. Baju ini aku akan masukkan dalam beg di tangan.

Segalanya dibawa secara minimal. Ada beberapa barangan seperti alatan mandi kami perlu dapatkan apabila tiba di Sibu nanti. Percayalah, pada hari taklimat nanti perkara sama akan diberitahu. Aku bukan sejenis yang suka buat kerja pada saat-saat terakhir untuk mengelakkan stress.

Bahagian bawah beg aku masukkan kasut dalam beg plastik yang sudah disumbat dengan stokin  bersama selipar. Kemudian tuala mandi barulah pakaian-pakaian yang lain. Berkemas barang lelaki lebih mudah kerana mereka tidak banyak 'item tambahan'. Ada satu bahagian zip kecil dalam beg rodanya yang tidak dibuka. Itu urus sendirilah ya? Segan adik.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now