Bab 19

9.6K 929 35
                                    

Bab 19

Pagi aku cemerlang!

Sudah tiada lagi rasa sesak dada, sedih dan terbeban. Semuanya sudah aku luahkan puas-puas semalam. Agak lewat jugalah Amirul pulang ke rumahnya. Hampir jam satu pagi. Alah, dia anak teruna. Kalau aku? Silap-silap kena ikat dekat pokok rambutan.

Abang suruh aku ikut jemaah subuh bersama. Sungguh dia dah insaf biarkan aku duduk seorang di pondok. Air perigi bersumberkan air mata air di dalam bilik mandi kecil sejuknya sampai ke tulang hitam tetapi aku tahankan sahaja. Takkan nak pergi masjid dalam keadaan tak mandi?

"Abang, macam kena balik awal la. Tak boleh tidur sini lagi malam ni sebab kerja sekolah tak siap." Aku memberitahu Abang Ahmad setelah selesai subuh.

"Kau dah tuapun ada kerja sekolah lagi. Kesian betul. Ha yelah kita balik hari ni."

"Mana ada tua! Baru 26. Tapi sebelum balik tu nak jumpa Cik Ayu, Mak Esah, Cik Nab, Wak Mok, Nek Wok..." Aku belum habis menyenaraikan sudah dicelah oleh abang.

"Ha, kita buat sekali program apatu yang warga emas dengan sekolah tu."

"Tu DWEN, Dasar Warga Emas Negara la. Perli la tu, perli. Orang nak buat kerja baik." Aku menarik muka masam.

Abang menggosok kepala aku. Hailah budak, pantang diusik!

Abang Ahmad menghala ke arah pekan.

"Nak pergi mana?" Aku bertanya lurus. Ada barang aku yang masih di pondok.

"Nak pergi lawat orang, takkan nak tayang muka kau je. Bagi la buah tangan sikit. Aduhai adik. Kau ni macam manalah adabnya. Nak aku kahwinkan dulu dengan ustaz ke baru nak reti beradab?" Bebel Abang Ahmad.

"Seramlah nak kahwin dengan ustaz, nanti kena bermadu. Tak mahu adik!" Aku menolak cadangan abang.

Abang Ahmad sekadar ketawa.

Ada satu kedai runcit yang selalu buka seawal jam tujuh pagi. Menjemput rezeki di awal pagi katanya. Setelah berfikir agak lama, kami putuskan untuk membeli pek cucur segera, biskut kering dan air kotak. Dibiayai sepenuhnya oleh tauke nanas. Aku tukang mengambil barang sahaja.

Sampai sahaja ke pondok, barang-barang itu aku jadikan satu set. Jumlah keseluruhan ada sembilan set. Semuanya ahli marhaban zaman aku membesar di sini. Ada empat orang yang telah meninggal dunia.

Kata abang, kena pergi segera. Aku kalau bersembang, kalah makcik mesyuarat tingkap. Mahu satu rumah, satu jam.

Misi aku megunjungi rumah ke rumah bermula. Rindu sangat nak bersembang dengan mereka. Soalan paling banyak aku terima mestilah "Bila nak kahwin?" setiap rumah soalan yang sama. Aku tak faham apa yang nak dilentingkan oleh orang muda bila ditanya soalan begini. Jawab sahajalah belum ada jodoh. Mereka bertanya bukan untuk menyakitkan hati, tapi sengaja ingin menambah topik perbualan. Kalau ditanya sejarah perang dunia kedua, ataupun soalan kira kelajuan air hujan, tak ke haru nak menjawab?

Abang menjadi penjaga masa aku. Hampir sahaja ke minit 45, sudah diberi tanda isyarat berhenti.

Telefon abang berbunyi. Aku tak ambil hirau butir perbualannya. Tak elok mendengar perbualan orang lain."

"Cik Ayu suruh makan tengah hari dekat rumah dia. Ni pun dah masuk pukul 12. Abang hantar kau ke sana tolong dia apa yang patut. Lepas zohor sambung lagi dua buah rumah lepastu balik, boleh?" Ini bukan pilihan, ini dah serupa arahan kuasa veto.

Aku anggukkan sahaja. Ingat adik kau ni polis undercover ke apa nak main hantar-hantar?

Salam aku disahut Pakcik Zakaria. Semalam tak jumpa dengan dia. Mesra pakcik berjambang rapi itu menyambut aku.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now