Bab 15

9.5K 933 27
                                    

Bab 15

Kelas yang berbaki satu waktu di penghujung hari Jumaat aku habiskan dengan wajah yang agak ketat. Bukan kerana aku marah dengan pelajar aku. Perasaan itu aku cuba buang jauh-jauh ke sudut hati paling dalam. Muka ketat ini disebabkan oleh menanggung malu memakai jubah lelaki yang dah sah bukan saiz aku. Kaki terus melangkah ke bilik guru. Selalunya Amirul tidak akan berada di bilik guru pada waktu-waktu ini.

Aku menjenguk kepala terlebih dahulu. Okay, line clear!

"Izz!"

Jantung aku terloncat apabil terdengar namaku diseru. Nasib baik tak melatah.

Cikgu Murni, Cikgu Dibah dan Madam Bella sudah berkerumun dimejaku. Aku melangkah masuk ke dalam bilik guru. Seorang demi seorang memelukku dengan erat. Hari ini hari pelukan sedunia agaknya.

"Baju siapa... oh, ni bau Ustaz Amirul ni." Tersengih-sengih mereka bertiga.

"Salah la, patutnya ustaz lari macam drama korea tu. selamatkan Cik Izz kita daripada dibaling telur." Amboi, Cikgu Murni berangan.

"Izz, okay ke ni?" Cikgu Dibah mula serius.

"Saya okay je. Pengetua kata kena khidmat sosial je. Tengok la kena cuci jamban ke tanam pokok ke. Nanti saya angkut la budak Deena tu sekali buat khidmat sosial." Jawabku slumber.

"Akak kagum dengan Izz. You have a soul of an educator." Madam Bella mengusap bahu aku.

Kemudian mereka beredar.

Aku terus ke meja aku. Ada nota lekat dengan tulisan jawi. Aduhai, sekali imbas aku sudah tahu kerja siapa.

Amirul Mukminin.

"Tak apa, Allah ada. Jangan risau, Allah jaga."

Aku tersenyum tipis. Di sebelahnya ialah Al-Quran terjemahan yang dia gunakan tadi. Ada satu tandaan baharu. Aku terus membuka muka surat yang ditanda itu.

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."

(Surah An-Najm : 39)

Ayat ini. Pendek dan ringkas tetapi cukup padu. Seolah-olah mahu mengingatkan aku bahawa aku hanya akan dibalas dengan amalan yang aku lakukan sahaja bukan apa yang orang lain lakukan terhadap aku. Juga sebagai satu jaminan bahawa orang yang menganiaya aku tidak akan terlepas daripada balasan Tuhan.

Adil itu bermakna meletakkan sesuatu di tempat yang hak. Adil tidak akan pernah menjadi sifat manusia. Hanya Allah sebenar-benar penegak keadilan.

Nota itu aku lekatkan di bahagian nota lekat. Buku kukemas dan ayuh, pulang. Hari ini sudah terlalu panjang.

Kunci rumah kupulas berat. Tiba-tiba dada ini terasa sebak seperti hendak pecah. Aku terus menuju ke bilik. Rida' yang kulilit menjadi selendang aku tanggalkan. Tuala mandi aku capai. Selesai membersihkan diri, aku mengambil wuduk dengan tertib. Kepalaku terasa berat.

Telekung putih kusarung. Takbir zohor diangkat beserta dengan niat. Doa iftitah bersambung dengan Al-Fatihah. Ketika itu, surah yang terlintas di dalam kepala ialah Surah Al-Insyirah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Bintang Paling TerangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora