Bab 29

9.5K 996 103
                                    

"Abang tak izinkan kau mengajar di Sarawak."

Tujuh patah kata yang keluar daripada mulut Abang Ahmad menyebabkan hati aku pecah berderai.

Mati terus senyuman aku sejak tengah hari tadi.

"Abang sedar tak apa abang cakap ni?" Perlahan sahaja nada suaraku. Masih cuba untuk menghadam kata-katanya.

Aku ingat abang akan jadi orang yang paling gembira dengan berita ini. Rupanya dia orang yang meranapkan kebahagiaan itu.

Kak Sara memegang lengan abang. Dia mahu abang berlembut sedikit dengan aku. Kak Sara masih belum kenal abang sepenuhnya. Sekali Abang Ahmad kata tidak, maka tidaklah. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan tanggungjawab dia.

"Adik nak mengajar. Adik nak jadi cikgu macam Umi." Air mata aku bergenang.

Kalau dengan abang, lagi naik suara lagi keras dia jadinya.

"Amirul pun dapat sekolah yang sama macam adik. Dia boleh je pergi. Sebab dia lelaki? Adik ni perempuan dewasa tau bang. Adik bukan budak kecil lagi bang. Adik ada cita-cita sendiri. Sampai bila abang nak simpan adik? Nak ikat kaki adik?" Kali ini aku perlu bertegas untuk masa hadapan aku sendiri.

"Sekarang ni dah akhir zaman, memang kalau boleh abang nak ikat kau dekat rumah." Abang tetap dengan pendiriannya.

"Adik nak mengajar. Ia panggilan untuk adik. Jihad adik bukan di medan perang. Jihad adik dalam dunia pendidikan. Biarlah adik tak jadi perempuan paling mulia yang duduk dekat saf paling belakang dalam masjid. Biarlah adik yang jadi benteng di saf hadapan yang menjaga mereka. Tolong lah abang. This is my fight bang." Aku duduk melutut di hadapan Abang Ahmad demi restunya.

"Abang, kesian Izz tu bang. Dia pandailah jaga dirinya." Aku tak dapat dengar lagi apa butir bicara Kak Sara.

Dia menarik abang agak jauh daripada aku. Tolonglah Kak Sara, pujuk abang untuk aku.

"Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu." Aduh abang... Dia letak pengecualian yang gila.

"Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?!" Naik tinggi suara aku.

Bukan dia tak tahu, aku tak ada kawan lelaki. Apatah lagi nak dibawa ke Sarawak tiba-tiba.

Kalau nak kahwin dengan orang tempatan, aku tak kenal hati budinya. Aku tak mahu kahwin dengan orang yang aku baru jumpa sehari dua.

"Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat."

Aku perlu bawa abang untuk buat pemeriksaan otak. Mungkin ada fius rosak atau wayar yang terputus. Jangan buat gila bang...

"Abang, adik tak layak bang. Rapat manapun kami, adik tetap rasa rendah diri. Adik tak ada apa yang nak dipersembahkan. Adik tak boleh nak lawan bintang dia. Dalam hatinya ada Haura. Dia perempuan baik, santun, solehah dan tinggi agamanya. Adik ni biasa je. As much as adik sayang sangat dengan keluarga Pakcik Zakaria, I won't fit into their family photo. I will be the odd one. Macam cuba letak oren dekat bawang putih." Aku merayu.

Aku tidak mahu bersama dengan lelaki yang tak anggap aku sebagai seorang perempuan. Tidak adil untuk dia. Tak adil juga untuk aku. Cinta boleh muncul selepas nikah? Itu mudah untuk perempuan tetapi tidak bagi lelaki. Kegagalan perkahwinan pertama Kak Sara dan serangan Cikgu Azmah menakutkan aku.

Kalau abang tak nak bagi aku bercinta aku tak kisah tapi aku tak mahu ke tahap abang lamarkan orang untuk aku. Aku nak lelaki yang melamar aku kerana itu tanda dia mahukan aku bukan aku yang mahukan dia. Jap, dalam kes ni abang yang nak ikat aku dengan dia.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now