Bab 13

9.8K 1K 107
                                    

Bab 13

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Furqan. Kemudian pentas terus diserahkan kepada Ustaz Amirul Mukminin.

"Bismillahirrahmanirrahim, innalhamdalillah, nahmaduhu wanastaiinu wanastaghfiruhu wana uuddzu billahi min syururi anfusina wamin saayyiati a'malina mayahdillahu fala mudhillalah waamayuddhlilhu fala haadiya lahu. Asyhadu allaa ilaaha illallah wa ashadu anna muhammadarrasulullah, allahummasolli ala ssaayidina muhammad wa ala ali sayidina muhammad... amma ba'du." Amirul Mukminin membuka bicaranya.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sesungguhnya pujian itu milik Allah, kita memuji-Nya, dan kita minta pertolongan-Nya dan kita memohon ampunan kepada-Nya dan kita mohon lindungan kepada-Nya dari keburukan diri kita dan dari kejahatan amal-amal kita. Siapa yang ditunjuki Allah maka tidak ada yang bisa menyesatkannya dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada yang bisa memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Serta selanjutnya.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Semangat dia memberi salam.

Jawapan salam bergema satu dataran. Amboi, selalunya lemau.

"Saya tahu kamu semua dah hafal kronologi Isra' dan Mikraj dengan cemerlang. Kalau buat kuiz boleh dapat full mark, betul?"

"Takkk!!!" Serentak para pelajar menjawab.

"Pertama sekali sebelum saya bawa kita semua naik ke langit, jap kenapa bunyi macam ajaran sesat pula ni. Nauzubilahiminzalik! Sebelum kita bercerita tentang Isra' Mikraj ni, apa bukti yang ia betul-betul berlaku? Apa bukti yang ni bukan mitos zaman dahulu? Siapa boleh jawab, saya bagi hadiah. Jap tengok dompet, karang tak fasal keluar lalat je. Cepat datang depan."

Seorang pelajar datang ke depan.

"Perkenalkan diri dan beri jawapan.

"Aiman Rifki, 5 Sains 1. Perintah solat."

"Kurang tepat, terima kasih. Boleh je Allah perintahkan malaikat Jibril untuk turunkan perintah solat tanpa perlu naik langit. Jawapan lain?"

Seorang pelajar perempuan bertudung labuh pula naik setelah dipaksa rakan-rakannya.

"Nama saya Fairuz Eryna 5 Sains 1. Jawapannya sebab ada dalil peristiwa Isra' dan Mikraj."

"Wuuu, Dekna perform!" Dia diusik rakan sekelas.

"Betul tu. Tepat sekali. Surah berapa, ayat apa?" Sengaja Amirul Mukminin ingin menghabiskan masa kerana isi yang sempat difikirkan sedikit sahaja tetapi masa dua jam setengah diberi untuk berceramah.

"Surah Al-Isra' ayat 1."

"Boleh bacakan?"

Dia menggeleng. Bendera Jepun, ustaz.

"Ada sesiapa boleh bantu?"

Aku menepuk dahi. Dei pak ustaz, ni sekolah harian biasa bukan Maahad Tahfiz.

"Furqan wuuu!!!" Nama ketua pengawas diseru.

Furqan naik ke atas pentas. Baru aku teringat sesuatu tentang mereka berdua. Mereka berdua sudah bertunang. Aku juga yang single lagi.

Dia membaca basmalah dan melafazkan ayat pertama surah Al-Israa' dengan lancar. Alhamdulillah ada permata yang bersinar di dalam sekolah ini.

"Alhamdulillah, nah hadiah." Amirul Mukminin memberi seorang RM5.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now