Bab 24

9.4K 891 18
                                    

Kertas-kertas soalan yang sudah beserta dengan jawapan kukeluarkan daripada beg membeli-belah eco.

Kertas OMR kosong aku lubangkan mengikut jawapan yang betul.

Tahukah anda? OMR merupakan singkatan kepada Optical Mark Recognition. Sejenis teknologi yang mengekstrak data berdasarkan penandaan dalam ruang yang telah ditetapkan. Ia hanya dapat mengesan tanda hitam pekat yang dibuat oleh pensil 2B sahaja.

Masalahnya, mesin OMR agak mahal dan kos penyelenggaraannya juga mahal. Tidak sesuai dengan bajet sekolah. Jadi kami guru-guru perlu menanda secara manual.

Kertas OMR yang telah aku lubangkan dengan gunting diselaraskan dengan kertas OMR jawapan pelajar. Hanya jawapan yang betul aku tanda dengan pen merah. Jawapan yang salah aku biar kosong. Ini pesanan daripada guru senior. Katanya, kalau ditanda juga bahagian jawapan sebenar yang tidak berlorek itu, ada budak yang panjang akal padam jawapan lama dan tanda semula jawapan itu. Seolah-olah cikgu salah kira jawapan yang betul.

Kertas OMR tak perlukan masa yang lama untuk ditanda. Kalau cikgu yang ada anak remaja, merekalah yang akan menanda. Cikgu single mingle macam aku ni, tandalah sendiri.

"Dik, jom pergi ladang. Tengok rumah. Kau kan suka bab deko deko ni." Suara abang memotong mood aku.

Tak tahu ke susah nak cari mood untuk duduk bertapa menghadap kertas yang bertimbun ni?

Dah la majlis Abang Ahmad tak lama lagi. Kecil-kecilanpun, aku juga yang nak kena urus itu ini. Bab jemputan semua Abang Ahmad yang uruskan.

"Orang nak menanda la. Bawa la Kak Sara. Rumah abang dengan dia kan? Bukan rumah adik." Aku menjawab pantas.

Cita rasa wanita ni berbeza. Kalau mahu dia rasa selesa di rumah, biarkan dia menghias rumahnya sendiri.

"Kau dulu semua tempat nak mengekor abang sekarang ajak pergi ladangpun dah tak mahu. Sara sibuk dekat bakeri." Acah merajuklah tu.

Abang aku dah tua bangka nak merajuk. Ewww geli! Tunggu Kak Sara pujuk la nanti.

"Adik sibuk menanda ni tak kira pula? Abang lebihkan Kak Sara daripada adik." Hah, ingat abang je boleh berdrama?

"Okaylah, cancel nikah dengan Sara kalau adik cakap macam tu. Kalau adik rasa abang perlu pilih salah satu antara Sara dengan adik. Abang taknak adik sikitpun kehilangan abang. Abang tak hilang, abang ada. Sampai abang selesaikan tugas sebagai wali adik. Tunggu adik nikah dululah." Abang Ahmad mengambil topi keledar.

Aku tersentak dengan ayat Abang Ahmad. Orang main-main je...

"Abang nak pergi mana?" Aku bertanya.

Agak cuak sebenarnya.

"Jumpa Sara nak bagitahu tak jadi nikah." Suaranya menjauh.

Aku terus berlari dan merampas topi keledar abang.

"Sorry... Orang main-main je la! Apa drama sangat abang ni? Cukup la abang berkorban selama ni untuk adik. Adik takkan suruh abang pilih. Adik anggap Kak Sara tu macam keluarga dah. Abang, jangan la... " Bergenang air mata aku.

Kenapalah aku ni berkira sangat? Abang Ahmad ubah kehidupannya untuk besarkan aku, ni setakat nak tengok rumah dekat ladang sekejap pun aku nak berbalah.

Dia ambil kembali topi keledarnya.
Aku terus berlari ke pintu dan mendepakan tangan untuk menghalangnya.

"Abang pergi tanda OMR tu dulu. Adik nak bersiap." Aku tarik tangannya dan dudukkan dia di sofa tempat aku duduk tadi.

Abang Ahmad tersengih.

'1 - 0! Ingat nak batalkan perkahwinan sebab kau taknak ikut pergi ladang je ke budak?
Dengan Izz ni kena drama sikit. Budak ni kuat drama. Kuat menangis pula tu. Hailah adik... Macam mana nak lepaskan budak kecil yang seorang ni?' Bisik hatinya sambil menanda.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now