Bab 31

10.2K 983 21
                                    

Kad jemputan aku buat sendiri menggunakan perisian Microsoft Word. Cetak pada kertas A4 dan edar tak perlu bazirkan duit untuk kad keras yang akan dibuang juga nanti. Kerja edar-mengedar bukan tugas aku. Kawan-kawan aku dan Amirul dijemput melalui media sosial. Penjimatan digital.

Kami pergi ke Dixsya.co, syarikat perancang majlis dan butik pengantin untuk urusan katering, busana, pelamin dan khemah semua kuserahkan kepada mereka.

Hantaran aku gubah sendiri. Untuk goodies, Kak Sara paling gigih. Dia mahu beri tart nanas empat biji dalam bekas petak yang selalunya orang letak coklat. Stratergi perniagaan katanya. Manalah tahu ada yang berkenan dengan tart nanas dia. Siap dilekat pelekat Sara's Bakery lagi.

Urusan borang segala macam borang, jumpa orang sana sini itu kerja orang lelaki. Hanya pada hari serah borang kebenaran nikah kepada Tok Kadi aku perlu ikut sekali. Dah disuruh, ikut sahajalah.

Ingatkan pergi untuk tayang muka je, sekali kena soal macam peperiksaan agama daaa...

"Ni ustaz lepasan Al-Azhar ni kalau tak boleh jawab kena masuk darjah satu balik. Cikgu kalau tak pass ni tak boleh nikah tau cikgu." Tok Kadi memandang Amirul Mukminin kemudian memandang aku.

Susah sangat ke soalan sampai tahap tak boleh nikah?

"Lafaz syahadah dengan maksudnya, sebut sikit Tok nak dengar." Soalan asas agama rupanya yang ditanya.

Kemudian disambung dengan Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Nikah, Rukun Solat, Rukun Negara sekali masuk pakej, beberapa surah ringkas dan niat mandi wajib.

Ketar kau tahu nak menjawab, padahal benda asas je! Nervous aku.

Kata Tok Kadi, kalau nak rumah tangga harmoni, agama kena letak di tempat pertama sebagai panduan. Solat jangan tinggal. Pasangan yang bercerai berai tu ramai yang tak jaga solat. Tiang agamapun tak terjaga, macam mana nak tegak utuh rumah tangga?

Selesai urusan dengan Tok Kadi, aku keluar dengan Amirul Mukminin bersama dengan Makcik Rohayu untuk mencari barang keperluan yang akan dibawa ke sana.

Isnin hadapan sesi persekolahan penggal kedua akan bermula. Minggu terakhir kami berkhidmat di sekolah itu. Merangkap minggu aku akan dinikahkan dengan Amirul.

"Assalamualaikum cikgu!" Aduhai, kenapa kau muncul sekarang? Rajin pula tu menegur aku. Tapi budaya budak-budak kelas yang aku ajar memang begitu, pernah terserempak dekat pasar sebatu jauh dia melaung nama aku.

"Waalaikumussalam, datang seorang ke?" Aku bertanya kepada Aniq. Apa budak ni buat dekat tempat peralatan memasak?

"Datang dengan family." Dia menunjuk ke arah sebuah keluarga.

Aku berharap sangat Amirul tak...

"Izz, papan pemotong tu kau nak yang petak ke bulat?" Duh! Kantoi dah. Kenapa masa ni juga kau nak muncul?

"Tapi umi rasa periuk tadi elok lagi la..."Ha elok, pakej dengan Makcik Rohayu sekali muncul.

" Datang dengan Ustaz Am ke Cik Izz?" Aniq sudah tersengih-sengih. Dia bersalaman dengan Amirul.

Esok taknak pergi sekolah boleh tak? Ni confirm kejap lagi kecoh dalam group whatsapp kelas.

"Haah, beli barang sikit untuk ke Sarawak nanti."

"Sarawak?" Aniq mengulang nama bumi kenyalang itu.

"Kau tak bagitahu budak kelas kau lagi ke?" Amirul bertanya kepadaku.

Aku sebenarnya tak sampai hati nak beritahu. Lagi-lagi dengan budak kelas Aniq yang memang dah rapat sangat dengan aku. Lagipun pengetua kata dia akan buat majlis ringkas pada dua waktu akhir selepas rehat pada hari Jumaat sempena perpisahan kami.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now