Bab 17

9.4K 903 20
                                    

Bab 17

Khaulah terus masuk ke dalam bilik bersama segala bukunya. Kemudian barulah Abang Ahmad masuk. Matanya sudah menikam aku. Tajam sungguh jelingan abang. Cuak pula aku jadinya. Si Amirul ni jeling aku sekali, dah kenapa? Aku cungkil juga mata kau karang!

"Ehehehe. Sorry. Izz ingat sekejap je tadi. Bila dah bersembang dengan Cik Ayu tak ingat pula nak tengok jam." Aku tersengih manja kepada Abang Ahmad. Tolonglah makan umpan adikmu yang comel ini.

"Tak reti telefon? Tinggal mesej ke apa ke? Sampai masuk dalam hutan seberang sungai tau abang dengan Am cari adik." Abang Ahmad geram.

"Lah, siapa suruh masuk hutan. Bukan tak tahu kalau balik sini dia pergi rumah Cik Ayu. Kalau tak pun rumah Mak Esah tepi kubur tu. Betul tak?" Peguam bela aku, Makcik Rohayu datang membela.

"Budak Izz ni, bukan boleh jangka bila dah balik sini. Ikut sedap kaki dia je nak berjalan." Abang Ahmad masih tidak puas hati.

"Dengar cerita, kamu dah bertunang ya Ahmad? Senyap sunyi je. Tak bagitahu orang kampung pun." Makcik Rohayu mengubah topik.

Abang yang masih kepanasan dengan aku dihidangkan air oleh Amirul Mukminin. Habis diteguk segelas air. Bang, sunnahnya tiga kali teguk, bang! Hampir tersedak dia apabila prihal pertunangannya dibangkitkan. Matanya tajam memandang aku.

Aku tersengih.

"Baru lagi. Dengan Kak Sara tart nanas tu. Ala ingat tak tart nanas Izz bawa waktu raya haritu? Ha Kak Sara la yang buat." Aku menjawab panjang bagi pihak abang.

"Ingatkan nak buat surprise. Senyap-senyap je dulu nanti balik sini terus tayang bini. Tapi dah ada budak kepochi bocor rahsia." Abang menyambung.

"Tak ada gambarnya ke?" Berminat pula Makcik Rohayu dengan tunangan abang. Almaklumlah, dulu waktu awal-awal sampai ke kampung ini, abang buat banyak kerja kampung. Sampai semua orang kampung kenal abang dan aku.

Aku menunjukkan gambar sewaktu pergi ke Melaka. Gambar Kak Sara bersama anak-anaknya. Lebih kurang macam eksperimen sosial jugalah. Nak tengok reaksi orang kampung bila abang bertunang dengan janda.

"Dua budak ni anak siapa?" Pastinya Haikal dan Alisya menarik perhatian.

"Anak Kak Sara." Aku jawabkan bagi pihak abang.

"Alhamdulillah, anak ekspress. Sekali dapat terus dua orang. Eloklah umur kamu tu pun dah elok bawa anak pergi sekolah ye tak? Macam mana boleh kenal?" Reaksi Makcik Rohayu menyebabkan abang menarik senyum.

"Abang tu nama dia Haikal, 5 tahun. Adiknya Alisya baru nak masuk 2 tahun. Maknya Siti Sara 28 tahun. Dia jual tart nanas, saya jual buah nanas. Macam tulah jumpanya."

"Ha Am, jangan nak lari. Abang Ahmad jumpa dah, kamu tu bila lagi? Dah sampai Mesir balik sini sepi je. Ke dah ada tak bagitahu umi?"Amirul baru hendak memasang langkah. Makcik Rohayu bila orang masuk bab jodoh memang pantang kalau tak palitkan anak teruna sulungnya sekali.

"Ada, tapi jauh sangat. Tak tercapai." Jawapannya berkias.

"Jauh kemana? Takkan dekat Mesir kut."

Lelaki seperti Amirul Mukminin. Mana sepadan dengan aku. Dia layak bersama si solehah. Lihat sahaja ibunya, berjubah dan bertudung labuh. Niqab yang tergantung di tepi pintu itu pastinya milik wanita di dalam rumah ini. Aku ni sejenis monyet panjat pokok rambutan. Cikgu yang kerjanya terpekik terlolong panggil budak. Suara aku kasar dan besar. Macam tak sepadan pula nak dibandingkan dengan keluarga ini yang wanitanya halus budi pekerti, sopan tuturkata dan lembut bicaranya.

"Jauh lagi, dia bintang. Bintang paling terang yang tak tercapai dek tangan Am." Kiasan yang digunakan untuk wanita itu menyebabkan aku menarik senyum kelat.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now