Bab 4

10.4K 891 25
                                    

Bab 4

Jam tangan aku pandang sejak tadi. Sudah lima minit berlalu sejak waktu aku bermula tetapi satu batang hidung pelajar Melayu pun tidak muncul. Aku terus memeriksa jadual di dalam fail rekod mengajar. Betullah, memang kelas aku. 4 Perdagangan 4. Selalunya, mereka tidak pernah lewat begini.

Aku tak menunggu mereka lagi. Pelajar Cina dan India seramai 9 orang daripada kelas moral sudah sampai dan bersedia. Aku tak boleh ambil hak masa mereka semata-mata hendak menunggu pelajar Melayu sampai.

Terus aku mulakan kelas dengan set induksi. Hari ini aku akan mengajar

"Sorry Cik Izz, tadi tak sedar dah masuk waktu lain." Aniq si ketua kelas meletakkan buku kawalan kelas pakej pas keluar kelas di hadapan.

Amboi alasan... Karang aku keluarkan lambat guna alasan sama, baru kau tahu! 'Ehhh, saya tak sedar dah waktu balik' padahal loceng bukan main meraung.

"Siapa sebelum saya?" Aku bertanya lembut.

"Agama dengan Ustaz Amirul." Jawapan yang keluar daripada mulut Aniq menyebabkan suhu darahku naik.

Nak bergurau ke nak kenakan aku ke buat la tapi jangan la sampai menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran aku. Memang orang tengok tiga masa tu lama tapi aku dah buat rangka pengajaran dalam masa tu. Aku kena capai objektif lepastu nak kejar silibus dengan amali budak-budak ni lagi. Kau ingat mentang-mentang aku mengajar subjek Sains Rumah Tangga, aku mengajar budak setakat lipat kain je?

Kalau tak pandai nak cakap elok-elok, sekurangnya beradab la dengan masa orang lain.

Dalam masa dua minit kelas mula dipenuhi manusia.

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh." Aku memberi salam kepada para pelajar tanda sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

Salam dibalas serentak.

Satu benda yang aku perasan dari zaman aku tadika lagi sampai sekarang, pelajar yang ramai memberi salam kepada guru yang seorang padahal kalau diikutkan adab memberi salam, individu yang seorang itu perlu beri salam kepada kelompok yang lebih ramai.

"Siapa pakai jam hari-hari dan jam dia tak mati, angkat tangan." Aku memberi arahan serius.

Perlahan-lahan tangan diangkat. Majoriti rupanya pakai jam hari-hari.

"Cik Izz tadi sebenarnya Ustaz Amirul terangkan tentang ayat kefahaman lepastu penerangan dia panjang dan menarik senang nak faham sampai kami tak sedar masa berlalu." Deena berpihak kepada ustaz yang baru masuk itu.

"Saya faham kamu punya semangat nak menuntut ilmu tu tapi lepasni jangan lewat lagi. Kesian pelajar moral yang tunggu. Deena, saya jadikan kamu penjaga masa okay? Ingatkan ustaz tu lima minit awal kena keluar." Aku tak mahu membebel panjang. Sia-sia sahaja aku membazir liur. Bukan boleh kembalikan masa.

"Baik Cik Izz." Deena menyahut.

Buku teks Sains Rumah Tangga tingkatan 4 berwarna merah jambu kubuka tepat pada muka surat 79 yang telah aku tanda dengan pelekat penanda.

Aku memulakan kelas dengan set induksi supaya pelajar seramai 30 orang ini boleh mendapat sedikit idea tentang topik pembelajaran pada hari ini.

"Kalau beli baju, apa yang kamu tengok dulu?" Soalku.

"Saiz."

"Harga."

"Kain." Telingaku menangkap jawapan yang aku mahu. Bagus! Mengena.

"Wani sebut kain tadi, apa yang dilihat pada kain tu?" Aku memberi soalan terus.

"Jenis kain." Jawabnya.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now