Bab 6

10.2K 936 32
                                    

Bab 6

"Dari kecil sampai dah tua bangka ni perangai sama je. Ingat dah berbelas tahun tak jumpa ni makin elok la perangai ni tak, sama je. Hidup tu kalau tak kenakan orang, tak boleh bernafas agaknya." Aku terhempas pintu peti sejuk. Masih tidak puas hati lagi dengan pertemuan antara aku dan Amirul Mukminin.

Kalau Abang Ahmad dengar, sah-sah kena ceramah tiga hari tiga malam.

Aku cuba bertenang. Lagi banyak bercakap, lagi banyak dosa. Dah la sakit hati, tak fasal dapat dosa kering.

Nafas panjang kutarik. Jam lima petang. Aku sudah selesai solat dan membersihkan diri.

Penat latihan sukan tadi tak habis lagi, tapi aku masih tidak boleh berehat. Bahan untuk membuat fudgy brownies aku letakkan di atas meja. Aunty Mei jiran selang tiga buah rumah daripada aku tempah sebab menantu dia mengidam katanya. Tak mahu brownies lain, nak aku punya juga. Katanya air tangan cikgu kelas masak ni lain. Akupun iyakan sahajalah. Cikgu kelas masakpun boleh la. Haritu dah batalkan pesanan sebab ketuhar rosak tapi alang-alang Abang Ahmad dah beli ketuhar baharu ni, baik aku buatkan. Karang lahir meleleh air liur budak tu.

Ketuhar baharu kupanaskan dahulu pada uhu 175 darjah celcius. Teruja okay nak guna ketuhar baharu!

250 gram mentega tanpa garam dan 200 gram coklat masakan yang aku sudah cairkan dengan teknik double boil dituang ke dalam mangkuk adunan bersama 2 sudu minyak masak, 1 ¼ cawan gula halus dan 1 cawan gula perang. Aku adunkan semuanya supaya sebati. 4 biji telur aku masukkan sekali bersama satu sudu makan essen vanilla dan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak. Pastikan bater itu tidak terlalu panas, karang tak fasal telur tu masak jadi telur hancur pula. Aku pukul rata menggunakan pengadun manual supaya tidak terlebih pukul. Kalau terlebih pukul, udara akan terperangkap dan tekstur brownies itu akan menjadi seperti kek sekiranya terlebih tepung atau mendap di bahagian tengah kerana kurang tepung untuk menyeimbangkan udara tadi. 1 cawan tepung gandum dan 1 cawan serbuk koko kuayak bersama terus ke dalam mangkuk tadi. Bater kukaup balik hingga semuanya sebati.

Bater tu kutuang dalam loyang petak bersaiz 8 x 8 inci yang sudah kualas dengan kertas parchment. 25 ke 30 minit di dalam ketuhar dan voila! Fudgy brownies kedut, siap! Oh ya, dia memang sepatutnya tak bersih bila kau cucuk dengan pencungkil gigi. Kalau bersih tu dah terlebih masak. Haba yang ada akan masakkan browies tu jadi jangan bimbang ya cik adik.

Aku biarkan dahulu ia sejuk sebelum potong. Nak potong brownies ni kena beriman dan bertakwa sikit. Sabar, tunggu sejuk dulu. Panaskan pisau dengan air panas, lapkan kering baru potong. Hiaskan dengan coklat ganache serta anggur tanpa biji. Nak letak segala apapun kau letaklah jangan kau buang tabiat letak durian, sudah. Resepi rahsia coklat ganache aku? Tak adalah rahsia mana. Guna nisbah 1 coklat : 1 heavy cream. Kalau 100 gram coklat, 100 ml heavy cream. Ada faham? Panaskan heavy cream sehingga berbuih di tepi tetapi tidah sampai mendidih, tutup api dan biarkan lima minit kemudian campurkan coklat masakan yang dah dicicang halus. Kacau sehingga sebati dan coklat tidak berketul. Tips dia adalah gunakan coklat yang mahal sikit supaya cair elok dan rasanya lebih sedap.

Siap!

Jam di dapur menunjukkan pukul hampir pukul tujuh petang. Abang Ahmad masih belum pulang.

Telefon kucapai.

Beberapa detik berlalu sebelum panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, abang dekat mana?" Aku terus bertanya tanpa belok kanan kiri.

"Waalaikumussalam, ada dekat hospital." Jawapannya membuatkan jantungku gugur.

"Abang kenapa? Accident ke? Teruk ke? Kenapa tak call orang? Hospital mana? Adik datang sekarang." Bertubi-tubi pertanyaanku.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now