Bab 22

9.1K 904 16
                                    

Bab 22

Peperiksaan pertengahan tahun sudah bermula beberapa hari lalu. Kertas aku antara kertas yang agak lewat jadi aku boleh bawa bawa bertenang terlebih dahulu. Selalu mereka yang akan datang kepada aku di bengkel. Kali ini aku pula perlu pergi kepada mereka. Sewaktu peperiksaan berjalan, semua guru perlu peka kepada masa. Tidak boleh meninggalkan kelas sebelum guru lain tiba, semua perlu rujuk jadual peperiksaan untuk pengambilan kertas soalan di bilik guru.

Aku membawa kertas soalan Pendidikan Agama Islam kertas 1 ke kelas. Lima minit sebelum Aku menyuruh mereka semua untuk menyimpan buku dan hanya alat tulis sahaja yang dibenarkan untuk diletakkan di atas meja. Bekas pensil lutsinar sahaja diterima.

Kertas soalan aku edarkan mengikut bilangan pelajar dalam baris. Ambil satu dan beri kepada orang belakang. Ada satu kertas soalan berbaki. Itu ialah kertas soalan lebihan bagi mengelakkan kebarangkalian kertas tidak cukup kerana tersalah kira atau ada kesalahan pada cetakan. Tidak perlulah cikgu menjadi runner terjun untuk mengambil kertas di bilik peperiksaan. Tapi pernah juga berlaku kejadian cikgu daripada tingkat 4 blok F terpaksa berlari ke blok A untuk mengambil kertas soalan kerana kekurangan sehingga lima helai. Akulah cikgu tu. Patutlah sewaktu Ujian Kelayakan Calon Guru kami perlu berlari sehingga hujung nafas dalam ujian bleep.

Ada masa lima minit sebelum peperiksaan bermula.

"Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak termasuk muka depan. Jawab soalan objektif pada kertas OMR, soalan jawapan pendek di kertas soalan dan esei di kertas kajang berlogo sekolah. Jangan lupa Tulis nama, dan kelas. Semua boleh semak kertas soalan." Aku memberi arahan.

Pelbagai reaksi aku perhatikan ada muka bercahaya kerana pasti soalan itu dia sudah baca dengan bersungguh. Ada yang berkerut kening dan ada juga yang tidak mahu menyemak. Budak sejenis inilah nanti yang tengah kalut jawab periksa tiba-tiba muka surat hilanglah, salah cetaklah, sabar sahajalah. Aku meminta mereka untuk tutup semula kertas soalan.

Aku memberi arahan supaya mereka membaca doa penerang hati.

Allahummaftah 'alaini hikmataka wansyur 'alainai min khazainirahmatika ya arhamarrahimin. Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlul u'datammin lisani yafqahu qauli. Allahummarzuqnii fahmannabiyyiin wa hifzal mursaliin wa ilhaamal malaa,ikatil muqorrobiin. Yaa Fattaahu yaa 'Aliim,, iftah qolbii futuuhal 'aarifiin.

Ya Allah, bukakanlah ke atasku hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atasku khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Ya Allah, Lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir (denganMu). Ya Allah yang Maha pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif.

Tepat jam 8:15 pagi, aku memberi arahan untuk membuka kertas soalan. Semoga berjaya, anak-anak didikku.

Setengah jam pertama, semua masih tekun menghadap soalan objektif. Ada yang menggunakan kaedah selamat tetapi membazir waktu. Tanda semua jawapan dahulu baru lorekkan. Ada yang sambil tanda sambil lorek. Tak kurang juga spesis aku, lorek jawapan tak tanda dekat kertas soalan. Jangan tak tahu, ada yang tukar pemadam jadi dadu. Main tembak je kerja kau ni.

Zaman aku sekolah dulu, cikgu-cikgu aku suruh buat latihan soalan format SPM lengkap hampir 10 set tak termasuk soalan tahun-tahun lepas. Aku dah boleh atur masa menjawab kerana sudah terbiasa dengan format dan sebenarnya soalan berulang. Kebiasaannya, aku akan ada baki lima hingga sepuluh minit untuk menyemak jawapan. Ketika itu, aku akan menjawab kembali soalan objektif di kertas dan bandingkan dengan jawapan di kertas OMR. Jika ada jawapan yang tidak sama, aku akan bertafakur sebentar mengenang pelajaran topik itu tetapi biasanya jawapan pertama itu tepat kerana datang daripada naluri, jawapan kedua itu bercampur dengan tiupan ragu-ragu syaitan. Nasihat aku, jangan ubah kecuali kau betul-betul yakin tentang jawapan itu.

Ramai sudah masuk bahagian isi tempat kosong. Kalau kertas lain ada bahagian struktur. Aku agak alergik dengan bahagian ini kerana pemarkahan agak ketat. Jika soalan minta dua, jangan kau mengada bagi lebih. Kebanyakan sistem penandaan kertas mengamalkan kaedah wrong cancel right. Kalau dua di atas betul, satu yang di bawah itu salah, salah di bawah akan menghapuskan markah yang betul.

Kegemaran aku, bahagian esei. Tulis sahaja segala yang terlintas di minda. Nanti pemeriksa akan cari markahnya. Cikgu Sejarah aku dulu selalu pesan. Jangan dipotong walaupun rasa salah. Biarkan sahaja. Ia akan digariskan dengan tanda TR iaitu tidak relevan tetapi ia tidak menjejaskan markah. Tapi, kalau esei agama, jangan kau buat fatwa sendiri sudah.

Aku bangun untuk meronda kelas. Aku bukan sejenis cikgu yang akan tenung budak menulis. Akupun tak selesa kena tenung. Tak bergerak pen ni, cikgu. Gementar tahu? Lagi-lagi kalau cikgu subjek tu sendiri datang, tengok jawapan kita tulis lepastu pergi buat pengumuman "Check balik jawapan kamu semua, tengok betul-betul." Boleh buat jiwa kacau tahu tak?

Aku ingat lagi zaman aku sekolah dulu, ada seorang cikgu ni jenis suka bergurau. Haritu tengah aku tulis esei dengan bertenang, boleh dia cakap masa tinggal lagi lima minit. Aku ada lagi dua perenggan panjang tak siap. Boleh bayangkan gelabahnya tu? Lepastu dia kata, saya bergurau je. Serius tak kelakar, cikgu.

Setengah jam berbaki, ada yang sudah syahid sementara. Tidur. Tidurlah budak, daripada kau buat bising mengganggu orang kiri kanan. Nanti, cikgu kau yang tak tidur. Bersengkang mata menanda kertas.

"Cikgu, saya nak pergi toilet." Kata pelajar yang datang kepadaku.

"Siap dah?"

Dia mengangguk.

"Hantar kertas dulu baru boleh keluar." Dia memandang aku seakan-akan aku yang salah cakap.

"Nak pergi toilet tak? kalau nak, hantar kertas dulu." Sekali lagi aku ulang.

Dia kembali ke tempat duduknya dan membawa kertas bersamanya. Pas keluar kelas ditukar dengan kertas itu. Aku agak tegas bab ketelusan jawapan. bukan bersangka buruk, cuma berhati-hati. Bukan aku tak tahu ada toyol yang dah diselit sana-sini.

Sistem sekolah aku dulu macam ni la. Pernah sekali, aku jawab soalan Geografi ujian penilaian 1 yang masanya satu jam Cuma dalam 20 minit. Kemudian, aku berlari ke tandas sebab dah tak tahan. Alhamdullillah score elok.

Guru subjek seterusnya sudah muncul. Aku terus keluar untuk ke kelas ganti. Mash dalam masa yang diperuntukkan tetapi daripada blok D tingkat empat nak ke blok B tingkat tiga, memang perlu tarik nafas extra panjang jugalah.

Aku mempercepatkan langkah dan hampir berlari kerana tidak mahu guru di dalam itu tertunggu-tunggu. Fuh, semput!

Aku berdiri di hadapan kelas sambil cuba mengambil semula nafas.

Inilah yang dipanggil hutang oksigen. Disebabkan jantung tak dapat mengepam oksigen dengan pantas, glukosa akan diuraikan melalui respirasi anaerob iaitu penguraian glukosa tanpa oksigen untuk menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP. Respirasi anaerob akan menghasilkan asid laktik. Asid laktik inilah punca kekejangan otot dan keletihan. Nafas menjadi tercungap-cungap untuk membayar semula hutang oksigen bagi menyingkirkan asid laktik dengan cara mengoksidakannya kepada air, karbon dioksida dan tenaga.

"Cikgu baru habis marathon ke?" Perlahan sahaja suaranya. Cukup untuk pendengaran aku.

Ya Allah, kenapa aku yang dapat relief kelas ni? Kenapa dia ni wujud dekat sini?

"Taklah ustaz, baru habis mencangkul." Aku membalas loyar buruk Amirul.

"Nak tanam apa? Gigih mencangkul."

"Tanam ustaz, enam kaki dalam tiga kaki lebar. Dah pergi sana. Sibuk je." Garang aku menjawab.

"Amboi, garang. Patutlah single sampai sekarang." Dia terus pergi meninggalkan aku yang tercengang.

Auch!

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now