Bab 12

8.8K 987 29
                                    

Bab 12

Pagi tadi, abang serahkan telefon bimbit aku. Aku tak terus bukan, aku biarkan sahaja. Kenapa aku perlu sakitkan diri sendiri? Hari ini ada sambutan Isra' dan Mikraj. Aku bertugas sebagai pengurus pentas. Aku perlu jalankan dahulu tugas aku. Serius aku boleh rasa bahawa semua guru akan memandang serong kepadaku disebabkan oleh video yang tular itu.

Tapi, sangkaanku meleset. Pagi itu Cikgu Murni datang kepadaku dan terus membelek wajah aku. Madam Bella siap berikan aku set sandwich telur dan air teh lagi. Seperti semua orang percayakan aku dan tahu kisah sebenar. Serius, aku rasa dilindungi dan disayangi. Seperti Allah utuskan malaikat penjaga untuk aku.

Aku memberanikan diri untuk membuka whatsapp. Puan Nora sendiri yang menghantar kronologi kejadian dengan tepat seolah-olah dia berada di sana. Sekejap, satu-satunya orang yang ada nombor Puan Nora dan satu-satunya guru yang berada dengan aku semalam cuma dia, Amirul Mukminin.

Aku terus menemuinya di belakang pentas untuk mengucapkan terima kasih. Tetapi dia seperti sedang serabut ayam.

"Kenapa ustaz?" Aku betanya.

"Penceramah cancel last minute sebab ada masalah peribadi."

"Allah... dah beritahu Ustazah Noriza?"

"Cakap dah, dia kata sekejap lagi dia turun. Ha tu, panjang umur."Amirul ternampak ustazah sedang bergegas ke arah mereka.

Dia memanggil Furqan, ketua pelajar itu sekali dalam mesyuarat tergempar ini.

"Furqan ganti Ustaz Amirul baca doa, ustaz bagi ceramah Isra' Mikraj boleh? Benda biasa-biasa je."

Glup. Setengah jam lagi majlis akan bermula.

"Boleh ustaz?" Ustazah Noriza mengulang.

"Dia boleh ustazah, jangan risau." Aku menjawab bagi pihak Amirul.

"Okay, Alhamdulillah. Nanti beritahu Aqilah MC kita tentang perubahan ni. Semoga semuanya berjalan lancar."

Amirul memandang aku.

"Weh, aku tak sediakan apa-apa ni. Kau buat lawak apa? Karang aku tak ada idea nak cakap, blank tak fasal macam mana?"

"Aku tolong kau buat flow. Kau dah tolong bersihkan nama aku. Terima kasih."

"Tak cukup bersih lagi. Nanti kena jumpa Puan Nora dan budak yang rakam video tu."

"Dah tahu ke siapa?" Aku kalau boleh tak mahu tahu siapa yang mengaibkan aku.

"Furqan dah jumpa. Katanya senang je nak tahu. Dia dah suruh budak tu padam tapi tak sangka dah tersebar."

"Nantilah. Kita settlekan yang ni dulu."

Aku dan Amirul duduk dalam bilik audio bersama beberapa orang pengawas. Buku kecil dan pen aku keluarkan daripada dalam beg tangan. Tajuk sejarah Isra' Mikraj.

"Weh, boleh tak kau kaitkan Isra' Mikraj ni dengan keadaan hidup sekarang yang boleh relate dengan student." Aku mencadangkan idea baharu.

"Maksudnya?" Dia kurang faham,

"Kau fasih sirah Isra' Mikraj kan?" Aku bertanya.

"In-shaa-Allah fasih."

Aku menulis beberapa perkara di atas buku nota aku. Isi demi isi aku coretkan. Dia tinggal buat huraian lanjut. Aku tak tahu samada menjadi ataupun tidak, kita cuba jaya sahaja. Aku mengangkat kepala. Matanya memanah mataku. Terus tertunduk dibuatnya.

"Ustaz, kenapa tenung macam tu? Tundkkan pandangan Ya Ustaz." Aku separa memerli dalam keadaan menahan malu.

"Mana ada aku tenung, aku mengelamun. Aku rasa mesti lagi best kalau kau yang bagi ceramah sebab kau punya idea mesti kau boleh kembangkan lagi baik."

Aku menggeleng kepala. "Kau jangan nak cari fasal. Aku tak cukup alim nak bagi ceramah agama. Tak ada kelayakan dan autoriti pula tu jadi kita serahkan pada ahlinya. Kalau aku yang bagi ceramah ni tak ubah macam kau buat bengkel jahitan. Kan tak kena tu..."

"Hmmm... faham. Ada Al-Quran terjemahan dengan sticky note penanda?" Pintanya.

Al-Quran terjemahan aku keluarkan daripada dalam beg bersama penanda yang diminta.

"Hebat la beg Doraemon kau. Roti ada?"

Aku mengeluarkan roti Gardenia berperisa coklat. Amirul Mukminin tergelak hingga kejang usus.

"Semua aku ada, apa benda yang aku tak ada?"

"Suami, kbye." Dia terus pergi ke tempat MC bersama roti aku. Eh banyak kacak muka kau!

"Woi!" 

p/s : Pendek je sebab bab lepas ni panjang. fuh

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now