Bab 40

11.3K 898 24
                                    

Aku dah tersebik-sebik menangis dalam pelukan Abang Ahmad. Macam ni ke rasanya bila anggota tenteta dihantar jauh daripada keluarga tanpa perhubungan langsung? Kali pertama aku akan berjauhan dengannya dalam tempoh masa yang lama. Berkali-kali aku berpesan kepada Kak Sara untuk jaga abang. Anak-anak buahku sayang kukucup dahi mereka. Membesar dengan baik ya?

"Dah la tu. Macam mana abang nak bagi kau pergi kalau kerjanya nangis je?" Kepala aku diusap kasar oleh Abang Ahmad.

Janganlah rosakkan tudung orang!

Aku memandang semua yang bakal kutinggalkan. Kerisauan memang tak dapat nak dinafikan tapi Amirul kerap ingatkan aku. Tak apa, Allah ada. Jangan risau, Allah jaga. Bukan sahaja menjaga kita yang pergi tetapi juga menjaga mereka yang ditinggalkan.

Aku, Amirul Mukminin dan Santesh masuk ke balai pelepasan bersama. Ada beberapa orang guru semenanjung bersama kami. Perjalanan hidup baru kami bermula di sini.

"Salam sejahtera semua, sekarang saya bersama sweet couple teacher untuk ke Sibu. Di sana kita akan jumpa dengan seorang lagi cikgu daripada Sarawak." Santesh mula membuat vlog.

"Macam mana you nak upload nanti?" Aku bertanya sebab paling kuatpun talian internet dekat sekolah pedalaman kategori P1, 2G. Sekolah kami... Hmmm... Talian telefonpun berdasarkan pasang surut air kerana gelombang radio dihantar dengan medium air. Kalau musim kemarau memang tiada talian.

"Upload bila boleh dapat akses. Ala video suka suka saje bukan buat duitpun." Jawabnya bersahaja.

Dua jam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Sibu terasa begitu singkat. Pendaratan kemas dilakukan oleh juruterbang.

Kedatangan kami disambut oleh pegawai PPD dan pengetua sekolah masing-masing juga guru-guru daripada Sarawak yang akan ditempatkan di sekolah yang sama.

Aku terpandang logo World Organisation of Scout Movement (WOSM) pada beg sandang salah seorang guru di situ. Terus tangan Am aku lepaskan dan pergi mendekati dia.

"Scout?" Aku menegur guru perempuan berambut ekor kuda itu.

"Yesss, you pun?" Dia membalas pertanyaanku dengan teruja.

Aku menangguk laju.

"Salam pengakap!" Dia memberi aku tabik tiga jari.

"Salam pengakap!" Aku membalasnya kemudian kami berpelukan.

Amirul Mukminin yang aku tinggalkan datang menghampiri kami.

"Kawan ke?" Dia bertanya aku. Bukan main akrab nampaknya. Siap berpelukan lagi.

"Scout sisters." Aku menjawab

Setelah berkenal-kenalan rupanya dialah seorang lagi guru baru SMK Karangan. Miss Claire anak Thomas, guru Pendidikan Jasmani kacukan Cina-Iban. Empat orang guru baharu akan berkhidmat di bawah pengetua yang lebih selesa dipanggil Bapak. Ikutkan sahajalah.

Santesh menghampiri kami dengan satu beg bagasi besar seperti orang pergi haji, beg sandang dan beg di tangan.

"Ini je beg you orang? Cukup ke? Mana ada mesin basuh dekat sana." Dia pelik memandang beg kami yang sedikit seperti akan balik selepas dua minggu.

"You tak cuci baju ke nanti? Setiap hari tukar-tukar lepastu kurang ganti daun meh?" Claire mengusik Santesh.

Memang budak bandar teruk dia ni. Jangan buat malu orang semenanjung boleh tak?

Aku sudah mulai suka dengan keserasian kami berempat. Bapak juga kelihatan senang dengan kami.

Kami dibenarkan untuk membeli barang keperluan yang tidak dibawa dalam masa dua jam sebelum ke jeti untuk menaiki bot ekspress. Aku sudah buat senarai awal barang yang perlu diberi termasuk stok makanan segera, tepung, garam dan seangkatan dengannya. Sudah aku pesan kepadanya, kalau aku ambil sesuatu yang tiada dalam senarai, sila azankan telinga aku.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now