Bab 21

9.1K 889 18
                                    

Bab 21

Deena menunggu aku di Anjung Cermai, sebuah pondok wakaf oleh pengetua lama yang sudah bersara. Ia terletak di hadapan surau. Dia terus tersenyum apabila aku muncul.

"Lama ke tunggu saya?" Aku melihat jam. Betullah, pukul dua. Aku solat Zohor di surau lama di tingkat atas bilik guru.

"Taklah, baru je."

Aku mengambil tempat di sebelah kiri dia supaya mudah untuk aku mengajar dan membaca soalan.

"Cik Izz boleh ajar math?" Buku matematik moden dibuka terlebih dahulu. Mukanya agak serba salah kerana bukan subjek ajaran aku.

"Math saya A+ dulu, In-shaa-Allah boleh." Bukan riak, Cuma aku perlu memberitahu kredibiliti aku sebagai pengajar. Ala, lebih kurang macam lesen mengajar.

"Pandainya cikgu. Saya luluspun tak pernah. Bolehlah Cik Izz ajar. Kalau lulus cukup makanpun jadilah. Penatlah dengar mak membebel marah kata saya asyik main je, buat habis duit. Bukan saya tak belajar, saya dah cuba tapi tak faham." Katanya sambil menyelak buku teks.

"Dekat kelas faham tak?" Aku mula menyiasat punca ketidakfahamannya.

"Tak, cikgu tu ajar laju sangat tak boleh nak tangkap lepastu dia suruh salin je jawapan latihan. Katanya nanti ikut je jalan kerja tu cuma tukar nombor. Saya tak faham, ni macam soalan ni." Dia tunjukkan kepada aku soalan yang sudah dia tanda.

Aku menghela nafas perlahan. Kasihan budak ini. Aku faham situasi cikgu itu. Bukan mudah untuk memberi tumpuan kepada setiap orang pelajar. Ada yang cukup dengan contoh soalan, ada yang perlukan penerangan yang perlahan dan tumpuan individu yang lebih serta ada juga yang langsung tidak kisah. Kadang, inilah yang menjadi dilemma guru. Kalau mengajar satu topic sehingga semua betul-betul faham, alamat tak habislah silibus.

"Tanya tak kalau tak faham?"

"Cikgu tu garang, takut nak tanya." Jawabnya sambil tersengih.

Aduhai, inilah masalah pelajar. Takut hendak bertanya. Tak ada cikgu yang makan orang dalam dunia ni. Cikgu memang dibayar gaji untuk menjawab persoalan pelajar. Kalau malu hendak bertanya dalam kelas, tanyalah diluar kelas. cuma janganlah pula bertanya di whatsapp sewaktu cuti atau pada malam hari. Itu waktu privasi.

Aku mula mengajar topik yang diminta. Bersungguh-sungguh aku menerangkan supaya dia dapat menangkap ilmu yang sedang aku cuba sampaikan. Tekun dia mendengar butir bicaraku. Aku ajarkan sekali apa maksud cikgu matematiknya tentang jadikan jalan kerja lain sebagai rujukan. Tak sedar langsung begitu cepat masa berlalu.

"Cik Izz, mesti tak best ajar budak kelas hujung yang lembab macam saya ni. Saya cemburu bila lalu dekat kelas depan, macam senang je cikgu mengajar. Iyalah, otak budak dalam kelas tu semua macam span, cakap terus serap." Ayatnya menyebabkan hati aku ngilu.

"Deena, kalau kamu nak ukur kebijaksanaan, jangan buat perlumbaan panjat pokok antara tupai dan ikan. Selamanya ikan tu akan anggap dirinya si kalah. Biarkan ikan berenang dan tupai memanjat. Semua ada kelebihan sendiri." Aku cuba membuka satu cara pandang baru untuk Deena.

Dia meminta diri terlebih dahulu.

Aku menghantarnya dengan pandangan. Semakin mengecil dan menghilang.

Memori bertahun dahulu bagaikan bermain semula di ruangan mata.

Ada satu sebab kenapa aku pilih untuk jadi guru dalam pengkhususan teknik dan vokasional yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapapun.

Waktu tu, aku masih belajar di matrikulasi. Semester akhir iaitu semester 2. Aku masih memikirkan program yang aku mahu mohon di UPU untuk kemasukan Ijazah Sarjana Muda. Alkisahnya, aku mahu jadi cikgu. Percubaan aku untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru dibawah Program Ijasah Sarjana Muda Perguruan gagal di peringkat temuduga. Cadangnya, aku masuk ke matrikulasi dan sambung pengajian dalam bidang sains kimia kemudian tambah setahun Diploma Perguruan Lepasan Ijazah tetapi entahlah, terasa berat hati ini sewaktu meletakkannya sebagai pilihan pertama. Masih ada masa untuk aku ubah.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now