Bab 50

9.5K 806 14
                                    

Pintu bilek aku buka perlahan. Tidur agak tak lena kerana terasa kekosongan tanpa suami si sisi. Menggedik betul padahal dari kecil elok je tidur sendiri. Abang Ahmad memang tak akan tidur sebilik dengan aku. Diletaknya aku dalam bilik dan dia akan tidur di ruang tamu.

Aku berjalan ke tempat Amirul tidur semalam. Dia masih tidur dalam keadaan duduk melunjur dengan tubuhnya berselimutkan kain telekung aku. Nasib baik aku punya telekung berwarna biru tua, kalau warna putih, seram jugalah nak menegur. Karang salah tegur, ada yang demam pula.

Aku duduk di sebelahnya. Dalam samar cahaya wajahnya yang bersih tak terkurang sinarnya. Ada nur di wajahnya. Jarang sekali aku dapat menyaksikan wajahnya yang lena.

Tak kiralah kuat manapun dia menyakat aku, dia tetap suami yang hebat. Tak pernah terkurang nafkah daripada, tak pernah aku berlapar dan tak pernah aku sunyi. Aku tak pernah nampak dia marah hatta meninggikan suarapun tak pernah. Aku rasa aku yang serba kurang sebagai isterinya. Dia layak dapat isteri solehah hafizah tapi dengan sabar dia mendidik aku hafalan juz amma aku juga semakin bertambah baik hasil disiplin dia. Ustaz Amirul ni garang tau bila mengajar Al-Quran. Dia siap sediakan rotan lagi. Padahal rotan hiasan sahaja. Tak ada kompromi langsung bab tajwid dan makraj huruf. Sekali salah dia suruh ulang sampai betul.

Kadang, aku jadi takut sebab dia terlalu sempurna di mata aku. Aku takut aku tak boleh terima kurangnya dia. Aku takut kalau Allah jadikan dia sempurna di mata aku kerana Allah hanya izin pertemuan yang singkat antara kami. Aku takut dia akan pergi bila aku dah terlalu selesa bersandar padanya.

"Am, bangun." Aku menepuk badannya lembut. Amirul ni sangat mudah terjaga.

"Emmm..." Dia merengek seperti budak kecil yang terganggu tidurnya.  Matanya perlahan-lahan terbuka.

"Assalamualaikum." Aku terasa seperti morning angel versi belum mandi.

"Waalaikumussalam, kambing busukku." Jawabnya sambil tersengih.

What? Aku punyalah feeling morning angel, dia panggil aku kambing?

"Kambing busuk ni la yang Am buat bini. Maksudnya Am kambing juga la!" Aku menepuk lengannya kuat.

"Tangan kecil tapi pedas. Am kambing biri-biri gebu yang comel." Dia memegang lengan yang aku pukul tadi.

"Gebu apa? Keding je." Aku menggosok tempat yang aku pukuk tadi.

Dia membaca doa bangun tidur.

Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wailaihinnusyur.

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami (membangunkan kami dari tidur) dan kepadaNya kami akan kembali.

Dia mengajak aku turun daripada rumah panjang menuju ke sungai. Anjing-anjing di bawah masih tidur. Perlahan-lahan kami berjalan berpegangan tangan ditemani cahaya bulan.

"Am tak takut ke?" Aku berdiri rapat kepadanya.

"Allah ada, nak takut apa? Semua ni kan makhluk Allah juga. Kalau Izz yakin Allah tu dekat, bumi terbelahpun Izz takkan takut." Dalam samar cahaya bulan, dia tersenyum memandang aku.

Kami menghampiri sungai.

"Am, airnya sejuk." Serius, airnya sejuk hingga ke tulang.

"Memanglah sejuk, air sungai. Kalau panas tu hot spring tak boleh nak buat ambil wuduk, panas. "

Eiii, malaslah nak cakap dengan dia ni.

Dalam sejuk air itu, kami sempurnakan juga wuduk kemudian naik ke tanju untuk solat tahajjud. Kiblat kami tentukan dengan kompas. Hendak solat di tanah ragu-ragu pula dengan anjing.

Bintang Paling TerangOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz