Bab 16

9.5K 987 26
                                    

Bab 16

"Izz... bangun. Sampai dah." Suara halus berbisik ke telingaku.

Nantilah. Sampai mana? Bagilah aku tidur sikit lagi.

"Izz, cepat bangun." Suara itu makin tak sabar.

Aku berkerut dahi.

"IZZ HANINA BINTI KHALID!!!" Nama penuhku dijerit ke telingai.

Terus terbuntang mataku. Tegak daripada bersandar. Woi! Kalau orang ada sakit jantung dah boleh mula gali kubur tahu tak?!

"Apa?!" Aku membentak geram kerana lenaku diganggu.

"Sampai dah. Tu, dusun Umi depan tu, kau pergi la jalan sendiri. Abang nak jumpa orang masjid kejap nak bagitahu kita nak guna pondok wakaf tu." Abang Ahmad melepaskan klip tali pinggang.

"Dekat dusun sekarang ada apa?" Mataku mulai bercahaya.

"Rambutan, pulasan dengan rambai sikit. Kau jangan..." Abang tak sempat menghabiskan patah perkataannya, aku sudah lari dahulu membawa diri. Segala beg dan barangan peribadi aku tinggalkan dalam jagaan abang.

Aku budak kampung, seronok rasanya pulang ke habitat asal.

Pokok rambutan aku panjat tanpa gerun. Bukan tak ada galah tapi rasa macam satu pencapaian bila ambil dengan tangan sendiri. Pokok ini sudah semakin tinggi. Kali pertama aku memanjatnya, pokok ini agak rendah sedikit. Ketika itu aku berusia lapan tahun. Dahan demi dahan aku pijak. Batang pokok aku peluk. Rambutan yang sudah aku sasarkan berjaya aku peroleh.

Aku terdiam apabila seorang lelaki yang aku tidak dapat cam kerana topi jerami menutup kepalanya masuk melalui denai kecil. Mukanya memakai topeng. Ala, kalau tak pakaipun bukan aku cam sangat komuniti lelaki kampung ni. Abang tak bagi aku rapat dengan lelaki sebaya aku. Seluar panjang berwarna khaki dimasukkan ke dalam boot panjang Pua Chu Kang berwarna kuning, baju kotak-kotak lengan panjang pasti untuk mengelak nyamuk. Itu bukan Abang Ahmad.

Selalunya, apabila kami pulang, orang lain tak akan masuk ke dusun kerana menghormati privasi kami adik beradik.

Dia semakin hampir ke arah pokok aku dia bawa galah bersama. Aku perhatikan raga rotan separuh penuh dengan buah-buahan. Aku rasa mesti dia nak jual. Ish, bukankah dah cakap, dusun ni untuk makan bersama!

Aku membaling rambutan daripada atas tepat mengenai belakang badannya.

"Woi, pencuri!" Aku capai lagi rambutan berdekatan dan terus membaling.

Dia kebingungan sebentar dan melihat ke bahagian atas pokok. Aku cuba sebaik mungkin berselindung.

"Woi, monyet! Turun la!" Dia melaung.

Aku yang punyalah cun ni kau samakan dengan monyet? Anak siapalah dia ni? Kau tunggu la aku report dekat mak kau nanti.

Abang Ahmad muncul dan bercakap dengan lelaki itu. Terkekek-kekek Abang Ahmad ketawa. Amboi, bukan main galak! Hello abang, dia baru panggil adik kau yang rupawan ni monyet, maksudnya kau tu abang monyet.

"Izz Hanina Binti Khalid, turun sekarang." Dua kali sudah nama penuh aku diseru hari ini.

"Tak nak! Wekkkk" Aku jelir lidah pada Abang Ahmad dan dia.

"Ha, elok perangai macam tu. Turun cepat, minta maaf. Kalau tak kau tidurlah atas pokok tu malam ni. Kau tu 26 tahun tau bukan 6 tahun." Membebel pula abang aku nan seorang ni.

Aku mula turun pelahan-lahan. Agak-agak selamat, aku terus melompat turun.

"Maaflah, budak ni buas sikit bila duduk kampung. Cepat minta maaf." Abang menggosok kepala aku. Habis rosak tudung yang aku pakai.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now