Bab 35

12.5K 1K 93
                                    

Bab 35
"Siap dah belum?" Amirul Mukminin melaung daripada bilik air.

"Kejap. Sikit lagi." Aku terus berusaha untuk zip jubah gaun graduasi berwarna lembut yang telah aku ubah suai sedikit supaya nampak macam gaun pengantin. Untung jadi cikgu SRT ni, setakat nak letak batu tambah lace tidak menjadi masalah.

Alkisahnya, aku segan nak bertukar baju di hadapan Amirul tapi aku tak boleh tukar dalam tandas. Baju ini sedikit meleret, nanti basah. Jadi dengan segala hormatnya aku minta dia untuk masuk ke dalam tandas dan aku kunci dia daripada luar. Kalau aku suruh dia keluar bilik karang jadi cerita lain pula.

Baju sudah cantik tersarung, anak tudung sudah kupakai. Shawl dengan awning bawal sudah aku pinkan kewajah. Barulah aku buka kunci bilik air daripada luar.

"Izz ni pemalu sebenarnya, tapi malu dia versi rare. Bukan jenis penyegan. Ada ke kurung suami dalam tandas sebab nak pakai baju. Aduhai." Amirul geleng kepala sambil keluar daripada bilik air.

Aku buat tak dengar. Berus alat solek dua belas batang paling asas aku keluarkan bersama dengan span dan beauty blender. Pelembab, pelindung matahari, eyeshadow pallet, blusher, lipstick, primer, foundation, eyeliner, contour, consealer, loose powder dan eyebrow pencil aku letakkan di atas meja solek. Ada lagi dalam beg alat solek tapi aku tak keluarkan. Warna pilihan aku adalah dalam tona semulajadi lebih kepada warna nude berbanding warna yang terang.

Amirul berdiri di sebelah aku.
Aku pandang dia, dia pandang aku.
Aku rasa sepanjang hayatnya, ini kali pertama dia melihat alat solek sebanyak ini. Ni baru sikit. Aku belajar dulu siap ada makmal solek. Buat solekan pagi, solekan malam dan solekan pengantin. Kau jangan buat haru bang, tiba-tiba suruh aku berpurdah pula. Tak sedia lagi bang.

"Nak pakai simple make up je. Macam semalam, macam masa pergi sekolah boleh? Tak beriya pun." Lupa pula aku perlukan keizinan dia.

"Wow, simple make up sampai penuh satu meja. Ni apa ni? Telur ke? Senang tak nak bersihkan?" Dia bertanya.

"Tu beauty blender la." Aku tahu apa yang dia risaukan. Wuduk aku.

"Senang je. Izz guna pembersih yang campur water base dengan oil base sebab make up ada dua jenis kalau oil base tak hilang guna air. Make up pula beli yang memang pigmented guna sikit je dah naik warnanya. Mascara Izz pakai kalau tak solat je sebab susah nak pastikan betul-betul bersih." Aku keluarkan make up remover dan kapas. Lantaklah kau faham ataupun tidak istilah estetik yang aku guna.

Aku tarik tangannya. Lengan baju melayu biru yang sepadan denganku kulipat. Berus eyeshadow aku ambil. Aku calitkan warna blusher dan eye shadow pada lengannya. Krim segala macam itu turut aku calitkan jadi sebaris. Kemudian aku tuang pembersih solekan di kapas dan aku sapu pada lengannya. Aku buat sekali lagi kemudian aku sapu kapas yang bersih. Tadaaa! Tiada kesan kotoran. Aku buat benda yang sama dengan Abang Ahmad. Aku rasa abang-abang ni ada masalah nak percaya aku. Hello, akupun belajar agama juga la kenal haram halal sah tak sah.

Dia menyentuh kulitnya.

"Pakailah." Dia memberi izin.

"Terima kasih!" Aku pandang cermin. Alamak, patutnya aku bersolek dahulu sebelum pakai tudung. Takkan nak kurung balik suami aku ni dalam bilik air.

Teringat pula aku dengan peristiwa subuh tadi. Umi Rohayu beri tazkirah subuh eksklusif kepada aku tentang ilmu rumah tangga. Aku rasa macam berdosa pula minta couple macam belum nikah dengan dia ni. Dia lubuk pahala aku.

Aku berpusing kembali. Tangan kuhulur.

Dia mengangkat kening.

"Nak minta ampun." Aku membuka mulut.

Bintang Paling Terangजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें