Bab 25

9.6K 921 43
                                    

Bab 25

Cuti sekolah sudah dekat. Maknanya, majlis Abang Ahmad dan Kak Sara sudah hampir tiba. Sabtu ini, kami akan ke Melaka. Aku cuba risik daripada Abang Ahmad. Ahli keluarga sebelah Umi dengan Abah, tak akan tak ada seorangpun yang mahu menghantar. Abang sekadar geleng kepala. Abang kata, tak apa. Dia dah tua. 36 tahun sudah usianya. Tak ada rasa nak menangis merajuk. Semua orang ada kehidupan sendiri.

Aku agak terasa. Kami ini masih lagi sebahagian daripada darah daging mereka. Mereka semua baik sebelah Umi mahupun sebelah Walid seakan-akan cuba membakar jambatan silaturrahim yang cuba kami bina. Aku tak faham punca kenapa mereka seakan membenci kami.

“Muka kau tambah lagi satu kedut dah kenapa?” Tanya Amirul Mukminin yang sudah bersiap sedia untuk pulang.

“Sabtu ni Abang Ahmad nak nikah. Tapi macam pelik la kalau kami datang berdua je. Pakcik makcik semua buat tak hairan. Padahal aku cakap dekat Kak Sara ada keluarga yang akan datang juga. Supaya makanan cukup la. Tak sangka pula jadi macam ni. Abang Ahmadpun senyap je.” Ringan sahaja mulut aku mengadu.

Dia mengangguk.

“Berapa ramai yang kau anggar datang?”

“Dalam 15 ke 20 orang je. Tapi sekarang nak datangnya aku dengan Abang Ahmad. Memang aku seoranglah yang mengangkut hantaran segala. Malu weh.”

Terus telefon bimbit dikeluarkan. Aku tak tahu siapa yang ditelefon. Aku tidak mendengar butir bicaranya. Tak elok mendengar perbualan orang.

Tiba-tiba, telefon disuakan kepadaku.

“Umi, kau cakaplah dengan dia.” Katanya sambil menyuruh aku mengambil telefon yang dihulur.

“Assalamualaikum Cik Ayu.” Aku memberi salam.

“Waalaikumussalam, Ha Izz. Sabtu ni kan Ahmad nikah? Cik Ayu sekeluarga nak ikut boleh? Teringinlah jalan-jalan ke Melaka. Kebetulan semua anak Cik Ayu ada dekat rumah boleh bercuti sekali ya tak?”Aku terkaku.

Terus mata aku mencari Amirul Mukminin.

“Selama ni datang rumah aku buat macam rumah sendiri, giliran aku buat abang kau macam abang sendiri la. Adil kan?” Katanya.

“Izz, boleh ke? Kalau tak boleh tak apa, nanti majlis dekat sini Cik Ayu datang rumah Izz.” Sambung Cik Ayu kerana aku masih membisu.

“Cik Ayu…” Sayu rasanya hati ini.

Sehelai sapu tangan dicampak pada muka aku. Sapu tangan yang kononnya berhingus tu. Aku gunakan untuk menekup muka aku kerana air mata sudah tumpah bagai empangan pecah. Disaat kami dibuang keluarga sendiri atas sebab yang tak pasti, Allah hadirkan sebuah keluarga berhati murni walaupun kadang perangai anak yang sulung tak berapa semenggah.

Aku berbual sedikit dengan Makcik Rohayu tentang majlis abang. Setelah salam diberi, aku menekup sebahagian wajah hanya menampakkan mata sahaja untuk menyerahkan semula telefon kepada Amirul.

Nanti dia ejek aku badut lagi!

“Nanti pinjam niqab Khaulah sebab mesti kau nangis teruk gila masa Abang Ahmad nikah.” Katanya sambil mengambil kembali telefon dia.

“Kau nak kata aku buruk la ni?” Aku membaling sapu tangan itu ke arahnya.

“Dik, tak cantik tak apa, jangan pekak dibuat-buat. Dengar elok-elok. Aku kata teruk bukan buruk, beruk!” Kau tengok tu, memang sengaja nak membakar aku. Habis tersejat semua air mata.

“Kau la beruk!” Aku terjerit.

Dia terus meletakkan isyarat jari satu di bibir dan menyuruh aku bertenang. Aku pantas menekup mulut dan menyorok di bawah meja.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now