Bab 34

11.9K 1K 99
                                    

Maghrib dia di masjid aku di rumah. Barang-barang aku semua sudah dimasukkan ke dalam bilik Amirul atas titah perintah Umi Rohayu. Baju raya bersulam putih gading tiga tahun lepas aku sarung ke tubuh. Tudung bawal bidang 50 kelengkapan gaya. Solekan tipis aku kenakan pada wajah. Terus aku keluar untuk menyambut tetamu terutamanya orang kampung yang hadir. Aku kenal dengan mereka kerana Abang Ahmad yang sangat ramah. Kenduri aku tapi rasanya macam pakej kenduri Kak Sara dengan Abang Ahmad. Iyalah, merekapun pengantin baharu juga. Jenuh aku nak memperkenalkan Kak Sara.

"Haikal lapar tak?" Aku merendahkan diri supaya mataku separas dengan matanya.

"Cik Izz pun lapar juga." Aku mencebik bibir. Tadi tak sempat nak menjamah apa-apa.

Dia mengangguk kemudian menarik-narik lengan Kak Sara.

"Haikal lapar tu kak, akak pergi makan dulu dengan dia." Alisya tak jadi masalah. Dia selesa dalam sling wrap di hadapan Kak Sara.

Orang datang dan pergi. Hampir pukul sembilan barulah aku nampak batang hidung lelaki-lelaki kiriman tuhan.

Amirul datang menghampiri aku kemudian menghulurkan tangan. Dengan lurusnya aku letak bekas tart nanas di tangannya. Mampu tersengih sahajalah suami aku.

Dia letakkan bekas itu di atas meja.

"Salam." Dia hulurkan kembali tangannya.

Terbulat mulut aku membentuk Ooo...
Tangannya kusalam terus dia tolak ke hidung aku. Sakit tahu tak? Aku pijak kakinya yang hanya berselipar dengan kasut sarung yang aku pakai. Itupun kira elok aku pijak di bahagian berlapik bukan terus ke kakinya. Nasib baik aku pakai kasut sarung, kalau aku pakai stiletto tujuh inci mahu ada yang kaki berlubang.

Dia menahan pedih. Salah diri sendiri okay? Siapa suruh cari fasal dengan aku. Maaflah perangai tak berapa nak solehah. What goes around comes around bak kata omputeh.

"Dah solat?" Dia bertanya.

Aku sekadar menggeleng. Mana sempat nak lari solat. Orang tak putus datang.

"Umi, Izz nak solat dulu." Dia beritahu Umi Rohayu kemudian tangan aku ditarik.

"Jap-jap nak tangan kejap." Aku pinta dia lepaskan tangan aku dahulu.

Sebaik sahaja dia lepaskan tangan aku, aku terus berlari dengan penuh bersemangat sambil mengelak orang. Amirul mengejar aku daripada belakang. Aku masuk ke dalam rumah terlebih dahulu kemudian menuju ke biliknya. Terus aku kunci. Clear!

"Oi cik adik, buka pintu." Dia mengetuk pintu biliknya.

"Taknak. Orang nak tanggal tudunglah. Pergi la depan dulu layan tetamu." Jawabku.

"Am nak tukar baju la." Dia mengetuk bilik lagi.

"Pakai je la jubah tu. Handsome dah. Duduk la depan tu diam-diam." Suami aku berjubah pakej kain pelekat dengan kopiah putih di kepala. Tak nampak macam pengantin langsung.

"Ha, solatlah cepat. Nanti keluar." Mengalah juga dia.

"Solat tak boleh cepat-cepat bang, tak khusyuk." Aku mengkekek ketawa.

Alhamdulillah bilik Amirul ni ada pakej bilik air sekali tak perlulah aku nak keluar.

Tudung aku letakkan di birai katil. Wuduk kusempurnakan dan terus mendirikan solat Isyak.

Apabila keluar, aku nampak dia sedang makan bersama rakan-rakan lelakinya. Aku belum makan lagi. Tak apalah, kejap lagi bila orang dah tak ramai.

Aku kembali ke khemah kecil. Umi Rohayu pula pergi solat. Tidak berapa lama kemudian, Amirul Mukminin menyertai aku. Tak tanyapun aku dah makan ke belum. Dia sedaplah, perut dah kenyang.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now