Bab 27

9.5K 951 30
                                    

Bab 27

Pantai Klebang, Melaka

Aku duduk di atas pasir putih yang halus menghadap pantai. Terasa beban dalam hati ini. Tapi tak mampu aku luah walauun sudah kutahan dari pagi tadi.

Sapu tangan hingus berwarna biru mendarat di atas kepala aku.

“Nangislah, si hidung merah.” Amirul Mukminin, sampai ke sini kau bawa sapu tangan ni.

Dia duduk dengan jarak satu meter daripada aku. Hanya duduk sahaja di situ. Kami berdua diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Naik segan pula aku.

Sapu tangan biru itu aku ambil dan pintal-pintaikan di jemariku. Aku tidak boleh nak menangis tapi rasa dalam dada terlalu sesak.

“Tahu tak kenapa Amirah berdua tu masuk kereta kau?” Dia membuka mulut.

Aku sekadar menggeleng.

“Abang Ahmad tak bagi kau drive seorang dalam keadaan kau macam ni. Dia kata kalau kau tengah tak stabil emosi kau suka memandu macam dah serah nyawa dekat Tuhan. Kalau ada orang lain kau pandu elok je sebab fikir keselamatan orang.” Dia menguis pasir pantai.

“Abang…” Setitis air mata gugur.

Semakin lama semakin deras dan aku mula menangis teresak-esak sambil membelakangi keluarga Pakcik Zakaria. Khaulah dan Zinnirah mengapit aku kiri dan kanan. Tanganku diusap lembut.

Khaulah tarik tangan aku untuk meminta aku berdiri. Dia membawa aku kepada Makcik Rohayu. Aku terus masuk ke dalam dakapan hangat seorang ibu yang tidak pernah aku rasa sewaktu sedih begini.

Teresak-esak aku dalam dakapannya.

“Izz, Cik Ayu sayang Izz macam anak Cik Ayu sendiri tau. Sudah ya, jangan nangis.” Dia singkirkan air mata yang mengalir di pipi dengan jemari tuanya.

Ya Allah, nikmatnya mempunyai seorang ibu.

Semakin deras air mata aku.

“Dah la tu nangis. Meh sini main buih.” Itu suara Amirul Mukminin.
Aku mengesat sisa air mata. Tetapi ia masih lagi tidak berhenti. Buih gergasi yang banyak muncul di ruangan mataku. Dia sedang berpusing dengan batang peniup buih gergasi di tangan. Macam budak-budak. Kemudian dia hulurkan peniup buih gergasi itu kepadaku.

Aku menggeleng. Tak ada mood nak bermain.

Dia celupkan peniup itu kedalam bekas berisi buih sabun dan dia berpusing sekali lagi. Dia tunjukkan kepada aku buih besar yang terbang paling tinggi. Aku mendongak ke langit. Terus berhenti air mata daripada mengalir.

Aku tak percaya, dia gunakan psikologi kanak-kanak untuk menenangkan aku. Aku dah 26 tahun okay?! Anak yang menangis biasanya tunduk dan sedih. Tunjukkan dia langit ataupun objek yang tinggi supaya dia mendongak dan tidak sedih lagi.

Aku ambil peniup buih yang diserahkan sekali lagi kepadaku. Dia membeli satu lagi bekas buih untuk dirinya. Kami berdua diperhatikan oleh Pakcik Zakaria dan Makcik Rohayu. Adik-beradiknya yang lain pergi mencari makanan kudapan rasanya. Sempat aku pesan jagung bakar. Kalau tiada, apa-apa jenis jagungpun jadilah.

Riang ria aku melihat buih keluar daripada peniup buih. Terasa seperti umur kami kembali ke angka 12. Zaman kanak-kanak aku dan dia.
Sengaja buih itu dia halakan ke arahku. Aku mahu membalasnya tapi buih itu tetap bertiup ke arah aku. Dia dah cari kedudukan stratergik mengikut arah angin rupanya.

“Dik, nak naik kuda?” Soalan rawak diajukan kepadaku.

Ada beberapa ekor kuda di pantai ini. Ia dijadikan tarikan pelancong.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now