Bab 30

10.5K 997 77
                                    

Bab 30

Nasib baik ada baju salin lengkap dalam kereta. Aku mandi dan berganti pakaian pagi-pagi lagi sebelum Abang Ahmad sekeluarga muncul dengan pakej Amirul Mukminin sekali.

Aku tidak mahu keluar. Tak mahu berjumpa dengan Abang Ahmad. Sekali Kak Sara masuk bilik daaa… Aku bersalaman dengannya.

“Semalam Abang Ahmad tak tidur sebab risaukan Izz. Merata dia cari Izz tapi tak jumpa. Call banyak kali tapi tak angkat. Keluarlah, abang tak marah. Dia nak minta maaf sebab terlalu berkeras dengan Izz. Kakak tak fahamlah Izz. Kamu tak nak nikah dengan Am tapi kamu balik rumah mak dia.” Kak Sara duduk di sebelah aku.

“Izz takut. Kak Sara, Am tak anggap Izz macam perempuan tau. Dia anggap Izz ni macam adik dia je. Dia berhak untuk nikah dengan orang yang istimewa dalam hidupnya. Orang tu bukan Izz kak.” Aku memandang mata Kak Sara. Aku mahu dia faham keadaan aku.

“Abang Ahmad dah sampaikan hasrat dia untuk nikahkan kamu dengan Am. Akak tak tahu apa tapi mereka ada sebut tentang janji. Janji yang akan tertunai. Wajahnya bercahaya bila Abang Ahmad nyatakan hasratnya. Dia layan kamu macam adik sebab dia nak rasa dekat dengan kamu. Tu je. Akak sendiri boleh rasa daripada waktu dia sekeluarga datang ke Melaka lagi. Terima dia ya? Beri dia peluang.” Kak Sara memujuk aku.

“Tapi Izz taknak nikah dekat pejabat agama. Izz bukan kena tangkap basah. Izz ada dream wedding Izz sendiri. Dalam masa sebulan lagi Izz nak kena lapor diri dah. Abang tak bagi Izz bercinta, Izz turutkan. Abang tak bagi Izz keluar sembarangan, Izz turutkan. Tak boleh ke sekali je, orang pula dengar Izz? Turutkan mahu Izz? Izz tak harap pun perkahwinan mewah. Izz tak mahupun ada kereta kuda ke kereta lembu ke. For once, Izz nak jadi macam orang lain. Ada pelamin, hantaran, makan beradab. Dosa ke semua tu kak? Tak payah nak menepung tawar beras kunyit semua tu, Izz tahu tu membazir je tapi at least ada la pelamin untuk bergambar kenangan. Izz nak ajak kawan-kawan Izz datang. Izz nak rasa macam pengantin. Bukan macam orang kena tangkap basah kak. Pujuk la abang untuk Izz kak.” Aku mengharapkan dia faham perasaan aku sebagai perempuan.

“Izz keluar dulu ya jumpa Abang Ahmad. Kesian dia tak keruan.” Kak Sara tarik lengan aku bersamanya. Mahu aku bangun jumpa abang.

Aku melangkah ke ruang tamu bersama Kak Sara. Abang Ahmad terus berjalan kearahku dan memeluk aku erat seperti aku mati hidup semula.

“Abang minta maaf.” Tiga patah perkataan itu menyebabkan aku jadi sebak.

Aku yang berdosa dengan abang kenapa dia pula yang meminta maaf. Selama ni segala yang dia lakukan semuanya untuk kebaikan aku sendiri bukan untuk kepentingan dia. Aku adik yang teruk. Dia melepaskan pelukan dan menyuruh aku duduk.
Di sebelah Makcik Rohayu juga aku pilih untuk duduk. Terasa selamat kerana aku tahu Makcik Rohayu akan berpihak kepada aku.

“Kira jadi la ni?” Pakcik Zakaria membuka mulut.

Eh kejap, apa yang kira jadi?

“Apa yang jadi?” Aku bertanya.

“Satukan Izz dengan Am sebelum ke Sarawak.” Kata Pakcik Zakaria.

Aku terus memandang Amirul Mukminin kerana ingin melihat reaksinya. Wajahnya tidak beriak. Sukapun tidak, marahpun tidak. Sekarang jugalah kau nak buat muka poker.

“Izz ada benda nak cakap.” Kak Sara memetik nama aku.

“Cakap apa?” Aku memandang Kak Sara.

“Cakap apa yang kamu nak cakap dekat bilik tadi la.” Katanya.

Kak Sara ni… Aku nak dia cakapkan bagi pihak aku, tapi sekarang dia suruh aku cakap sendiri pula.

“Izz taknak nikah dekat pejabat agama macam orang kena tangkap basah.” Itu sahaja yang aku sebut. Tentang majlis perkahwinan itu aku simpan.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now