Bab 41

11K 905 31
                                    

Buat kali pertama dalam sejarah hidup aku setelah bergelar isteri Ustaz Amirul Mukminin Bin Zakaria, aku bangun tanpa dikejutkan olehnya. Jam di telefon menunjukkan pukul 4:30 pagi. Aku berpusing konon mahu kejutkan dia.

Kosong.

Aku bangun daripada pembaringan. Dia sedang berdoa di atas sejadah kemudian dia berpaling memandang aku.

"Assalamualaikum." Lembut sahaja suara paginya menyapa telingaku.

"Waalaikumussalam, kenapa tak kejut  Izz macam biasa?" Aku bertanya.

Takkanlah sebab aku buat misai kucing dekat dia, dia dah tak mahu kejut aku. Sampainya hati...

"Baru nak kejut Izz dah bangun dulu." Itu jawapannya.

"Tak, kenapa tak kejut Izz bila Am bangun?" Aku masih tidak berpuas hati.

Dia datang kepadaku dan duduk di hujung katil.

"Ada satu kaedah fiqh yang kita panggil itsar iaitu mendahulukan orang lain berbanding kepentingan sendiri.  Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuubun." Dia berhenti seketika.

"Tak faham." Cepat sahaja aku memotong cakapnya.

"Sabarlah, nak bagi faham la ni. Maksudnya, mengutamakan orang lain dalam hal ibadah itu makruh dan untuk selainnya itu dianjurkan. Am dah bangun Am solat dulu baru kejut Izz bangun solat. Sama juga macam muazzin maghrib waktu puasa dia buka puasa dulu baru dia azan sebab nak ambil keberkatan buka puasa diawal waktu. Contoh lain, kalau dekat saf lelaki masjid, Am datang awal tapi ada orang tua datang lambat dekat saf belakang. Am kena utamakan diri Am dulu tak bagi tempat Am dekat dia. Tapi kalau benda lain contohnya macam dalam public transport kita dapat duduk lepastu ada makcik berdiri, kita bagi dia duduk." Terangnya panjang lebar.

Ooo... Baru aku tahu wujudnya kaedah itsar ini.

" Jadi kalau Izz bangun dulu, Izz solat baru kejut Am?" Aku bertanya.

"Iya, tapi bila la Izz nak bangun lagi awal daripada Am. Dah cepat bangun subuh dekat sini pukul 5:05 pagi." Perli ke apa? Bukan aku bangun lewat okay, dia yang bangun terlebih awal.

Aku terus ke bilik air. Solat tahajjud berimamkan dia. Sekejap, maknanya selama ni dia solat tahajjud dua kali?

"Am, boleh ke solat tahajjud dua kali?" Aku bertanya selepas habis berdoa.

"Itu ke yang difikir waktu solat tadi?" Erk... Aku menggigit jari dengan soalannya.

Perlahan-lahan aku mengangguk.

"Kalau kita dah solat sendiri lepastu ada peluang nak berjemaah, kita ambil peluang untuk berjemaah. Itu sunnah." Dia menjawab.

Terdapat hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri, beliau meriwayatkan:

Rasulullah SAW melihat seorang lelaki solat secara sendirian, maka Baginda bersabda: “Tidak adakah seseorang yang boleh bersedekah (pahala) kepadanya, dan solat bersamanya?”

Sunan Abi Dawud (574)

"Kira Am tengah sedekah pahala dekat Izz la ni? Terima kasih." Aku tersenyum.

"Ha cepat, tasmi' Al-fatihah. Hari ni dengan surah apa?" Walaupun di sini, dia tetap meneruskan rutin sebelum subuh kami.

Surah Al-fatihah dan Surah Al-Maa'un.

"Allah sebut dekat surah ni, celaka orang yang solat." Katanya setelah tamat mendengar hafalanku.

"Kenapa orang yang solatpun celaka? Kalau tak solat?" Berkerut dahiku.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now