Bab 42

10.2K 877 30
                                    

Kawasan sekitar sekolah ialah hutan dan bukit bukau. Hari mulai gelap dan terasa kesejukan alam menyapa kehadiran kami. Kawasan sekolah lebih tinggi daripada paras sungai. Ia berada di atas bukit yang rata jadi kami perlu memanjat lebih kurang 40 anak tangga batu yang agak curam. Kasihan Santesh. Gigih dia mengangkat beg bagasinya. Ada satu pos pengawal di situ dengan empat orang pengawal keselamatan. Mereka bekerja mengikut shift. Dua orang di sebelah pagi dan dua orang di sebelah malam. Kami terus dibawa ke dewan terbuka yang terletak kira-kira 500 meter daripada pondok pengawal.

Di sana ada ibu bapa dan orang ulu yang katanya sudah menunggu kehadiran kami. Kami disambut dengan meriah bagaikan orang besar. Tak ada keraian serupa ini di sekolah bahagian pekan dan bandar. Waktu aku mula-mula masuk sekolah Damansara itu, hanya datang melapor diri dan masuk ke kelas.

Penduduk kawasan yang terpencil ini mengangkat profesyen guru sebagai satu kedudukan yang mulia dan tinggi.

Begitu banyak hasil hutan, sayur-sayuran, ikan-ikan sungai bermutu tinggi yang sudah dimasak dan ada juga yang masih mentah dihidangkan kepada kami. Empat batang joran berkualiti dihadiahkan kepada kami berempat. Di sini kalau mahu makan ikan segar, usahalah sendiri. Sungai milik semua. Kalau mahu merasa daging ayam, dekat belakang sekolah ada projek menternak ayam daripada guru-guru semenanjung dahulu. Bayar harga ayam kepada sekolah dan sembelih sendiri.

Jangan salah anggap, walaupun mereka duduk di ulu, mereka tidak hidup miskin, daif dan melarat. Ada makcik pakai emas tak cukup lengan tahu? Tebal-tebal emas yang mereka pakai. Memang kalah aku dan Claire yang emas di tangan hanya sehalus janggut udang . Tiada yang kelihatan seperti kekurangan nutrisi apatah lagi kebuluran. Kebanyakan lelaki di kawasan ini bekerja dalam sektor pembalakan, perikanan dan perhutanan. Kebiasaannya anak-anak yang menyambung pelajaran ke SMK memang daripada keluarga yang mampu.

Tak dinafikan, ada juga kawasan pedalaman lain yang tidak senasib dengan orang di sini tapi begitulah lumrah kehidupan.

Aku rasa kemewahan mereka ini disebabkan oleh satu faktor, mereka hanya menggunakan wang dan harta untuk perkara keperluan bukannya kehendak. Cukup makan, cukup pakai sudah memadai.

Cuba bayangkan, kita di bandar ada RM50 keluar pusat membeli belah tinggal 50sen. Mereka ada RM50 keluar hutan masih ada RM50 siap bawa ayam hutan bersama. Kita semua ada cara kehidupan masing-masing. Gunakanlah akal waras kurniaan Tuhan sebaiknya untuk memandu kehidupan sendiri.

Kami menikmati ikan sungai bakar. Terasa kesegarannya. Tentu baru sahaja ditangkap di sungai dan terus dimasak.

Selesai makan, kami dibawa ke rumah guru. Hanya ada 12 orang guru di sekolah ini termasuk pengetua dan kami berempat. Walaupun belum berkesempatan untuk meneroka sekolah ini, aku dapat lihat ada dua buah blok akademik dua tingkat, satu gelanggang bersimen, sebuah dewan besar yang tertutup, dua buah blok asrama lelaki dan perempuan tidak bertingkat, dan sebuah dewan makan.

Bahagian rumah guru lebih jauh sedikit daripada blok akademik. Rumah sebuah paling besar itu rumah Bapak. Ada lagi lima buah rumah sebuah yang lebih kecil. Itu rumah guru senior dan kerani sekolah. Ada sebuah rumah berkonsepkan rumah panjang moden seperti pangsa satu tingkat.

Bekalan elektrik 24 jam di sini diperolehi daripada dua buah generator besar yang menggunakan minyak diesel. Dahulu, sewaktu sekolah ini masih belum ditransformasikan mereka perlu berjimat dengan minyak diesel dan hanya memasang generator pada waktu malam sahaja selama 6 jam untuk menghidupkan lampu bagi tujuan keselamatan kerana minyak diesel juga digunakan sebagai bahan bakar untuk enjin perahu panjang.

Bekalan air di sini bergantung pada air tadahan hujan yang disimpan dalam tangki simpanan untuk dan penapis air besar sumbangan kerajaan negeri yang menggunakan air mata air daripada telaga sebagai sumber air bersih. Air itu hanya untuk kegunaan masakan dan minuman sahaja kerana tekanannya yang rendah. Selain daripada itu, gunakan air hujan ataupun air sungai.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now