Bab 28

9.3K 938 29
                                    

Bab 28

Betul, ketakutan itu lebih besar di dalam kepala berbanding dengan realiti.

Aku tak rasa kehilangan Abang Ahmad langsung. Bahkan, sekarang aku sudah dapat seorang kakak yang penyayang dan anak-anak buah yang comel.

Mulanya aku ingat aku akan rasa sunyi bila duduk sendirian tetapi rupanya tidak, aku rasa lagi lapang. Sekali sekala mereka bertandang di sini. Abang masih menyuruh aku memberi tahu dia melalui mesej setiap kali aku hendak keluar.

Aku sudah siap menanda kertas. Nak masukkan markah ke dalam SAPS kononnya tetapi talian internet pula buat hal. Langsung tidak boleh mendapat capaian. Aku mahu selesaikan hari ini juga kerana mahu mula mengambil tempahan.

Beg laptop, beg tangan dan kunci kereta aku bawa sekali. Dian’s café menjadi tujuan aku. Di sana ada wifi percuma, laju pula tu. Alang-alang tu bolehlah aku menjamah makanan di sana sekali. Terasa malas pula mahu masak hari ini.

Mata aku terpandang kalender.
Hari ini…

Jantung tiba-tiba jadi tak keruan.
Hari ini pada jam 12 tengah hari nanti, keputusan penempatan guru tetap akan keluar.

Aku terus keluar daripada rumah menuju ke Dian’s Café setelah menelefon Abang Ahmad.

Aku rasa macam mahu patah balik bila melihat penyambut pelanggan di hadapan pintu café. Amirul Mukminin bersama apron Dian’s Café. Memandang aku dengan senyuman. Bukan senyuman selamat datang, tetapi senyuman yang sudah bersiap sedia nak kenakan aku.

“Assalamualakum selamat datang ke Dian’s Café.” Dia memberi salam.

Aku menjawab salam sekadarnya dan terus masuk. Jangan diberi perhatian lebih-lebuh nanti aku yang kena.

“Carrel desk ada yang kosong tak? Aku nak buat kerja.” Meja yang aku maksudkan ialah meja perseorangan yang mempunyai pembahagi.

“Datang café nak buat kerja. Baiklah kau duduk rumah je.” Dia menunjukkan deretan meja karel yang memang kosong.

“Tak ada internet, tak boleh nak isi markah SAPS. Kalau tak, tak adalah aku nak gigih sangat nk bersiap pergi sini, cerdik.” Malas aku hendak melayan dia.

“Di zaman revolusi industri 4.0 yang guna teknologi IoT ni, kau tak ada internet? Dekat tengah-tengah Damansara ni? Kau bukan cikgu RBT ke, pergi la repair internet tu.” Amboi-amboi…

“Eh Pak Ustaz, kau boleh buat fatwa tak? Tak kan?! Gi main jauh-jauh sana.” Aku duduk di kerusi di meja karel itu.

“Saya bukan ustaz, saya waiter Dian’s Café. Cik nak order apa?” Ya Allah… split personality agaknya Ustaz Amirul Mukminin ni.

"Plain blueberry muffin dengan hot chocolate ais tiga ketul." Aku memberi pesanan sambil mengeluarkan laptop daripada dalam beg.

"Kalau letak empat ketul tak jadi ye cikgu?"

"Shuhhh shuhhh jangan kacau aku." Aku menghalaunya bagai menghalau kucing. Kucingpun aku tak pernah halau begitu.

Aku terus menghubungkan komputer riba dengan Wi-Fi.

Laman sesawang SAPS kubuka. Satu persatu markah aku masukkan di ruangan sebelah nama mereka. Ada beberapa orang yang aku dapat lihat peningkatan mereka. Walaupun peningkatan itu tidak mengubah gred mereka, tetapi aku tetap berbangga dengan setiapnya. Tak mengapa anak-anak didikku, perlahan-lahan kayuh akhirnya tetap akan sampai ke destinasi.

Muffin beri biru dan air coklat panas bersama tiga ketul ais aku tiba.

“Kau dah siap key in markah ke?” Aku bertanya sambil dia meletakkan pesanan aku.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now