Bab 7

9.8K 898 41
                                    

Bab 7

Aku terus menelefon Abang Ahmad. Waktu melawat sudah tamat takkan aku nak pergi bergaduh dengan Pak Guard minta masuk. Tambahan pula Alisya ada bersama Abang Ahmad.

"Assalamualaikum, abang dekat mana?" Aku bertanya sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Waalaikumussalam, ha elok dah sampai. Meh sini dekat taman permainan bawah blok kanak-kanak bahagian kaki lima bangunan. Kejap lagi Abang panggil Sara turun."

Kaki laju melangkah ke arah taman permainan kanak-kanak. Jam menunjukkan pukul 8:30 malam. Aku tak faham betul kenapa Abang Ahmad tak duduk dalam bangunan. Kesian Alisya.

Susuk tubuh Abang Ahmad kutangkap. Kenal sangat baju kemeja kotak merahnya itu.Alisya sedang menyusu di ribaan Abang Ahmad. Abang Ahmad mendodoi Arisya lembut. Kasihan anak kecil itu. Membesar tanpa kasih seorang ayah. Kasihan juga abang aku, dah dalam usia hantar anak ke sekolah tapi masih sibuk risaukan aku yang dah besar ni.

Aku ternampak Kak Sara dari kejauhan menghampiri Abang Ahmad. Aku terlebih dahulu sampai kepada abang. Tangannya kusalam dan cium.

Arisya menggeliat-geliut dalam dakapan Abang Ahmad kerana ternampak ibunya. Tapi dia tidak mahu turun daripada Abang Ahmad nak teus melompat ke ibunya. Kekok sungguh keadaan Kak Sara. Dia segan ingin berada terlalu hampir dengan abang tapi anaknya tiada kuasa terbang.

Abang Ahmad serahkan Alisya kepadaku kemudian aku serahkan kepada ibunya. Main hulur baton ke apa ni?

"Syayang ibu main dengan Uncle Ahmad ya? Jadi good girl tak anak ibu ni?" Alisya dihadiahkan kucupan di pipi. Rindu dengan si anak. Sejak lahir tidak pernah dia berpisah dengan Alisya, walaupun hanya beberapa jam sudah terasa lama.

"Kak Sara dah makan belum?" Aku meletakkan bakul yang kubawa tadi di atas meja. Lasagne dikeluarkan bersama air dan sudu.

"Buat susah je. Ya Allah, akak ni menyusahkan betul la." Kak Sara rasa malu.

"Tak susahpun kak, takat nyahbeku lepastu campak dalam oven. Abang Ahmad belikan Izz oven baru tau! Tu yang semangat sikit. Kak Sara makan ya? Nanti nak jaga Haikal. Abangpun sama, makan. Adik pun makan juga! Baby Alisya minum susu." Aku bukakan bekas itu untuk Kak Sara.

Dalam keadaan kepala tunduk mengira rumput di tanah, Kak Sara mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada abang.

"Alisya tak cranky ke tadi? Kalau dia menyusahkan maaf banyak-banyak. Tak tahu macam mana saya nak balas jasa Encik Ahmad."

"Mula-mula nangis juga tapi sebab dia lapar. Saya bagi dia makan bubur nasi dengan cebisan ayam. Lepastu bagi dia buah betik. Air bagi air kosong. Okay kan? Semua selamat kan? Saya tanya acik cafeteria berulang kali tau. Dia kata okay baru saya bagi."

"Solat tadi?" Tanya Kak Sara. Bimbang sungguh anaknya menyusahkan orang.

"Saya solat sambil dukung Alisya comel ni sebab dia tak mahu diletak. Asal letak je dia buat muka puss in boot. Tak sampai hati nak letak dia dekat bawah lagipun takut apa-apa jadi. Si comel Arisya ni bukan boleh tumbuh macam nanas." Abang mengusap rambutnya.

"Ya Allah... maaf sangat menyusahkan Encik Ahmad. Budak Alisya ni sebenarnya boleh je duduk diam kalau bagi susu."

"Baru lepas makan masa tu, kenyang lagi takut muntah."

"Abang, macam mana abang tahu solat sambil dukung budak?" Aku mencelah kerana ingin tahu. Hebat juga abang aku ni. nk kata sebab jaga aku, dia mula jaga aku daripada umur 6 tahun. Takkan dia dukung aku kut? Tak logik.

"Allahyarham Walid selalu dukung kau waktu solat. Abang ingat sebab kau tu kerjanya merengek je." Terang Abang.

Aku mengangguk. Manalah aku nak ingat, Aku tak ingat banyak kenangan dengan Umi dan Walid. Abanglah yang banyak ceritakan kembali memori enam tahun Allah izinka aku bersama Walid dan Umi. Waktu kecil dahulu, semua orang kasihankan aku sbab tak lama bersama Walid dan Umi tapi bila dah mula meningkat usia ni aku baru tersedar sesuatu. Orang yang paling dalam lukanya bukan aku, tapi abang yang dah 10 tahun hidup sebagai anak tunggal sebelum mnculnya aku yang dikira sebagai keajaiban. Kemudian disambung lagi enam tahun kenangan. Abang Ahmad menyimpan luka yang lebih dalam. Dia lebih tersiksa dengan rindu yang terpendam diasak dengan memori 16 tahun. Tapi, tidak pernah sekalipun abang menunjukkan sakitnya di hadapan aku. Bukan aku tak pernah dengar dia meraung di atas tikar sejadah kerana kehidupan kami sukar dan dihenyak lagi dengan perasaan rindu dendam. Sedang orang lain dalam usia 16 tahun masih lagi ditaja kehidupannya oleh ibu bapa, abang aku terpaksa membesarkan aku.

Dua tahun di rumah Mak Lang, aku hanya ingat aku dan abang diletakkan di sudut dapur. Disitulah tempat tidur dan makan. Urusan persekolahanku sewaktu darjah satu diuruskan oleh Mak Lang itupun sebab abang bertekak dengan Mak Lang sehingga abang ugut untuk laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Haikal bila boleh keluar?" Abang bertanya kepada Kak Sara.

"Esok kalau dah settle semua boleh keluar dah. Cuma malam ni tak tahu nak letak Arisya dekat mana. Ni pampers dia dah nak kena tukar. Lepastu budak ni kalau nak tidur em..." Jelas nada bimbang dalam suaranya.

"Kenapa kalau dia nak tidur?" Tanya abang lurus.

Kak Sara memandang aku. Mengharapkan aku memahami dia.

"Oh... I see..." Budak Arisya ni tak 'wean off' lagi daripada mak dia. Masih lagi minum susu ibu terus daripada sumbernya.

"Akak ada simpan stok?" Aku bertanya. Abang masih lagi dengan muka blur.

"Ada dekat rumah tapi tak pernah cuba bagi dekat botol bila tidur." Jawapan Kak Sara menyebabkan Abang Ahmad mulai faham. Hal perempuan... Waktu aku mula haid dulu Abang hantar aku menuntut ilmu datang bulan daripada ustazah subjek Fiqh kerana katanya dia tak tahu hal-hal wanita. Siap suruh aku tanyakan tentang tuala wanita sekali.

"Kak Sara, tak payah risaukan Alisya. Kami tolong jagakan. Esok pagi abang hantar Alisya dekat kakak. Izz kerja. Ala Alisya ni bukan siapapun, syayang kami juga. Dari dia baring terlentang sampai dah dapat kaki macam membesar depan mata." Aku meyakinkan Kak Sara. Bukan dia ada pilihan lainpun.

"Macam mana akak nak balas kebaikan kamu? Encik Ahmad, saya malu nak berhutang budi."

Sekarang masanya bang, lamar Kak Sara bang! Macam dalam novel tu. Babak semua hutang selesai kalau kau kahwin dengan aku. Ayuh bang! Peluang keemasan ni. dah cantik dah babak ni, tak payah susah nak fikir lagi. Lepastu feeling-feeling kahwin paksa, gaduh-gaduh lepastu jatuh cinta.

"Senang je nak balas budi. Buatkan tart nanas sebalang lepastu beli nanas daripada saya je." Aduhai abang aku...

Seriuslah?! Tart nanas akupun boleh buat la! Dasar tauke nanas!

Rasa lama pula dia berada di bawah. Bimbang Haikal yang sedang tidur, terjaga daripada lena.

"Kak Sara, ni persalinan esok lepastu Lily menantu Aunty Mei bagi toiletries dan stoking tebal."

Alisya diletakkan ke atas kerusi. Kak Sara terus mendakap aku dan menangis. Aku pujuk dengan mengusap belakang tubuhnya. Kasihan ibu tunggal ini. Tapi, dia tak sendiri. Kami ada untuk insan sebaik Kak Sara.

Alisya diserahkan kepada aku setelah dicium oleh Kak Sara. Puas dipesan kepada anak itu supaya jaga kelakuannya jangan banyak meragam. Mana mungkin anak yang masih hijau itu faham. Merengek si kecil itu apabila dilepaskan oleh Kak Sara.

"Meh sini ala syayang uncle." Alisya diambil oleh Abang Ahmad.

Diagah-agah manja si kecil itu sehingga dia mengkekek ketawa. Aku mencuri pandang Kak Sara dengan ekor mata. Pecah lagi empangan air matanya. Pasti terasa sesak menangis di sebalik purdah hitam itu. Hati ibu mana yang tidak tersayat pedih bila anak sendiri terpaksa menumpang kasih seorang ayah daripada lelaki yang asing bagi ibunya?

"Sara naik jaga Haikal. Esok saya datang bawa Alisya. Jangan risau, Izz ada. Dia akan siapkan Alisya. Saya dukung-dukung dia je." Abang Ahmad faham tentang sensitiviti seorang perempuan walaupun Alisya masih budak yang tidak mengerti apa-apa. Menjaga Izz Hanina mengajar dia untuk lebih peka tentang wanita.

Kak Sara menyerahkan kunci rumahnya kepada aku untuk mengambil barang keperluan Alisya. Tempat untuk segala yang aku perlu disebutkan secara spesifik. Maaf dan terima kasih diucap silih berganti.

Aku singgah ke rumah Kak Sara. Abang suruh aku masuk sendiri kerana katanya dia menghormati Sara beserta segala ruang peribadinya. Pasti Sara malu bila seorang lelaki asing masuk ke dalam rumahnya.

Ruang dindingnya ditampal kertas mahjung. Penuh dengan contengan, pasti Haikal punya kerja. Aku memerhatikan satu-persatu contengan itu. Kebanyakan warna pilihan Haikal ialah warna yang gelap dan suram. Lukisan orang lidi menarik perhatianku. Ada seorang perempuan lidi bersama budak lelaki lidi dan budak perempuan lidi yang jauh lebih kecil. Pasti ini potret keluarga kecil mereka di mata Haikal. Tiada seorang lelaki bergelar ayah wujud kepalanya.

Dapurnya kemas terurus. Aku mengambil stok susu ibu yang sudah disimpan di dalam peti sejuk. Baju dan kelengkapan Alisya kumasukkan dalam satu beg. Rumah itu kemas tetapi aku tidak dapat merasa serinya. Aura sunyi menyapa aku.

"This is a house, not a home."

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now