Bab 23

9.5K 983 16
                                    

Double shot today. Thank you for the 10K view in 13 days! You guys are super awesome :)

Bab 23

Aku memerhatikan kertas-kertas Pendidikan Agama Islam yang sudah bertimbun di atas meja Amirul.

"Kau tenung aku macam nak tembus dah kenapa? Tak reti nak jaga mata ke?" Dia menegur aku.

"Aku tak tengok kau la, perasan!" Aku mengalihkan pandangan.

"Dahtu, kau tengok apa? Kertas ni? Nak tolong tanda ke?" Amboi, bukan main banyak tanda soal dia.

"Apa perasaan tanda kertas Pendidikan Islam eh? Ye la, kan kertas agama. Kalau salah maksudnya dia tak dapat nak faham subjek agama tu maksudnya kalau nak apply dalam kehidupanpun tak boleh. Kalau kertas aku, tak apalah dia habis dekat dunia je." Aku bertanya jujur.

Pertanyaan aku menyebabkan mulutnya yang sentiasa kelihatan seperti sedang tersenyum hilang dan bertukar menjadi agak serius. Seperti dia sedang menelan pahitnya hempedu realiti.

Dia memandang aku. Tepat memanah mata aku.

"Janganlah pandang macam tu. Tunduk balik. Segan la!"

Dia ketawa kecil. Kemudian menggeleng kepala. Tangannya menyentuh buku teks Pendidikan Agama Islam tingkatan 4. Kemudian dia menghela nafas berat. Seolah-olah dia sedang memikul beban yang sangat berat dan melelahkan.

"Kalau bab sirah tu aku tak kisah sangat. Dia sejarah Islam, dalam kelas sejarahpun belajar. Adab boleh nego lagi. Tapi, ayat kefahaman, hadis, aqidah dan ibadah ni setiap kali tanda pangkah, rasa macam semakin dekat aku ke neraka. Rasa macam kena tikam berkali-kali tapi tak mati. Kau dah habis dekat dunia, sudah. Aku? Cuba kau banyangkan tiba-tiba ada budak aku claim dekat akhirat aku tak ajar dia dengan betul sebab tu dia tak faham Islam. Apa aku nak jawab?" Berat. Serius, terlalu berat.

Aku teringat dekat semua guru agamaku. Mereka pegang obor yang menerangi kehidupan. Tapi, atas kemahuan kita sendiri untuk melalui jalan lurus yang telah ditunjukkan ataupun sekadar menolak dan berpaling.

"Dulu, dekat Mesir aku ada belajar satu kitab ni. Nama kitab tu ialah Hilyah Thalibil Ilmi. Kitab Akhlak Pencari Ilmu karangan Al-Allamah Sheikh Dr. Bakr Bin Abdullah. Sepatutnya adab ni diajar dalam silibus waktu tingkatan satu atau mula-mula nak tuntut ilmu. Adab sebagai seorang penuntut ilmu ni la yang akan membantu kau bina character sebagai seorang pelajar tak kiralah ilmu apa yang kau tuntut. Kecuali ilmu hitam la. Tu syirik, dosa yang tak akan diampunkan." Tegas nada suaranya walaupun perlahan.

Sambungnya lagi, kalau mahu lihat adab kita dengan ilmu, lihatlah selepas keluar daripada dewan peperiksaan. Mana perginya nota yang dibawa hingga tidur malam. Tiga hari selepas peperiksaan, kalau ditanya soalan berkaitan subjek itu masih boleh dijawab ataupun tidak? Apa guna menuntut ilmu kalau sekadar untuk lulus peperiksaan? Apa guna menuntut ilmu untus sebaris A lurus kalau walaupun secebis daripadanya langsung tidak diamalkan? Untuk apa kita belajar?

"Kenapa kau belajar?" Soalan cepumas daripada dia menyebabkan aku tersentak.

Soalan itu, aku biarkan sepi kerana daripada riak wajahnya seperti masih banyak yang terbuku di hati. Kalau aku mula bercakap, bimbang tak reti nak berhenti. Tepat jangkaan aku, dia menyambung butir bicaranya.

Niat nak belajar tu kena betul. Niat utama, lillahi taala. Dia yang pertama dan selamanya. Tak salah nak letak matlamat sampingan yang membantu untuk motivasikan diri macam nak ubah kehidupan atau nak dapat pekerjaan yang baik yang penting ilmu itu perlu didasari dengan keikhlasan dan sifat rendah diri. Jangan riak dengan ilmu setitis sedangkan ilmu Tuhan itu melangkaui isipadu tujuh lautan. Niat yang betul juga akan membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu. Kalau tak tahu sebab untuk kau menuntut ilmu, bila berdepan dengan tekanan, kau akan mudah kalah. Kalau jatuh kau tak akan mahu bangun kembali. Sebab kau sendiri tak tahu untuk apa susah payah itu.

Bintang Paling TerangTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang