Bab 10

10.3K 961 77
                                    

Bab 10

Mesyuarat Sambutan Isra' dan Mikraj peringkat sekolah kali terakhir baru sahaja tamat. Tugas aku, macam biasalah menghias pentas juga sebagai Stage Manager. Petang esok akan aku mulakan. Beberapa orang pelajar Sains Rumah Tangga sudah aku masukkan sebagai ahli jawatan kuasa.

"Cikgu Izz petang esok mula hias pentas dan susun atur kerusi, kan?" Pergh, formal sungguh pak ustaz ni panggil aku.

"Iya betul, ustaz." Jawabku ringkas.

"Saya in-shaa-Allah turun. Saya bahagian protokol dan teknikal majlis. Nak pastikan set up dengan flow majlis. Bahagian teknikal tu nak berurusan dengan siapa ya?"

"Pejabat ada kunci bilik audio. Ketua pelajarpun pegang kunci bilik tu juga. Lagi senang berurusan dengan Furqan tu daripada dengan pejabat. Pengawas yang akan set up audio biasanya. Mereka ada exco teknikal boleh je nak gerakkan exco tu."

"Bila masa pula nak cari Furqan. Macam dah lambat sangat je kalau nak bagitahu esok pagi." Dia kebingungan.

"Dia ada esok petang. Memang kebiasaannya sehari sebelum program akan buat rehearsal. Kan dah bagitahu dalam meeting tadi. Ustaz tidur sambil buka mata ke tadi?" Dia ni memang patut diajar kemahiran mendengar.

"Minta maaflah susahkan kamu berdua kena sampai ke petang esok. Akak ada urusan memang tak boleh nak tangguh." Ustazah Noriza, ketua panitia Pendidikan Agama Islam mencelah dalam perbualan kami.

"Memang dah sebahagian tugas ustazah." Kami berdua melemparkan senyuman.

Ustazah Noriza berlalu pergi.

"Sebenarnya aku dengar, saja nak uji kau alert ke tak. See you tomorrow. Assalamualaikum."

Amirul Mukminin juga berlalu pergi.

Hei! Kalau sehari tak bikin panas hati dia ni...

Pulang daripada sekolah, aku singgah ke Dian's Café. Sesekali makan di luar. Apa salahnya? Lagipun, Abang Ahmad sibuk menguruskan ladang baru. Pemilik kafe ini bekas doktor tentera. Sekarang dia dan isterinya bergiat dalam NGO kesukarelawanan di bawah Royal Medical Care, RMCare. Selalu juga mereka membuat program di sekolah.

Aku duduk menanti pelayan datang mengambil pesanan.

"Ai, cikgu Sains Rumah Tanggapun makan dekat luar ke?" Aku disapa oleh Amirul Mukminin yang lengkap memakai apron bersulam Dian's Café.

Ya Tuhan... aku nak makan dekat luarpun dah tak aman. Dalam banyak-banyak tempat kawasan Damansara ni kenapalah dia ada dekat sini?

"Kenapa? Tak boleh? Dah lah, aku nak balik." Aku menarik beg tangan kasar, sengaja nada suara aku keraskan sehingga tertoleh beberapa orang pelanggan. Sengaja nak buat drama.

Tercengang sebentar Amirul dengan reaksi aku. Biasanya aku layankan, harini aku melenting pula.

"Budak Am ni buat hal ke Cikgu Izz?" Tuan Azril pemilik Dian's Café muncul dengan bayi dalam lingkungan usia kurang setahun di dalam baby carrier. Terus ditepuk bahu Amirul kuat sehingga tertunduk pak Ustaz itu. Rasakan kau! Terkejut juga Tuan Azril kerana belum pernah lagi Amirul buat perangai macam ni.

"Dia halau saya." Ambil kau!

"Eh bila masa pula aku halau? Drama la kau ni. Am tak halau dia Cik Azril. Am tanya je, Cikgu SRT pun makan dekat luar ke?" Amirul Mukminin cuba menerangkan keadaan kepada pakcik saudaranya.

Dia bahasakan diri dia Am? Alahai, comel.

"Cikgu SRT tak boleh makan dekat luar ke? Doktor tak boleh pergi klinik lain ke? Vanilla Choco Chip Muffin on the house. Tolak gaji Am." Yes! Tuan Azril team aku.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now