Bab 9

9.7K 990 72
                                    

Bab 9

Hujung minggu. Aku sudah memaklumkan kehadiran aku ke rumah Kak Sara. Sepanjang mengenali Kak Sara, belum pernah lagi aku melakukan kunjungan hormat kerumahnya sendirian. Selalunya kami berjumpa di masjid atau surau bila ada program tertentu.

Agak pelik juga kerana aku sudah maklumkan aku datang tidak bersama abang tetapi Kak Sara masih tidak menanggalkan purdahnya. Aku dijemput minum. Alisya dan Haikal masih tidur katanya.

Aku tak pandai nak cakap berlapis-lapis. Terus aku sampaikan hajat aku.

"Kak Sara, Izz datang ni nak merisik Kak Sara untuk Abang Ahmad. Tapi sebelum jumpa family Kak Sara nak kena tanya tuan empunya badan dulu la."

Kak Sara terdiam. Purdahnya ditarik ke bawah. Parut daripada luka torehan panjang daripada tulang pipi ke dagu jelas kelihatan pada wajah cantiknya. Parut itu disentuh perlahan. Belum lagi dia membuka cerita, air mata sudah bergenang. Tatkala dia cuba membuka mulutnya, pecah empangan air mata.

Aku biarkan Kak Sara melepaskan seluruh kepedihan itu di bahu aku. Apabila dia sudah bertenang, barulah dia bersuara.

"Kak Sara tak layak untuk berada di sebelah abang Izz. Kak Sara ni janda anak dua. Usia muda pula tu. 28 tahun tapi sudah bercerai. Encik Ahmad tu layak untuk dapat isteri seorang gadis yang belum disentuh mana-mana lelaki. Orang kata, akak ni tak pandai jaga suami sebab tu suami lari cari perempuan lain. Perkahwinan pertama akak pada usia 22 tahun. Muda sangat akak bernikah sebab nak menghalalkan hubungan. Itu je yang kami fikir. Akak terus jatuh sayang pada dia sebab dia sangat baik dekat akak. Wakt tu dah yakin sangat, he is the one. Bekas suami akak umur 23 tahun. Bila mertua akak tahu suami akak ada perempuan lain, akak yang kena marah sebab buat anak mereka berubah jadi macam tu. Katanya akak sendiri punca rumah tangga akak hilang seri walhal mereka tak tahu dan akak rasa tak perlulah akak nak buka aib rumah tangga akak yang lalu."

Dia mengesat air mata.

"Lama akak bertahan kerana kesiankan Haikal. Akak tak mahu anak akak membesar tanpa ayah. Selepas Haikal, bertahun rumah tangga kami dingin akak tak disentuh langsung walaupun sekadar salam. Sampai satu hari, akak dah tak sanggup lagi nak teruskan hubungan akak dengan dia. Akak tak mahu bekas suami akak terus jadi suami yang dayyus, akak minta cerai. Mulut ni sendiri yang minta dia lepaskan. Dia marah. Sangat sangat marah."

Tangan Kak Sara menggeletar. Dia menunjukkan simptom PTSD (Post-Traumatic Syndrome Disorder). Aku suruh dia berhenti jika kisah ini menyiksa jiwanya tetapi dia tetap mahu terus bercerita. Seperti kisah ini sudah lama terbuku dan tiada sesiapapun yang tahu.

"Akak terus kunci bilik Haikal takut dia apa-apakan anak akak. Dia heret rambut akak daripada ruang tamu ke bilik tidur kami. Badan akak diangkat macam guni beras dan dicampak atas katil. Tangan akak diikat dan dia... dia... dia binatang! Dia ludahkan akak. Dia panggil akak macam-macam. Akak ni masih isteri dia... Dia kata ini nafkah terakhir untuk akak. Dia buat akak macam mayat. Lepas dia dah puas dengan kejahanaman yang dia dah buat pada akak, dia pergi dapur, ambil pisau dan dia tinggalkan parut panjang ni. Katanya supaya tak ada lelaki yang akan dekat dengan perempuan pembawa malang macam akak. Dalam keadaan terlalu banyak darah yang menitik, dia ceraikan akak talak satu. Tapi tak dibawa ke mahkamah. Dia pujuk akak minta terima dia balik walhal akak tahu kecurangan dia. Akak terima dia untuk Haikal. Sebab Haikal tanya mana ayahnya setiap hari. Lagipun akak memang tak kerja."

Dia menarik nafas. Kemudian dihembus dalam sesak.

"Bila akak tahu akak mengandungkan Alisya, akak ingat dia akan berubah. Tapi dia jadi lagi teruk. Sangat teruk. Dia pukul akak depan Haikal. Akak hampir-hampir kehilangan Alisya. Akak minta dia untuk lepaskan akak lepas akak bersalinkan Alisya. Dia tak mahu. Katanya dia tak mahu lepaskan punching bag dia. Akak takut Haikal dan Alisya yang masih dalam kandungan tu jadi mangsa. Akak kumpul bukti. Berbulan-bulan akak tangkap gambar lepas kena pukul. Akak pergi medical checkup sendiri, jadi akak minta doktor tu buat pengesahan perubatan untuk akak. Akak buat laporan polis tapi akak tak bagi polis bertindak dulu. Akak nak submit segalanya sekali dekat mahkamah syariah supaya akak boleh menang kes dan dapat hak penjagaan anak."

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now