Bab 20

9.7K 895 25
                                    

Bab 20

Hari ini mood aku agak ke laut dalam dek kerana tudung bawal yang aku gigih gosok tak menjadi. Tak pernah dalam sejarah aku mengajar, pergi sekolah pada hari Isnin dengan tudung sarung pergi pasar. Tolonglah jangan ada sesiapa cari fasal dengan aku hari ni.

Memandangkan peperiksaan pertengahan tahun hanya tinggal seminggu lagi, dan aku sudah pulun habis silibus yang akan masuk periksa, hari ini aku rancang untuk buat ulangkaji pelajaran sahaja.

Kelas terakhir. Kelas Deena. Teringat pula hari Isnin selepas kejadian tepung itu Lebih kurang dua minggu sudah berlalu. Satu kelas meminta maaf kepadaku dengan kad ucapan yang dibuat menggunakan kad manila beserta sepotong Oreo Cheese Cake Secret Recipe. Lepas kejadian itu juga, tiada yang melengahkan kerja yang aku beri. Ada juga hikmah di sebalik kejadian. Aku jadi semakin rapat dengan pelajar kelas ni. Daripada ada yang selalu ponteng hari Isnin mengaku datang sekolah sebab ada subjek aku. Rasa macam satu pencapaian dalam hidup.

"Janga komen apa-apa. Saya tahu saya selekeh hari ni. Senyap je." Aku memberi amaran awal.

"Cik Izz pakai apapun cantik." Eh, pandai pula kau membodek cikgu.

"Cepat, nak revise topik apa?" Aku membuka ruang.

"Spot Cik Izz, soalan spot." Ada suara daripada tengah kelas meminta soalan ramalan.

Aku menarik senyuman teringat zaman dulu. Dikenakan oleh cikgu sendiri.

"Dulu zaman cikgu sekolah rendah, ada seorang cikgu ni dia buat ujian. Ujian dia sendiri la bukan under sekolah. Kamipun beriya la tanya soalan spot. Memang baca yang dia spot je la. Sekali waktu ujian tu segala yang dia tak sebut, itu yang keluar. Memang caca marba la keputusan. Saya punya cukup makan kecuali Ustaz Am dengan beberapa orang yang memang jenis study semua benda. Sejak tu memang tak bergantung pada spot. Insaf!" Aku membuka kisah lama.

"Ustaz Amirul Mukminin ke? Sekolah dengan Cik Izz?" Aduhai mulut perempuan. Kalau dah bercakap, lupa letak penapis. Habis pecah rahsia sulit kerajaan.

"Hah, untuk exam ni baca..." Aku buat tak endah asakan mereka untuk informasi lebih lanjut.

"Cik Izz cerita la." Amboi, demand!

"Kamu nak dengar cerita ke nak tahu kena fokus dekat mana?" Aku memberi dua cabang pilihan. Dalam dunia ni tak semua benda kita dapat ya anak-anak.

Pastinya fokus peperiksaan pilihan mereka. 3 waktu itu aku habiskan dengan sesi revisi dan soal jawab. Makin nak dekat exam ni, luaskanlah telinga dan mata di dalam kelas. Petunjuk bersepah cikgu beri. Aku dah tengok kertas soalan sebab aku yang kena susun. Itupun masih belum aku susun. Baru siap aku pindahkan ke dalam kereta. Aku akan susun di rumah nanti. Mesin penyusun kertas punyalah canggih dekat bilik peperiksaan tu, boleh pula sekarang dia rosak. Nasib badan...

Loceng menjerit tanda menyuruh pelajar pulang. Deena yang terakhir bersalaman dengan aku.

"Cikgu, kalau tak kisahkan, boleh tak cikgu jadi cikgu tuisyen saya? Tapi untuk semua teras dengan SRT." Deena menyuarakan hasratnya.

"Bila?" Aku bertanya lanjut.

"Lepas waktu sekolah. Pukul berapa dan dekat manapun saya tak kisah." Dia memandang aku dengan penuh pengharapan.

"Satu jam setengah dari pukul 2:00 sampai pukul 3:30 dekat Anjung Cermai, boleh? Parents tahu tak ni?"

"Bukan mereka kisahpun. Datang sekolahpun saya bawa motor sendiri Cik Izz. Dua-dua kerja pagi balik malam. Memang tak ada orang dekat rumah lepas balik sekolah."

"Minta kebenaran mereka dahulu, saya In-Shaa-Allah boleh je." Aku meletakkan syarat.

"Cik Izz, kalau saya nak belajar sampai habis paper pertengahan tahun, agaknya berapa ya? Mahal tak?" Wajahnya agak gelisah. Aku yakin dia sedang bercakap tentang duit upah.

Bintang Paling TerangWhere stories live. Discover now