Bab 37

10.9K 995 39
                                    

Serius, kekok.

Radio tidak dipasang dan Amirul senyap. Kalau aku memandu sendiri, aku akan pasang lagu kegemaran aku melalui pemain mp3. Tidaklah rasa sunyi dan tidak juga terganggu dengan suara dj radio. Takkanlah aku nak memandai tekan radio. Manalah tahu dia memang sejenis tak boleh dengar bunyi lain ketika memandu.

"Am memang tak buka radio ya?" Aku memecah sunyi.

"Am tak dengar lagu sebab taknak jadi golongan akhir zaman yang nenghalalkan muzik." Jawapan dia buat sentap hati sungguh.

Bukan aku tak tahu tentang hadis tanda-tanda akhir zaman tapi buat-buat tak tahu dan tidak mahu mengubah kebiasaan.

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"

(HR Ibnu Majah)

"Nasyid? Cover lagu dengan Islamic lyrics?" Takkanlah tu pun tak dengar. Extreme betul suami aku ni.

"Dia ibarat macam couple islamik bagi Am. Muzik tu sendiri melalaikan bila letak lirik lagu islamik ingat Allah ke ingat penyanyi tu? Kena pula yang nyanyi tu muda, ada rupa. Kalau macam kumpulan nasyid dulu-dulu tu boleh terima lagi la kalau muzik dia sama je dengan muzik lagu biasa Am memang tak dengar. Apatah lagi muzik yang tak ada lirik ketuhanan langsung. Baik Am dengar ceramah ke apa ke."

"Tak bolehlah kiranya? Dahtu macam mana nak tarik budak-budak muda kalau main interest dia muzik? Selalu dengar lagu." Aku bertanya. Iyalah sebab bukan semua orang daripada latar belakang agama macam dia.

"Am tak pernah la pula maki orang sebab dengar muzik. Kalau ada orang buka pun buat tak tahu je la. Ada je kawan Am main muzik, kalau nak ditegur karang gaduh pula jadi Am cuma tak reda dengan apa yang dia buat, doakan dia dan doakan Am tak terjebak sekali. Benda macam ni sebenarnya ikut individu. Ujian kita kan lain-lain. Platform dakwah kita berbeza-beza untuk tarik orang yang berbeza. Macam Izz, Am tahu Izz boleh menulis, jadikanlah itu platform dakwah Izz. Sebab tu Am bagi Izz buku dan alat tulis. Am nak Izz mula balik. Tak payah buat dekat laptop dulu. Muzik bukan cara Am, Am lebih kepada volunteerism. Turun jumpa masyarakat. Kena la hormat orang lain. Kita tak tahu masa depan macam mana." Jawabnya panjang lebar.

Betul juga. Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tak semestinya orang harus ikut cara kita. Allah memang ciptakan kita berbeza untuk saling melengkapi.

Rupanya buku yang dia hadiahkan itu ada sebabnya. Nantilah aku cuba untuk menulis semula.

"Izz nak tahu tak kenapa Abang Ahmad pilih Surah Al-fatihah sebagai mahar Izz?" Dia membuka topik lain. Ini juga sebahagian mahar aku. Segala ilmu berkaitan Surah Al-Fatihah bukan sekadar cara bacaannya.

"Sebab pendek sikit jadi lebih ringan, kalau dia minta Surah Al-baqarah fuh semput nak habiskan 200 lebih ayat." Manalah aku tahu. Dah abang kata Surah Al-fatihah, ikutkan sahajalah.

"286 ayat Al-Baqarah lagi ringan daripada mengajar 7 ayat Al-fatihah. Kalau nak kira panjang pendek, baik suruh ajar Surah Al-Ikhlas ke Surah Al-Asr ke kan tiga ayat je. Teka lagi." Dia ni bukan sejenis cikgu yang akan suap jawapan kepada murid.

"Sebab Al-fatihah tu surah paling penting. Masuk dalam rukun solat. Kalau tak baca solat tak sah." Aku meneka.

Dia tersenyum. Tanda aku betul la tu. Yes!

"Betul, tapi ada jawapan lain dalam skema. Teka lagi."

"Sebab Al-fatihah tu pembuka Al-Quran dan boleh jadi ruqyah." Aku sebutkan sahaja fakta mengenai surah Al-fatihah.

Bintang Paling TerangKde žijí příběhy. Začni objevovat