Prologue

353 13 3
                                    

" I'm from ma- "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" I'm from ma- "

" Next. " Fail itu dicampak ke lantai.

" I can mak- "

" Next ! " Satu lagi fail berjaya mencium permukaan lantai pejabatnya.

" Saya datang interview ni untuk dapat free foods je. "

" ...what the fu- NEXT ! "

Hampir hilang suaranya. Seharian dia menjerit sebegitu tetapi tiada seorang pun yang memenuhi kateria yang ditetapkan. Dia menyandarkan badannya pada kerusi empuknya itu sambil menunggu calon yang memohon untuk menjadi pembantunya.

Dia sendiri yang menawarkan diri untuk menjalankan sesi temu duga calon-calon itu supaya dia boleh dapat apa yang dia mahu. " Tuan Khalid, ni calon terakhir untuk hari ni. " Dia memicit kepalanya seketika sebelum menyuruh keraninya itu membawa masuk calon terakhir itu.

" Can I come in ? "

Suara lembut seorang wanita membuatkan dia berminat untuk melihat wajah empunya suara. " Sit. " Pendek kata-kata darinya. Semua yang datang untuk temu duga itu akan berpeluh melihat wajah bengisnya tetapi lain pula dengan wanita yang ini.

Wanita itu masih boleh tersenyum lebar walaupun dia memasang wajah sedingin ais. " Introduce yourself. " Wanita itu mengangguk kecil sebelum membetulkan kedudukannya.

" Assalamualaikum Tuan Khalid, my name is Damia Aleeya binti Syamsudin. You can call me anything you want. I'm 25 years old this year. My SPM result is quite good and I've done my degree. I- "

Dia mengangkat tangannya di hadapan muka wanita itu untuk menyuruhnya berhenti berbicara. " Why I must hire you as my P.A ? " Tuan Khalid merenungnya lama membuatkan, Damia mengalihkan pandangannya.

Lama-lama merenung lelaki itu, memang boleh buat dia jatuh cinta. " Uhm- I don't know. Just I cantik, I educated, I speak well, I can do anything, I ca- " Belum sempat dia menghabiskan hujahnya atau istilah yang lebih tepat lagi 'memuju diri sendiri', lelaki itu menekan satu butang ditelefon di atas mejanya itu.

" Sarah, reject calon yang lain. Ambil budak kecil ni jadi P.A I. " Kata-kata lelaki dihadapannya itu membuatkan dia tersenyum lebar. Dia diterima ke ni ? Betul ni ? Alhamdulillah ! " Nak apa lagi ? Keluarlah ! "

Damia tersentak seketika sebelum berjalan laju ke arah pintu keluar. Garang betullah pak cik itu. Pak cik ? Ya, pak cik. Dia dengar cerita yang lelaki itu sudah berumur 40 tahun tetapi masih belum berkahwin. Dia tak tahu sejauh mana kebenaran cerita itu.

Tapi yang dia tahu lelaki itu benar-benar HOT ! Bila rakan-rakannya kata Tuan Khalid is hot, dia tak pernah percaya tapi bila jumpa depan-depan, dia memamg terkedu. Walaupun sudah lanjut usia, lelaki itu tetap maintain.

" Damia ? " Kerani yang sepanjang hari menguruskan sesi temu duga itu menyapanya. " Tuan Khalid suruh Damia datang kerja lusa. Damia datang je kerja, nanti akak akan terangkan apa yang Damia kena buat. " Dia hanya mengangguk kecil.

" Damia, akak nak pesan sikit. Be strong okay ? Akak harap Damia okay kerja dekat sini. " Kalau dia kerja dengan pak cik hot, hari-harinya pasti sangat okay !






[ D I S C L A I M E R ]

Sama sekali tiada berkaitan dengan yang sudah meninggal dunia mahupun yang masih hidup. Cerita ini hanya direka secara suka-suka. Jika ada yang tak berpuas hati, sila pm saya. Kita satu komuniti yang sihat, jadi janganlah kita saling menindas antara satu sama lain.

and shout out to HanaEsther_ for the gorgeous cover 😍❤️‍🔥

©nonamestoryline

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now