12

103 7 3
                                    

Dia berlari dalam keadaan gerak perlahan sambil berkaki ayam ditaman yang penuh dengan bunga itu. Sungguh indah harinya itu. Dengan matahari yang cerah, awan yang menjadikan langit redup. Hari yang paling indah dalam hidup manusia bernama Damia. Sungguh dia tidak mahu akhiri hari itu.

Pek !

" Auch ! " Damia mengadu sakit apabila dia merasakan jentikan didahinya. Taman bunga yang tadinya luas kini hilang dari pandangannya. Yang tinggal hanya masa depan yang gelap, eh tak tak. Dia menggosok dahinya sambil cuba mencerna segala yang berlaku.

Walaupun keadaannya masih mamai, dia masih boleh menjeling lelaki disebelahnya itu. " It hurts..A LOT ! " Diketap giginya kuat kerana dia terlalu geram dengan lelaki disebelahnya itu. Kalau dia tak fikirkan yang lelaki itu adalah bosnya, memang dia ketuk kuat kepala lelaki itu.

" I suruh you bangun dari tadi you tak nak, tu jelah cara yang tinggal. Tu, dah sampai rumah you. " Dia masih menggosok dahinya tanpa menghiraukan lelaki itu. Sakit woi. Lelaki itu jentik dahinya guna jaru ke besi ? Bisa ni. Rasa macam berlubang sudah dahinya yang cantik itu. Sudahlah tangannya melecur, ni dahi pula sakit.

" Kenapa Tuan Khalid tiba-tiba ada dekat office ? Macam mana Tuan Khalid tahu I dekat situ ? " Dari mereka berada dipejabat, dia mahu bertanya soalan itu tetapi dia tunggu waktu yang tepat. Yelah, lelaki itu tadi dalam keadaan yang tak baik, takkanlah dia nak tanya macam-macam pula. Tiba-tiba dalam kereta lelaki itu dia tertidur dek kerana terlalu letih.

" That's my office and I can go there anytime I want. You. Out. Now. " Jelas sekali lelaki itu sedang menghalaunya. Okay. Janganlah paksa, dia tahu mahu pulang. Ajak berborak sikit pun tidak mahu, serius saja dua puluh empat jam. " Fine, fine. Nak masa berdua pun tak boleh."

Sungguh dia simpati pada bakal isteri lelaki itu. Dapat suami macam tu memang meraung hari-hari. Muka tak berperasaan, kejam, suka marah-marah. Dia tak boleh bayangkan macam mana bakal isteri lelaki itu mampu bertahan lama dengan perangai sebegitu.

Talking about isteri, kenapa lelaki itu masih belum berkahwin walaupun usia hampir mencapai 40-an. " Goodnight pakcik, drive carefully. Jumpa esok okay ? " Dia mengenyit matanya pada lelaki itu membuatkan Tuan Khalid menggeleng kecil.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now