19

89 5 7
                                    

" Can I go home now ? "

Dia menjeling ke arah gadis itu sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan. " Why I have to teman you doing your work sedangkan I just have to sit here ? Baik I baliklah. Mama marah nanti. " Khalid berhenti jarinya dari menaip dan memberikan seluruh perhatiannya pada gadis dihadapannya itu. Dia mengecilkan mata memandang gadis itu.

" You risau mama you marah ke, you risau boyfriend baru you tu tunggu ? " Damia menggigit hujung bibirnya. Sugar daddynya itu cemburukah ? Memang niatnya untuk membuat lelaki itu cemburu tapi jangan sampai ditahannya disini. Memang comel bila lelaki itu cemburu tapi dia bosan duduk disitu tidak berbuat apa-apa.

" He's not my boyfriend, bakal boyfriend. "

Dia memberi lelaki itu sebuah senggihan selepas mengeluarkan pernyataan tersebut. Berani betul kau kata macam tu depan singa yang tengah marah, Damia. Sekali dia baham kau, mati terus.

Pek !

" YOU ! " Damia menggosok-gosok dahinya yang telah dijentik oleh lelaki itu sambil mengadu sakit. Dua kali dia dijentik, dua-dua kali tetap rasa sakit yang sama. Maintain gila. " Kalau calar dahi I macam mana ? Jatuh harga I nanti ! " Cermin kecil dari poket dikeluarkan bagi melihat dahi yang dijentik sebentar tadi. Sakit dahinya tapi lebih sakit hatinya.

" You, dah merah dah ni ! " Khalid yang sedari tadi tidak memberi perhatian pada gadis itu terkaku apabila gadis itu menunjukkan dahi yang dijentik tadi betul-betul pada paras bibirnya. Sepatutnya dahi itu ditunjuk pada paras matanya bukan paras bibirnya. Dia hanya mampu menelan liurnya.

Cup

Dia mengucup sekilas dahi gadis itu membuatkan gadis itu mengundurkan diri sesegera mungkin. Hilang terus bebelan dari mulut gadis itu. " I dah bagi ubat tu, takdanya calar. " Dapat dia lihat perubahan pada warna pipi gadis itu. Jelas sekali gadis itu sedang malu.

Kau pun satu Khalid, senang-senang je kau cium dahi anak dara orang. MasyaAllah. Mana dia tak cium dahi itu, dah gadis itu tayang-tayang padanya. Walaupun umurnya sudah 35 tahun, nafsunya masih ada. Masih normal. Tak normal kalau dia tiada nafsu pada perempuan.

" Why ? Want more ? " Melihat kegelisahan gadis itu membuatkan Khalid tertawa kecil. Apalah nak jadi dengan kau ni, Khalid.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now