43

68 4 0
                                    

" Fuh~ "

Damia menghempaskan badannya di atas katil dengan tenangnya. Majlis akad nikah serta persandingan mereka baru sahaja selesai dan dia masih tak percaya yang dia sudah pun menjadi isteri orang atau lebih tepat ISTERI TUAN KHALID. Tuan Khalid yang menjadi kegilaan para wanita itu telah menjadi miliknya untuk selamanya.

" Tired ? " Suara garau yang menyapa telinganya itu membuatkan dia mendudukkan diri. Tidak mahu dia berbicara dengan suaminya itu dalam keadaan berbaring. Kan nampak tak sopan tu. " Takdalah, I tak penat pun. You ? " Lelaki itu memandangnya dari pantulan cermin sambil tangan lelaki itu masih bergelut dengan butang bajunya sendiri.

" Little bit. Can you help me with this kejap ? "

Dia hanya mengangguk kecil lalu berjalan ke arah lelaki itu dengan baju sandingnya masih elok terletak dibadannya sendiri. Ketinggian Damia hanya separas dagu lelaki itu dan dapat dia bau aroma maskulin lelaki itu. Kalaulah dia seketul ais, memang dah lama cair. Tapi memang dia sudah lama cair dengan suaminya itu.

Selesai sahaja membuka butang lelaki itu, Damia terus menjarakkan diri dari lelaki itu kerana dia tahu wajahnya sedang kemerahan sekarang. " Thanks– " Lelaki itu mengusap perlahan kepalanya membuatkan pipinya semakin memanas. Bukan tak pernah lelaki itu mengusap kepalanya tapi kenapa kali ini rasanya berbeza ?

 Bukan tak pernah lelaki itu mengusap kepalanya tapi kenapa kali ini rasanya berbeza ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MasyaAllah dia boleh pengsan sekarang juga. Kenapalah tiba-tiba sahaja lelaki itu begitu 'soft' dengannya ?! Hatinya tak mampu terima sisi lembut lelaki itu. Terlalu bahaya. " You wanna go shower first or...? " Damia hanya menggeleng kecil bermakna dia membenarkan lelaki itu mandi terlebih dahulu. Bagi dia tenangkan dirinya sebelum dia lakukan apa-apa perkara.

Selepas memastikan lelaki itu sudah masuk ke dalam bilik mandi, dia menjatuhkan badannya ke katil. Bukan dia tidak pernah mengoda lelaki itu tapi selepas ada status suami dan isteri membuatkan situasi menjadi berbeza. " Eiiiiiii malunyaaaaaaaaaaaa. " Mukanya dibenamkan pada bantal.

Membayangkan kembali apa yang terjadi tadi membuatkan mukanya berona kembali. Lain benar rasa diperlakukan sebegitu selepas sudah halal ni. Kalau dia bersendirian disitu sudah dia bergolek-golek atas katil itu tanpa segan-silu.

" Damia, are you okay ? "

Suara lelaki itu yang datang dari dalam bilik mandi membuatkan dia berhenti berguling-guling di atas katil. " Yah, I'm okay. " Dia tak tahu sama ada dia boleh berhenti tersenyum ataupun tidak.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now