42

57 3 0
                                    

" Tuan Khalid nak kopi ? " Ya dia masih bekerja disitu kerana ada sesuatu yang perlu dia selesaikan. Hanya kepala yang dijengukkan ke dalam pejabat lelaki itu kerana dia terlalu takut. Tiada jawapan dari lelaki itu membuatkan dia semakin risau. Entah berapa kali dia menggeluh sejak kejadian 'itu'. Ya kejadian 'itu'.

" Where's your engagement ring ? " Sepantas kilat dia menyembunyikan tangannya ke belakang. Ah sudah, dia lupa yang dia..dia ahhhhh dia telah TERHILANGKAN cincin itu. Dia tahu dia teruk. Tolong jangan judge dirinya saat itu.

Selepas dia mandi semalam, tahu-tahu je dah hilang. Tak silap dia, dia letak di atas meja jadi kenapa boleh hilang ?! " Come on Damia, answer me. " Dia tak mahu pun memandang mata lelaki itu kerana dia pasti lelaki itu sedang marah sangat.

" Uhm– ada dekat rumah. Kalau pakai takut kena ragut pula. " Damia tersenggih selepas menyakini jawapannya itu dapat menutup kesalahannya buat seketika.

Dari semalam dia telah suruh semua orang gaji dirumahnya untuk mencarikan cincin itu. Tolonglah jumpa. " You lost it, right ? " Kenapalah lelaki itu bijak sangat meneka. Dia bukan pandai sangat menipu. " No, I ju... I'm– "

Dia tak mampu nak beri apa-apa pembohongan lagi jadi dia hanya mampu mengeluh. " Jaga cincin pun ta– " Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, dia terlebih dahulu memintas.

" –I'm sorry. "

Damia duduk dikerusinya lalu mengeluh buat kali ke berapa pun dia tak pasti. Selepas dia meminta maaf semalam, lelaki itu terus pergi meninggalkannya. Tanpa sebarang bicara, dia ditinggalkan sendirian dihadapan kafe tersebut. Dia tak salahkan lelaki itu, memang silapnya. " Dulu dia juga yang ajar, kalau bergaduh bincang. Bukannya tak cakap apa-apa. "

Dia pula mahu jadi marah pada lelaki itu. Sepatutnya lelaki itu yang memarahinya kerana hilangkan cincin pertunangan mereka. Dia tak sengaja, faham tak ?! Yelah, kalau dia sengaja buang ke apa patutlah lelaki itu bersikap dingin padanya. " Cik Damia oi, Tuan Khalid suruh buatkan dia coffee. "

Dia hanya menggangguk kecil lalu tersenyum. " Tadi orang tanya nak kopi ke tak nak, kau tak nak jawab. Tak sangka kau rindu juga kopi aku. " Damia mengambil bekas serbuk kopi itu sambil mengomel kecil.

Tiba-tiba telefon dipoketnya berbunyi menyebabkan dia mengabaikan kopi yang sedang dia buat untuk bakal suaminya. " Assalamualaikum Mak Jah. Ada apa call ni ? " Sedang tangan disebelahnya memegang telefon, tangannya yang lain sedang menggaul kopi lelaki itu sambil cuba memproses apa yang pembantunya itu katakan.

" Hah ?! " Terhenti gerakan tangannya.

" YE KE ?! ALHAMDULILLAH ! TERIMA KASIH MAK JAH ! " Dia melompat-lompat kegembiraan selepas menamatkan panggilan telefon itu. Nasib baik tiada sesiapa di situ. " Kau ni buat air pun la– " Kehadiran Tuan Khalid disitu membuatkan dia memeluk erat lelaki itu. " She found it– " Khalid berkerut mendengar kata-kata tak jelas wanita itu.

" ...our ring. She found it. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now