32

80 6 7
                                    

" Kemain lebar senyum mam besar kita ni. Yelah kena panggil sayang. " Kehadiran Abang Ikmal disitu membuatkan senyumannya hilang. Nak cover malulah. Kejang rahangnya kerana asyik senyum sahaja sepanjang hari. Boleh luluh jantungnya jika hari-hari diperlakukan sebegitu rupa.

" Diamlah abang, malulah. "

Dia memukul-mukul lengan pengawal peribadinya itu sebagai hukuman kerana mengusiknya dan Tuan Khalid. Mereka yang lain pula hanya tertawa melihat gelagat Damia. Suka betul lihat wajah putih gadis itu merona merah. Macam tomato. Comel betul. " Ehem. " Suara berdeham itu membuatkan mereka semua terdiam.

" Bukan main suka lagi semua. " Memang Tuan Khalid kata 'semua' tapi mata lelaki itu hanya tertumpu pada tangan Damia yang masih berada dibahu Ikmal. " Boleh I join you guys ? " Damia yang tidak perasan renungan Tuan Khalid itu hanya mengangguk kecil sambil menunjuk jari ke arah tempat kosong disebelah Puan Maznah.

" I nak duduk sini. "

Lelaki itu berjalan ke arah Damia lalu duduk di antara dia dan Ikmal. Dah kenapa pak cik tua ni. Punyalah luas ruang tamu rumahnya itu, nak juga berhimpit-himpit. " You sempitlah sini, you duduklah sana. Biarlah abang Ikmal yang duduk sini. " Khalid menjeling ke arah gadis itu lama. Seumur hidupnya tidak pernah dia dilayan sebegitu.

" Kenapa I kena duduk tempat lain, kenapa you tak suruh Ikmal yang duduk tempat lain ? Kenapa ? " Mereka yang menonton pertengaran kecil Tuan Khalid dan Damia itu hanya menggeleng-geleng kecil. Pertama kali mereka melihat perangai kebudak-budakan Tuan mereka itu. Hanya kerana tempat duduk, mereka berbalah.

" Takpa Tuan, biar saya yang duduk sebelah Kak Maz. " Belum sempat Ikmal berdiri, dirinya rasa ditarik sehingga dia terduduk semula. " Abang duduk je sini. You yang nak duduk sini sangatkan, you bersempitlah. " Dia memuncungkan bibirnya tanda dia protes.

Biarlah dia nak duduk sebelah pengawal peribadinya itu. Bukan selalu dapat duduk rapat-rapat dengan lelaki sekacak itu. Dapat tengok muka Abang Ikmal dekat-dekat memang buat dia rasa nak kucup seluruh wajah lelaki itu. Teruk betul fikirannya jika berada dekat dengan lelaki kacak.

Pek !

" YOU ! " Boleh lebam dahinya kalau hari-hari kena jentik. Bukan perlahan lelaki itu menjentik dahinya, kuat. Sakit tahu. " Tu denda sebab you lebihkan pekerja I daripada bos you sendiri. " Khalid menggosok lembut tempat yang dia jentik tadi membuatkan gadis itu terkedu.

Dia rasa kalau tiada sesiapa disitu mungkin lelaki itu akan mengucup dahinya seperti kelmarin. " Jangan menggatal dengan lelaki lain lagi. I tak suka. " Walaupun dia hanya berbisik, suaranya cukup jelas untuk didengari oleh telinga gadis itu.

" Jealouslah tu. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now