45

69 1 0
                                    

" Start harini, you tinggal sini. Kalau ada apa-apa barang yang you nak ambil dari rumah parents you, you suruh Ikmal tolong. " Terang Khalid.

Lelaki itu segera memulakan langkahnya selepas menghabiskan bicara membuatkan Damia memuncungkan bibirnya. Laju-laju nak ke mana. " You nak pergi mana ? " Lelaki itu menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Damia yang masih berdiri tegak di depan pintu masuk rumah itu. Berkerut dahi lelaki itu melihat dia masih tidak beranjak dari posisinya sebelum ini.

" Kerjalah, ada meeting penting ni. " Ucapnya bersahaja.

Semakin memuncung bibirnya mendengar jawapan dari mulut lelaki itu. Baru sehari mereka menjadi suami isteri tetapi lelaki itu sudah meninggalkannya seorang diri. Dia ulang, SEHARI. Apalah nasib dapat suami yang gila kerja ni. Dahlah dia sudah diberhentikan kerja oleh lelaki itu. Katanya dia hanya perlu duduk dirumah goyang kaki. Bosan tahu tak.

" Sampai hati you tinggalkan I macam tu je. Kita baru kahwin semalam, you dah macam ni. Huh. " Baru sahaja dia mahu melangkah kaki masuk ke dalam rumah itu, lelaki itu terlebih dahulu mencapai tangannya membuatkan dia sedikit mengundur ke belakang.

" Marah I ke ? "

Damia menjeling ke arah lelaki itu. Soalan jenis apakah itu ? Marah atau tidak ? Ya jelas marahlah, siapa tak marah kena tinggal begitu saja. " Taklah, tak marah pun. Suka je kena tinggal macam ni. Rasa macam baru kahwin dah jadi janda. " Dia cuba melepaskan pegangan lelaki itu dari tangannya tetapi dia tak berjaya. Kuat betul tenaga lelaki itu. " Alahai you ni, I janji lepas habis je meeting tu I balik rumah teman you. "

Dia masih lagi tidak mahu memandang wajah lelaki itu. Kata-kata dusta semata, tak akan dia percayai. Kata lepas habis mesyuarat lelaki itu akan pulang, tahu-tahu nanti kerja lebih masa. " Look at me sayang, I janji I akan balik secepat mungkin. " Pipinya dipegang dan ditolehkan wajahnya secara paksa supaya dia memandang ke arah suaminya itu.

Cup!

Lembut lelaki itu mengucup bibirnya yang memuncung itu membuatkan dia menggigit hujung bibirnya sendiri. Teringat dia akan kejadian yang berlaku semalam saat lelaki itu tiba-tiba mengucup bibirnya. Memerah wajahnya memikirkan apa yang dia tidak sengaja lihat. Ahhhhhhhh. " Muncunglah lagi, makin banyak you kena kiss dengan I. Takda I nak tahan-tahan lagi. " Makin mengganas sugar daddynya itu selepas berkahwin ni. Seram dia jadinya.

" Kalau you penat, you naik tingkat tiga ruang private kita, then you tidur. Kalau nak makan apa-apa cakap dengan kak Maz. I pergi dulu. "

Lelaki itu mengucup lembut dahinya lalu mengusap lembut kepalanya membuatkan dia tersenyum lebar. Kalau hari-hari macam ni, mahu cair dia. Laju Damia mencapai tangan lelaki itu lalu menyalaminya. " I tunggu you balik. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now