48

68 2 0
                                    

" Assalamualaikum Tuan, awalnya balik. Tuan kata meeting sampai jam 6. " Maznah menahan senggihannya melihat Tuan Khalid berada dihadapannya pintu masuk rumah itu sambil matanya melilau. Siapa lagi yang dicari ? Si isterilah. Tiada langsung kelibat gadis itu membuatkan dia semakin gelisah.

" Oh, Syaf nak balik. Dia kata ada hal sikit. " Khalid melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil memanjangkan lehernya mencari orang yang sangat dia rindui itu. Biasanya pasti gadis itu akan duduk diruang tamu bersama pengawal peribadinya. Gadis itu tiada dirumah ke ? " Cik Damia dekat atas, dari tadi tak keluar rumah pun. Katanya tunggu Tuan balik. "

Khalid membetulkan tali lehernya apabila wanita dihadapannya itu seperti sudah tahu dia mencari gadis kecilnya. Dapat dia lihat wanita itu menahan tawanya melihat dia yang tidak tentu hala itu. Dia hanya mengangguk kecil lalu melangkah kaki ke tingkat tiga. " Sayang ? " Lebernya dipanjangkan untuk menjenguk ke dalam bilik tidurnya dan terlihat isterinya sedang bermain dengan telefon sambil tersenyum.

" Sayang ? "

Setelah kali kedua dia memanggil gadis itu, baru gadis itu menyedari kehadirannya di situ. Tadi bukan main suruh dia pulang ke rumah, sekarang gadis itu mengabaikannya pula. Punyalah laju dia mahu pulang ke rumah untuk bersama isteri kesayangannya itu. " Eh you, dah balik ? Mehlah sini baring dengan I. " Tanpa sebarang bantahan dia berjalan ke arah gadis itu sambil menanggalkan kot yang ada dia badannya itu.

" You mesej siapa sampai senyum-senyum tu. " Gadis itu hanya menggeleng kecil sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggung disebelah sang isteri yang sibuk dengan telefon ditangannya itu. " No one. I tengah online shopping tadi, seronok tengok ada banyak promo. " Khalid hanya menggeleng kecil. Mudah betul membahagiakan hati isterinya itu.

Gadis itu tiba-tiba meletakkan telefon bimbit di atas meja kecil disebelah katil mereka itu lalu menatap matanya membuatkan dia merasa bahang. Dengan baju seksi yang masih terpasang elok dibadan wanita itu, sungguh dia hanya mampu menelan liurnya. Matanya tak boleh lepas dari memandang dada terdedah gadis itu.

" I miss you so much. " Damia merangkul lehernya lembut sebelum  dikucup berkali-kali bibirnya membuatkan dia tersenyum kecil.

" You nak goda I ke ? "

Sengaja gadis itu menjelirkan lidahnya lalu mengangkat bahu tanda tak tahu. Bersahaja betul wajah selepas membuat nafsunya membuak-buak. Nasib baik masih petang, kalau dah malam memang dia terkam saja isterinya itu. Perlahan-lahan dia mengucup dahi gadis itu lalu turun ke pipi dan terus ke bibir. Lama dibiarkan bibir mereka bersatu kemudian, dia membenamkan wajahnya pada leher gadis itu.

" Thank you sudi jadi isteri I and sorry terpaksa tinggalkan you hari ni. Baru je kahwin patutnya I spend time dengan you bukan dengan kerja. " Haruman gadis itu menusuk ke dalam hidungnya membuatkan dia semakin mengeratkan pelukan mereka. Sungguh dia rasa nyaman. " Takpa, macam pula I tak biasa kena tinggal. I dah biasa sangat kena– "

Pek!

Belum sempat gadis itu membuat cerita sedihnya, dia terlebih dahulu menjentik dahi gadis itu. Bukan selalu pun dia tinggalkan gadis itu. " Auch you ! " Perlahan dia mengucup dahi yang tadinya dia jentik. Entah kenapa perkara itu menjadi kebiasaannya tapi jangan risau, tidak kuat pun jentikannya itu. Takkan ada yang boleh lakukan itu pada gadisnya, hanya dia yang berhak.

" Kalau tak sayang, dah lama dah I tendang you jauh-jauh tahu tak ? " Tertawa kecil dia mendengar omelan isterinya itu. Nasib dia disayangi.

MS: Isteri Tuan Khalid حيث تعيش القصص. اكتشف الآن