55

62 3 0
                                    

" Wah Korea~ "

Turun sahaja dari bas, mereka semua dapat melihat keindahan malam di Korea. Walaupun sudah larut malam, bandarnya masih kelihatan hidup. Takdalah hidup mana tapi kalau nak tengok indahnya malam, masih boleh.  " You tak pernah datang sini ke ? " Soalan dari suaminya itu membuatkan lamunannya terhenti seketika.

" Selalu je datang sini, saja buat drama sikit. " Dihadiahkan suaminya itu sebuah senggihan membuatkan lelaki itu tersenyum kecil. Indahnya kalau setiap saat lelaki itu tersenyum. Ini tak, asyik serius je mukanya. Muka macam nak makan orang, manalah orang tak terkencing bila berhadapan dengan lelaki itu.

" Okay guys, selama 5 hari kita di Korea ni, kita akan buat macam-macam. Untuk dua hari ni kita duduk dihotel ni dan untuk 3 hari akan datang kita akan ke Nami Island. Okay ? Clear ? Jom check in. "

Ad selaku ketua dan tour guide mengoyak senyuman padanya sewaktu mata mereka bertembung. Lelaki itu memberinya isyarat mata supaya masuk ke dalam segera kerana cuaca di situ agak sejuk. Dia hanya membalasnya dengan anggukan kecil. " Main mata nampak. " Tegur lelaki itu tiba-tiba.

" Mana ada, you menuduh I. Tak elok tuduh isteri sendiri. I merajuk. "

Sengaja dipanjangkan muncungnya sedepa supaya suaminya itu menghentikan niat untuk cemburu. Kalau lelaki itu dah cemburu, naya. Mahu dia diheret kembali ke Malaysia. " Dah, jom masuk. You dahlah pakai baju nipis, nanti sakit I juga susah. " Lengan lelaki itu dipeluk erat sambil kakinya memulakan langkah ke arah lobi hotel itu.

" Okay guys ni kunci bilik. Satu bilik tiga orang ye, macam yang dipersetujui. " Ad menghulurkan kunci pada setiap wakil. " Kita duduk dua orang je. " Damia berbisik pada suaminya itu lalu menghadiahkan lelaki itu sebuah kenyitan. Dia bayar lebih supaya lelaki itu tidak perlu berkongsi bilik dengan rakannya dan boleh berdua-duaan dengannya.

" Ni bilik biasa je ke ? " Soalan lelaki itu buatkan dia berkerut. Yelah, bilik hotel biasa. Takkan nak tempah bilik hotel vvip pula. Takkan nak tempah penthouse. Dia membiarkan begnya untuk diangkat oleh lelaki itu dan terus berjalan ke arah lif untuk segera naik ke bilik mereka untuk berehat.

" Jomlah naik cepat. "

Lelaki itu masih berdiri ditengah-tengah lobi hotel itu membuatkan dia pelik. Dah kenapa suaminya itu. " You naik dulu, I nak call someone sekejap. " Dia hanya membalas dengan anggukan. Cakaplah nak call someone, tak perlulah berdiri ditengah-tengah tu macam patung yang sangat kacak.

Semua perempuan yang ada dilobi hotel itu memandang ke arah suaminya tadi. Siap ada yang mengambil gambar mahupun video ! Sakit benar hatinya. Mahu saja ditampal kertas didahi suaminya itu yang bertulis 'Hak Milik Damia'.

" Mia– "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now