6

94 7 0
                                    

" Eh pak cik buat apa dekat sini ? "

Berkerut dahinya apabila dia melihat bosnya berada disitu. Segera dia menyembunyikan kedua-dua belah tangannya yang sedikit melecur akibat dari tumpahan kopi tadi dibelakang badannya. " Anak abang panggil kau pakcik, Lid ? " Papanya memandang ke arah Tuan Khalid sebelum tawanya memenuhi ruang makan itu.

" Finally ada orang sedar kau dah tua, Khalid. " Dapat dia lihat telinga lelaki itu memerah. Adakah lelaki itu malu ? Marah ? Sedih ? Dia pun tak tahu. Tak dapat dia baca fikiran lelaki sekeras batu itu.

Damia mengabaikan perkara itu lalu melabuhkan punggungnya dikerusi kosong di meja makan itu. Sepanjang mereka makan itu, dia hendak bertanya apakah tujuan lelaki itu ke rumahnya tetapi dia menahan dirinya. Tak mahulah dia dianggap kepoci jadi dia berdiam diri saja.

Lelaki itu datang saja-sajakah ? Atau lelaki itu rakan perniagaan papanya ? Atau lelaki itu risaukan dirinya ? Dia tak dapat berhenti meneka tujuan lelaki itu dirumahnya. " Mia, kawan papa nak tanya Mia soalan tu. " Lamunannya terhenti saat papanya menegurnya.

" Haa ? "

" Kenapa masa interview you tak perkenalkan diri you betul-betul ? " Berkerut dahinya mendengarkan soalan itu. Dia cuba mengingat kembali apa yang tak betul semasa pengenalan dirinya. Dia tipu apa-apa ke ? Sedaya upaya dia cuba mengingat kembali apa yang dia katakan semasa temu duga itu.

" What do y– "

" –your name. " Potong lelaki itu.

Belum sempat dia bertanya lelaki itu sudah terlebih dahulu menjawab. Mulutnya membentuk O kerana baru dia teringat soal itu. " Kenapa you tak perkenalkan nama you betul-betul ? Apa guna papa you susah-susah untuk dapat gelaran Tan Sri tapi you tak sebut ? "

Damia hanya diam tak bersuara. Dia menyampah tentang dua benda. Yang pertama, dekat pejabat bukan main lelaki kasar lelaki itu melayannya tetapi tiba-tiba didepan papanya, bukan main baik. Yang kedua, kenapa lelaki itu kena sibuk hal peribadinya ? Duhh. " Wh– " Sekali lagi, belum sempat dia bersuara mamanya pula mencelah perbualan mereka.

" Mia ni memamg macam tu. Dia tak suka sangat orang tahu papa dia ada gelaran Tan Sri. Dia nak hidup macam orang biasa katanya. " Bahas Puan Zainab

Dia masih lagi berdiam diri walaupun dia tahu lelaki itu sedari tadi memandangnya kerana lelaki itu mahukan jawapan dari mulutnya sendiri bukannya dari mamanya. Tangan kirinya masih disembunyikan kerana tangan itu yang lebih teruk melecur. Tangan kanannya hanya terkena sedikit. Sudah dia sapukan ubat dan lalukan dengan air sejuk tadi. " Alah takpalah, Lid. Abang pun tak kesah sangat dia tak sebut Tan Sri tu, dia tetap anak abangkan ? "

Lelaki itu hanya mengangguk kecil sambil mata masih memandang ke arah Damia. Dia menjelirkan lidah pada lelaki itu. " Sibuk je. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now