54

54 2 0
                                    

" Ya Allah, that was a long nap. " Damia meregangkan badannya seketika sebelum membuka kecil matanya untuk mencari telefon bimbitnya. " Jam berapa ni ? " Telefon bimbitnya dicapai lalu ditutup semula. 10:30 malam, ternyata baru 1 jam setengah dia tidur. Ingatkan lama sangat.

" Selesa tak tidur ? "

Suara garau yang berbisik di telinganya itu membuatkan dia tersenyum kecil tanpa sebab. Bangun-bangun dapat dengar suara itu, hati ni rasa gembira sangat. Bayangkan bangun dari tidur je Chris Evans bisik dekat telinga kau. Gitu happynya. " Sakit belakang sikit but I okay je as long as you ada dengan I. "

Sengaja dipeluk lengan lelaki itu. Selesa sangat bila dapat buat macam tu dengan lelaki yang HALAL. Tak sia-sia dia bertahan segala makian lelaki itu, segala kerja kerasnya terbayar." Lain kali kita pergi honeymoon, kita naik first class. " Dikucup lembut dahinya membuatkan dia malu. Memang kebanyakan orang-orang disana sudah tidur tapi dia tetap malu. Mana tahu ada yang memerhati.

" You, sorry tau kalau you tak selesa. Yelah, youkan Tuan Khalid. Mana ada pergi cuti macam orang biasa-biasa ni. " Gadis itu mencebik.

Perlahan Khalid mengusap lembut kepala isterinya itu. " Untuk you, apa pun I sanggup. You nak suruh I mendayung ke Korea pun I sanggup. " Yang dia tak sanggup cuma berpisah dengan gadis itu. Jangan paksa dia lakukan itu. Sekali dia sudah jatuh hati, dia akan pertahankan gadis itu hingga hujung hayatnya.

" Eh janganlah, nak pakai lama ni. Mendayung tu tak fasal-fasal patah sana sini, you dahlah tu– "

Pek!

Gadis itu memegang kawasan dahi yang baru sahaja dia jentik tadi. Ringan je jari ni nak menjentik isterinya. Sedap-sedap je kata dia dah tua, dia baru 40 tahun. " You, I serius ni. Sakit doh, jangan ah macam ni. "

Ditarik isterinya itu ke dalam dakapannya. " Kalau nak pakai lama, sayang lebih sikit. " Dikucup lama kawasan yang dijentik tadi lalu kucupan itu terus ke bibir merah jambu gadis itu. " Kalau ada orang tangkap gambar kita kiss-kiss ni pastu viralkan macam mana ? Dia kata kita buat maksiat. "

" I boleh bayar untuk orang hilangkan gambar-gambar mahupun video tu dari internet. I ada kuasa. " Kadang-kadang Damia pun seram dengan kuasa suaminya itu. Terlalu berkuasa. Dahsyat sangat kadang-kadang.

" You.." Nada meleretnya mula digunakan.

" Hmm." Pendek jawapan lelaki itu.

" I nak baby~ "

Terangkat sebelah kening lelaki itu. Baby ? Isterinya mahu anak patung ke atau manusia yang bernyawa ? " You nak..anak ? " Perlahan dia mengangguk. Senggihan nakal perlahan-lahan muncul dibibir suaminya itu membuatkan dia seram. " Jom sekarang. Ada bran ? "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now