47

66 2 0
                                    

Ting!

Khalid berkerut kecil selepas mendengar bunyi yang aneh itu dari telefonnya. Jarang betul dia dengar bunyi itu, bukan jarang tak pernah dia dengar bunyi itu keluar dari telefonnya. Dia mencapai telefon yang sedari tadi berada di dalam poket bajunya untuk mencari tahu asal usul dari bunyi tersebut.

Semakin berkerut dahinya apabila melihat mesej yang dia dapat dari aplikasi WhatsApp. Sejak bila pula dia ada aplikasi itu ? Sungguh segala jenis aplikasi yang digunakan oleh semua orang zaman sekarang tak pernah ada dalam telefonnya itu. Kenapa tiba-tiba wujud pula ? Seingat dia tiada pula dia memuatnaik aplikasi itu.

Melihat gambar yang dihantar gadis itu membuatkan fokusnya yang sedari tadi diberikan pada pembentangan yang sedang dilakukan oleh karyawannya itu terus hilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat gambar yang dihantar gadis itu membuatkan fokusnya yang sedari tadi diberikan pada pembentangan yang sedang dilakukan oleh karyawannya itu terus hilang. Dia menelan liurnya sendiri. Segala fikiran jahat mula bermain-majn didalam otaknya saat itu. Pandai sungguh isterinya itu mengganggu fokusnya.

 Pandai sungguh isterinya itu mengganggu fokusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khalid menggigit hujung bibirnya. Dia tak tahu apa patut dia buat. Sama ada balik sekarang ataupun teruskan mesyuarat ini. Tapi mesyuarat itu penting dan hampir selesai tetapi dalam masa yang sama dia tak dapat menahan dirinya. Sungguh dia tak tahu. " Tuan ? " Dia masih berfikir sama ada dia patut pulang ataupun tidak. Kalau tak pulang macam rugi pula.

" Tuan ? "

" Ye, Damia ? "

Selepas sedar akan kata-katanya itu dia menepuk dahinya perlahan. Aduh, dah kenapa pula nama gadis itu yang dia sebut. Sungguh fokusnya entah ke mana. " Okaylah I rasa kita tamatkanlah dulu meeting ni sampai sini. Ada orang tu rindu sangat isteri dekat rumah. " Dia menjeling ke arah Syaf yang sudah tertawa besar melihat wajah bengisnya. Kalau bab mengusiknya, lelaki itu yang nombor satu.

Setelah semua pekerjanya keluar dari bilik mesyuarat itu, dia meletakkan kepalanya di atas meja itu sambil menahan malunya. Otaknya terlalu penuh dengan gadis kecilnya itu. Perlahan rakannya itu menepuk bahunya sambil masih tidak berhenti tertawa. " Lid, Lid. Baliklah. Tulah orang bagi cuti kahwin tak nak, nak juga kerja. Kan dah rindu. "

" Kau memangkan, kalau sehari tak malukan aku memang bukan Dato' Syaflahkan ? "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now