51

73 3 0
                                    

" Uhm babe.. "

Damia menoleh ke arah Hani yang berada disebelahnya itu. Wajah rakannya itu membuatkan dia berkerut seribu. Wanita itu seperti baru melihat hantu sehingga boleh sepucat itu. " Kenapa buat muka macam tu ? Ada apa-apa dekat muka I ke ? " Rakannya itu tiba-tiba menunding jari ke suatu arah membuatkan dia memandang ke arah itu.

" Oh God– " Dia hanya mampu mengeluh, menggeleng-gelengkan kepalanya serta menepuk dahi sendiri melihat kelakuan suaminya itu. Sampai begitu sekali ? " Sugar daddy you ni betul overprotective. " Betul, dia tak nafikan. Pakcik itu memang pandai menjaganya tetapi terlalu melampau. Seolah-olah dia itu vvip yang sedang diburu mafia.

Tengoklah sekarang. Lelaki itu sedang berjalan ke arahnya dengan 10 orang pengawal peribadi yang sangat menarik perhatian orang ramai. Dia sudah pesan awal-awal pada lelaki itu, kalau mahu ikut dia bercuti jangan bawa pengawal peribadinya ke apa. Degil benar si tua ini ! Dimana dia mahu menyembunyikan wajahnya ?

" Hi dear. " Lembut dahinya dikucup oleh lelaki yang lebih tua darinya itu. Perkara itu hanya membuatnya lebih marah kerana lelaki itu bersikap bersahaja seperti tiada salah langsung yang dilakukan. " What did I told you last night ? " Suaminya itu berfikir sejenak sebelum mendekati dirinya untuk berbisik.

" You told me to move faster then slowly and you said I'm so good in bed. " Memerah wajahnya mendengar kata-kata bersahaja lelaki itu. Segera dia lancarkan serangan pada lengan lelaki itu kerana terlalu malu. Bukan itu maksudnya ! Dia bertanya soal percutian mereka itu bukan tentang aktiviti mereka semalam.

" Siapa je lagi ikut trip ni selain Hani ? Berapa ramai ? "

Dia hanya menunjuk jarinya ke arah rakan-rakannya yang sedang sibuk berbual antara satu sama lain. Dia mengambil keputusan untuk tidak berkumpul bersama mereka dahulu kerana menunggu kehadiran suaminya itu. " Kenapa ramai sangat lelaki ?! Why don't you tell me ? " Dia menggigit hujung bibirnya melihat wajah cemburu suaminya itu. Sengaja dia tak beritahu.

" Kalau bagitahu you, you bagi I pergi ke ? "  Laju lelaki itu menggeleng. Nahh. " That's why I don't tell you. " Damia hanya tersenggih kecil melihat wajah serius lelaki itu. Walaupun dia saja yang boleh mengawal lelaki itu, dia tetap ada rasa takut melihat keseriusan Khalid. Boleh terkencing. Perlahan dia mencapai tangan lelaki itu sambil memuncungkan bibirnya.

" Alah bukan handsome pun kawan-kawan I tu. You lagi lagi lagi lagi handsome, sexy lagi, hot lagi. Mana boleh diaorang lawan you. " Khalid memandang setiap seorang rakan lelaki isterinya itu. Memanglah lelaki-lelaki itu tidak dapat menandingi kekacakannya tetapi lelaki-lelaki itu tetap dalam golongan lelaki yang 'ada rupa'.

Kalau macam nilah rupa budak-budak zaman sekarang, memang dia ikat sahaja isterinya dirumah. Isterinya itu bukan boleh simpan perangai gatalnya. Mata tu laju saja mahu melihat para lelaki kacak, tak cukup dia yang sudah terlebih kacak ni ke ? " Mia, jom. Jalan pergi gate sama-sama jom. " Seoarang lelaki yang muncul di antara mereka itu membuatkan dia menjeling tajam ke arah isterinya.

" Ad geraklah dulu, Mia gerak dengan suami Mia. " Dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena disini. Hmmm.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now