57

61 2 0
                                    

" Ya Allah, you... " Terngangga besar mulut Damia dek kerana dia terlalu terharu. Selama ini bukan dia takda duit untuk tempah bilik vvip ni cuma dia terlalu kedekut untuk menempah bilik sebegitu mewah. Lagipun untuk apa dia duduk dibilik sebesar itu sendirian. " Untuk isteri I, apa pun boleh. "

Dihadiahkan suaminya itu kucupan dipipi membuatkan lelaki itu tersenyum kecil. Boleh dikatakan yang lelaki itu terlalu gila sehinggakan mampu berbuat begitu. Dia cuba mengajar lelaki itu menjadi orang biasa tapi lelaki itu mengajarnya untuk menjadi orang luar biasa. " Jom pergi makan, laparlah. " Laju Damia menganggukkan kepalanya tanpa sebarang bantahan.

" Makan mana ? Restaurant apa buka malam-malam ni ? "

Damia mengecilkan matanya sambil memandang ke arah lelaki itu. " I tahu nak pergi mana, jom. " Tangan lelaki itu ditarik sambil sebelah tangan lagi mengambil kad bilik yang dipegang oleh lelaki itu. Lelaki itu masih dengan wajah binggungnya membuatkan Damia tertawa kecil.

" Kenapa jalan kaki ? "

" Nak ke mana ni ? "

" Halal ke dekat sana ? "

Sepanjang perjalanan mereka itu, lelaki itu tak henti-henti bertanya padanya. Naik menyampah pun ada juga. Nasib baik suami, kalau tak memang dah dia sepak sampai ke Africa tu. Cubalah biarkan dia menikmati ketenangan malam itu dengan suasana hening. " Tadaaa~ "

Ditunjukkan tempat makan itu pada suaminya sambil dia tersenggih kecil. " Jomlah masuk. " Sengaja dia mengangkat keningnya beberapa kali. Lelaki itu masuk ke dalam kedai itu sambil menjeling ke arahnya.

Wek. Marahlah tu.

" Kenapa pandang I macam tu ? I cantik sangat eh malam ni ? Tahu dah, bersyukurlah you dapat isteri cantik macam I ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kenapa pandang I macam tu ? I cantik sangat eh malam ni ? Tahu dah, bersyukurlah you dapat isteri cantik macam I ni. " Semakin lebar senggihannya membuatkan lelaki itu semakin menjeling ke arahnya. " You saja jekan ? Cari fasalkan ? "

Dicapai tangan suaminya itu lalu diusap perlahan. " Mana ada cari fasal. I nak you belajar jadi orang biasa. " Sengaja dibawa lelaki itu ke 7eleven yang berdekatan dengan hotel mereka. Memang dia selalu ke sini, jadi dia sudah biasa dengan jalan-jalan di sini. Dia sudah tahu apa makanan yang halal dan apa yang tidak boleh mereka makan.

" I tak nak you asyik makan kedai mewah, belanja mewah-mewah. Sekali sekala pergi kedai biasa-biasa pun seronok. " Tangan lelaki itu masih diusap perlahan bagi melembutkan hati lelaki itu.

Dia tahu lelaki itu sedari kecil sudah terbiasa dengan kehidupan mewah. Entah lelaki itu pernah ataupun tidak ke kedai seperti 7eleven ini. Lelaki itu membeli pakaian pun mahal-mahal. Stokin sahaja lebih mahal daripada satu taman perumahan. Entah berapa lelaki itu berbelanja untuk sehari. Dah lagi lelaki itu langsung tidak tahu untuk berjimat.

" You tak marah I kan ? " Jika dalam saat-saat tegang seperti ini, muka Damia auto menjadi secomel kucing anda. Suaminya itu tidak pernah tidak cair dengan wajahnya itu. Apa yang dia lakukan semua lelaki itu suka. " Eii kalau tak sayang ni dah lama I gigit you. "

" Bukan ke you sayang pun you gigit ? You ni tua-tua pun buas. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now