27

71 4 0
                                    

" Okay. Tapi you kena janji dengan I yang you takkan keluar dengan mana-mana lelaki lagi especially Adam ! "

Demi sesuap nasi, manusia sanggup mengikat perut tapi demi tidak dikutuk dimajlis keluarganya, seketul Damia sanggup membuang daddy mudanya aka Adam dari hidupnya. For nowlah. Future kita tak boleh predict. Mungkin dimasa hadapan dia ditakdirkan berjodoh dengan lelaki itu. Ahh rasa seperti mimpi terwujudkan jika dapat suami seperti Adam.

" Mia, Mia. Boyfriend ke ? "

Lelaki tua itu masih teguh berdiri walaupun umurnya sudah lanjut. Dia menyalami Ayah Akinya yang sibuk memerhatikan lelaki disebelahnya itu dengan pandangan yang tak mampu dia jelaskan. Ayah Akinya memang susah diteka. " Hah, yelah. Siapa lagi. " Dia hanya mampu tersenyum kekok.

Menipu orang tua ni bukanlah kepakarannya. Sungguh dia tak gemar, berdosa ! Tapi dia terpaksa. Lagipun orang kata, ucapan kita itu satu doa. Mana tahu lelaki itu benar-benar menjadi teman lelakinya. Dia terima saja. " Umur berapa ? " Dia dapat jangkakan soalan itu keluar dari mulut Ayah Akinya itu. Soalan yang typical sangat.

" 35. " Pendek jawapan dari Tuan Khalid.

Damia menjangkakan jeritan ataupun makian dari Ayah Akinya tetapi dia salah. Lelaki tua itu hanya berdiam diri lalu menepuk lembut bahu Tuan Khalid. Wait what just happened ? Dia sedang bermimpi ke ? Ini bukan respon yang dia jangkakan dari lelaki itu. " Cepat sikit nikah, Ayah Aki nak timang anak-anak Mia. "

Wow sungguh tak dijangka. Tak sangka dengan rela hatinya Ayah Akinya menerima kenyataan bahawa umur 'boyfriend'nya yang hampir berusia 40 tahun itu. " A..Ayah Aki tak marah ke Mia nak kahwin dengan lelaki yang t– "

" Takpa Mia, selagi lelaki tu boleh bawa Mia ke jalan yang benar, Ayah Aki terima. " Ayah Akinya tersenyum kepada mereka sebelum berlalu pergi dari situ. Sumpah dia tak mengerti apa yang baru berlaku tadi. Seseorang tolong tampar wajahnya bagi menyedarkan dia dari mimpi. Sudah dia sediakan pelbagai jenis ayat untuk melawan makian lelaki itu.

" You okay tak ni ? Pucat je muka. "

Damia mencapai bahu lelaki itu sebagai tempat untuk berpegang kerana dia rasa kakinya begitu lemah sekarang. " Hoi hoi, you jangan nak pengsan dipegang I eh. I tak nak tanggungjawab apa-apa. " Dia rasa nak menangis sekarang. Begitu saja temu duga itu berlalu ? Dengan mudahnya ? Semudah ABC ?

Pertama kali dalam hidupnya, dia tak kena kutuk di majlis keluarganya ini. Selama 24 tahun hidupnya, asyik dikutuk saja dengan Ayah Akinya itu tapi tiba-tiba tahun ni TIDAK ! Dia gila kalau dia tak gembira sampai macam ni. Orang-orang takkan faham perasaan bila terlepas dari mulut jahat seseorang.

" No, no I'm okay. Thank you. "

Tiada bicara antara mereka selepas itu membuatkan keadaan kekok. Yelah, biasanya mereka tidak berbual tapi mereka berbalah. Dah tu takkan mereka nak bergaduh disini tanpa sebab pula. Memalukan. " So..uhm. Tahun depan you datang dengan lelaki lain ke ? " Soal lelaki itu secara tiba-tiba.

Damia memandang lelaki itu sambil berfikir sejenak. " Maybe. Sama ada I datang sorang-sorang and kena kutuk ataupun I datang dengan lelaki lain and terpaksa berlakon lagi. " Khalid melonggarkan sedikit tali lehernya selepas mendengar hujah daripada gadis itu.

" You promise me takda keluar dengan lelaki lain, remember that. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now