41

81 5 0
                                    

Damia mencubit kuat tangannya sendiri bagi menyedarkannya dari mimpi itu. " Auch ! " Sakit. Maknanya dia tak bermimpi. Dia bakal berkahwin tak lama lagi. Lelaki tua itu pun sudah ke rumahnya untuk meminta izin, mereka juga telah bertunang dalam minggu lepas. Sungguh cepat perkara ini berlaku, sepantas angin berlalu.

" Ini tidak boleh jadi ni. "

Dia menghirup kopinya perlahan. Bukan dia tak suka, cuma dia tak percaya. Tup tup dia nak kahwin. Tak pernah dia bayangkan yang perkahwinannya akan secepat ini. Adakah dia sedang ditipu ? " Excuse me, miss. Orang tu suruh saya bagi kek ni and this note pada cik. " Pelayan perempuan itu menunjukkan jari ke arah orang yang memberikan kek itu padanya.

Lelaki yang duduk agak jauh darinya itu melambaikan tangan sambil tersenyum. " Thanks. " Dia tersenyum kecil pada pelayan itu sebelum membaca nota yang diberikan. Dia tak tahu apa reaksi yang patut dia beri pada lelaki itu. Langsung dia tidak tertarik dengan tindakan lelaki yang manis itu.

Sedang dia berfikir dengan keras, kertas kecil yang berada ditangannya itu dirampas. " P..Pakcik. " Lelaki itu menjeling kecil ke arahnya sebelum membaca nota itu. " When I first saw you, I thought that I saw an angel. I really like your smile and you're really beautiful. Can I know more about yourself ? " Apabila lelaki itu membaca apa yang tertulis pada nota itu secara kuat membuatkan dia tiba-tiba meremang.

Cringeeeeeee.

Damia memegang kepalanya sambil menunduk ke bawah apabila lelaki itu membaca nota itu sekuat hatinya. Malu tak terhingga woi. " Siapa yang bagi ni dekat you ? " Dia tak mampu buat apa-apa lagi selain menunjukkan jari ke arah lelaki yang memberikannya kek dan nota itu.

Khalid memandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah lalu tersenyum sinis. " Kecil-kecil dah nak menggatal dengan anak dara orang. You're not even at my level, habiskan belajar dulu baru mengorat anak dara orang. Ni tak sikit-sikit nak ngorat, si- " Masih belum dia puas membebel, gadis itu segera memotong bicaranya.

Mulutnya ditutup oleh tangan kecil gadis itu membuatkan dia berhenti berbicara. " I'm so sorry about this guy. Dia memang macam ni, possessive sikit. And sorry sangat but I'm taken. "

Kata-kata itu sedikit sebanyak membuat dia tersenyum. Dia menjelirkan lidah pada lelaki yang sedari tadi mendiamkan dirinya. Mereka keluar dari kedai itu tanpa ada sebarang bicara. " You dah gilakah ? Malu tahu tak orang tengok tadi ! "

Wanita itu tiba-tiba menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Bila dia fikirkan semula, memang kejadian tu memalukan tapi dia mana boleh menahan diri melihat miliknya digoda sebegitu rupa. Dia perlu bertindak. Baru sahaja dia mahu tertawa tetapi suatu perkara membuatkan dia kembali memasang wajah dinginnya.

" Where's your engagement ring ? "

MS: Isteri Tuan Khalid Où les histoires vivent. Découvrez maintenant