30

67 5 0
                                    

" Bye, Damia. Akak balik dulu. " Damia hanya mengangguk kecil membiarkan wanita itu berlalu pergi. Dia sebagai pembantu peribadi Tuan Khalid itu, tidak boleh pulang selagi bosnya tak balik. Walaupun hatinya masih sakit, dia tetap menahan diri daripada membunuh lelaki itu. Kalau saja dunia itu tiada undang-undang.

" Tua– "

Sejak dua menjak ni, jarang betul dia dapat habiskan kata-katanya. Asyik terpotong saja. Lelaki itu tiada pun diruang kerjanya, apa lagi maksudnya ? Maksudnya lelaki itu sudah pulang ke rumah. " Tak guna betul, dah balik tak bagitahu. Aku bunuh dia, sia-sia je. " Dia mengomel kecil. Kalau dia tahu lelaki itu sudah pulang, sudah lama dia boleh keluar dari tempat itu.

Belum sempat dia melangkah keluar, pintu ruangan itu ditutup secara tiba-tiba. " Eh Tuan buat apa belakang pintu tu ? I ingat Tuan dah balik. " Lelaki itu agak-agaknya dengar tak dia mengutuk lelaki itu tadi. Kalau dengar, hari ini juga dia boleh dipecat. Ah dia tak pedulilah. Nak pecat, pecatlah. Sakit dipecat tu apalah sangat nak dibandingkan dengan sakit dihatinya itu.

" You nampak I dekat rumah ke dekat office ? You nampak I keluar office ke ? Takkan ? " Okay. Okay. Jangan marah. Dia tanya sikit pun nak mengamuk.

" Kalau macam tu, I balik dulu Tuan Khalid. Lagipun dah p– " Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya SEKALI LAGI, lelaki itu terlebih dahulu menutup mulutnya. Letihlah begini. " I tak nak dengar you cakap apa-apa lagi, I nak you duduk dekat sofa tu diam-diam je. " Dengan tidak relanya dia berjalan ke arah sofa yang dimaksudkan.

Bahunya ditekan supaya duduk di atas sofa itu walaupun sebenarnya dia tak mahu. Pak cik tua ni memang suka paksa-paksa, cakap elok-elok boleh je. " Nah. " Bunga yang dipegangnya itu dihulur pada Damia membuatkan gadis itu mengundurkan wajahnya.

" Untuk siapa ni ? "

Khalid memandang sekeliling ruangan kerjanya itu sambil berfikir. " You nampak macam dalam bilik ni ada sesiapa lagi ke ? You sorang jekan ? Untuk youlah. " Entah berjaya ke tidak cara itu tapi Sarah kata padanya yang dengan beri bunga, perempuan boleh berhenti merajuk. Dia tak pasti berjaya ataupun tidak. Dia sedang merendahkan egonya ni.

" For what ? "

Banyak pula budak ni tanya, dia bukan pandai bab-bab nak menjawab soalan perempuan. " Youkan..marah I. Tu bunga untuk redakan marah you. " Gadis itu memandang bunga itu lalu memandang wajahnya. Wajah bingung gadis itu membuatkan dia ragu-ragu. " Taknaklah. " Membulat matanya mendengar kata-kata penolakan itu.

" Orang kata nak pujuk perempuan kena ada effort. " Ah sudah.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now