21

74 4 0
                                    

" Are you serious ? "

Damia memusingkan badannya menghadap enam orang bodyguard yang dihantar oleh Tuan Khalidnya itu untuk menjaga dirinya. " Ini arahan dari Tuan Khalid. Kami kena ikut kemana sahaja yang Cik Damia pergi. " Dia memicit kepalanya. Benarlah kata kak Sarah, bahaya betul jika lelaki itu cemburu. Terkena batang hidungnya sendiri akhirnya.

Sudah berbagai cara dia buat untuk melarikan diri dari lelaki-lelaki itu. Dia cuba naik teksi secara senyap-senyap, dia ditangkap. Dia cuba keluar dari pintu belakang sebuah kedai, dia ditangkap. Dia cuba duduk berlama-lamaan ditandas pun, lelaki-lelaki itu tetap setia menunggunya diluar.

" Come on guys, I nak pergi makan je lepastu tengok wayang. You guys boleh pergi rehat dulu nanti I dah settle semua, I call you. " Dia memandang ke arah Ikmal dengan pandangan comelnya. Dia tahu sebenarnya lelaki itu pun kasihan dengan dirinya cuma lelaki itu terpaksa mengikut arahan orang atasannya. Bagus jika mereka profesional tapi dia tersiksa.

" Degil betullah mamat-mamat ni. " Mereka langsung tak beranjak walaupun Damia sudah memberi mereka rehat. Betullah sikap pekerja dengan bos sama, KERAS KEPALA.

Damia tiba-tiba terfikir satu idea yang baginya cukup bernas. " Okay disebabkan you guys kerja dengan I sekarang, I arahan you guys pergi rehat. Makan-makan, shopping ke apa. Kalau Tuan Khalid tu tanya, cakap I yang suruh. Kalau you guys tak ikut arahan I, I bagitahu Tuan Khalid yang you guys buli I. "

Panjang bicaranya itu membuatkan mereka berfikir buat kali kedua. Bukan mereka tak tahu bos mereka yang dah jatuh cinta dengan gadis kecil dihadapan mereka itu. Apa sahaja bicara gadis itu pasti akan dipercayai oleh Tuan Khalid.

Gadis itu kata yang dinosaur wujud pun lelaki itu akan percaya. " I said pergi rehat, pergi rehat. Abang Ikmal pun ada nombor Damia, nanti abang call je Damia and Damia akan begitahu my location. " Segera Damia berjalan laju ke arah restaurant yang sepatutnya dia pergi 20 minit yang lalu tetapi dia terpaksa berdepan dengan mamat-mamat tu. Nak kena handle itu dulu kalau tidak, tak dapatlah dia bergosip.

" Fuh, mampus aku kalau Tuan Khalid tahu ni. Damia, Damia. " Mahu buat apa lagi, dia hanya boleh perhatikan gadis itu dari jauh. Dia nak ugut gadis itu tapi gadis itu lebih bijak mengugutnya.

" Jomlah guys, bukan selalu dapat rehat time kerja ni. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now